Kata-kata untuk kita


Assalamualaikum :)

Bismillah~


Dari Imam Hassan Al-Banna :


Apabila mendengar azan maka bangunlah, sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.  

solat wuduk azan



Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah. 







Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.  




Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.  



Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.




Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang  nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.



Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.




Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.  



Tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.





Wallahua'lam :)

note: yang last tu menusuk kalbu..huhu 
 esok smbung bw :)
err..sudi-sudikanlah kiranya tuan hamba menekan button like di atas seblah kanan blog :) tapi tak paksa.  selamat malam ^_^

Banyak mana harta yang ada.

Assalamualaikum.

Hari ni jom buat kira-kira sikit. Ehem.

"Karburator Kalkulator please"



Cuba kira duit dalam dompet. Ada berapa?

Cuba tengok resit bank pulak. Berapa baki yang ada?

Dan akhir sekali, cuba cek apa lagi harta atau aset yang ada? Syarikat ke..rumah ke..tanah ke..intan berlian ke. intan payung ke..






Atas kertas, semua itu nama kita.

Hakikatnya, ia milik siapa?

Sure milik kita?

Ehem. bukan ke tu semua pinjaman dari - Nya?




Milik kita...
Hanyalah hanyalah apa-apa kita derma,

Kalau kita ada derma RM 1,
Itulah milik kita.

Kalau kita sedekah sedekah sebuah Al-Quran,
Itulah milik kita.

Harta itu,
Bukan apa yang disimpan di dunia,
Tetapi apa yang kita manfaatkan untuk kebaikan 'di sana'.






Ayuh sama-sama koreksi diri,
Apa "harta' yang kita miliki :)



#self reflection

cetusan idea: solusi 33.

Hanya kerana-Nya

Assalamualaikum :) 


"Woa! Tak habis lagi?"

"Apa?"


"Naruto kau tu lah."

Sengih. "Belum"


"Apa la yang bez sangat sampai kau hadap benda tu hari-hari."

Sengih lagi. "Betul nak tahu?"


Angkat kening. "Apa?"

"Aku suka tengok friendship naruto dengan sasuke sebelum sasuke pergi kat orochimaru"


"Tu je?"

"Tak la. Ada lagi"


"Apa"

"Cerita ni buat aku paham yang seseorang ada peristiwa yang sebabkan dia jadi jahat. Bukan lahir-lahir tu terus jahat. Diorang ni ada satu point yang buat diorang keluarkan dark side"


"Kau ni tengok cerita or sediakan review sekali?"

Senyum. "Dua-dua pun boleh." .


"So, kau nak jadi naruto ke sasuke?"

Kening berkerut. "Ha? Apa dia?"


"Aku tanya. Kau nak jadi naruto ke sasuke?"

"Untuk ape soalan tu?"


"Kata tadi friendship diorang bez"

Senyum. Dah faham. "Kalau aku ambik naruto?"

"Aku jadi sasukelah."

"Tapi,, kau jangan jadi jahat"

"Kaula kena ingatkan aku."



"Kalau aku ingatkan, jangan ignore pulak."

"Okay."


" Nanti,, jangan tinggal aku?"

Senyum "Insya Allah"



"Dan.."

"Dan apa?"



"Sahabat kerana - Nya?"

Senyum lebar. Angguk kepala.



*************************************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal shalih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran(HAQ) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.


************************************************




Note:
Tak suka naruto, takpe :)
Tapi , kalau suka kamen rider, pergila SINI.
Kot kalau suka lanun pulak, klik SINI, tapi ni bukan yang one piece tu, dia kata dia lanun ranggi..err



Ramadhan: Dosa jangan biar maximum, Taubat jangan minimum.

Assalamualaikum :)


Second day of Second phase which is Maghfirah phase. May Allah bless :)


Fizikalnya,
Kita diciptakan sebaik-sebaiknya,
Tapi,
Bagaimana iman kita?
Bagaimana amal kita?
Dosa-dosa kita?



"Andai dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku." 
~ Kata-kata ulama'~




Kadang-kadang kita terleka,
Bukan kerana keinginan kepada kebaikan itu tiada,
Tapi dorongan ke arah yang dituju ada pasang surutnya.


Contoh mudah,
Hari ini kita solat Subuh jemaah,
Hari esok kita TER solat Subuh gajah.



"Ya Allah, Ampunkanlah dosa yang sedang aku lakukan, yang telah aku lakukan, dan yang akan aku lakukan"




Zaman dahulu kala,
Kita dah diajar,
Kita dah belajar,
Iman manusia ada naik dan turunnya.


Oleh itu,
Andai tersilap langkah,
Kembalilah pada fitrah,
Pada Allah.


Pengampunan- Nya
Tak kira masa,
Tiada naik turunnya,
Dan sentiasa ada,
Untuk mereka yang ingin kembali pada -Nya


"Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosaku, Dan Rahmat-Mu lebih kuharapkan di sisiku, daripada amalanku"




Ayuh jadikan Ramadhan kita Ramadhan yang bermakna. Full of feeling and filling :)


#self reflection.



Video selingan :)


atau klik [link] :)

DIA ada.

Assalamualaikum :)


Short post and last post in July 2012. :)


"Eh, bangun..bangun"

"Eee..kenapa?"

"Teman pergi toilet jap"



~Takut? Kan Allah ada :) ~



TAHU dan YAKIN itu berbeza.
Betulkan balik hati kita.
Kita mahu jadi yang mana?






♥ The one who kneels down to Allah can stand up to anything.♥



#self-reflection. 

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.