Kata-kata untuk kita


Assalamualaikum :)

Bismillah~


Dari Imam Hassan Al-Banna :


Apabila mendengar azan maka bangunlah, sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.  

solat wuduk azan



Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah. 







Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.  




Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.  



Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.




Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang  nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.



Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.




Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.  



Tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.





Wallahua'lam :)

note: yang last tu menusuk kalbu..huhu 
 esok smbung bw :)
err..sudi-sudikanlah kiranya tuan hamba menekan button like di atas seblah kanan blog :) tapi tak paksa.  selamat malam ^_^

Show Comments: OR

10 comments:

  1. ohh yg pic last tu, dalam maksudnya...:)

    ReplyDelete
  2. Best! Best sangat-sangat.

    Nak cuba amalkan semua. :)

    InsyaALLAH.

    Selamat malam Missha! :)

    ReplyDelete
  3. Good sharing dear!:-)

    Mama dh like button kt atas tu yer....

    ReplyDelete
  4. bermanfaat.. kata2 utk sy.. tq =)

    ReplyDelete
  5. aku rase bersolat tu sume orang wat.. cume mempercepatkan waktu solat tu yang orang banyak tak wat.. macam aku gak r.. T__T

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.