Kecil menjadi besar.


Assalamualaikum. :)


Semua tahu yang apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda dan seterusnya menjadi dosa besar.


Bagaimana pertukaran berlaku?



Melakukan dosa secara berulang dan terus menerus.


Apabila dosa itu dianggap remeh.


Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tesebut.


Tertipu dengan nikmat Allah. (diberikan nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan aman)


Tidak segan silu menghebahkan dosa yang dilakukan.



Dosa yang dilakukan oleh seorang tokoh yang menyebabkan ramai pengikut melakukannya.

#solusi 35#




Moga kita bukan tergolong dalam golongan yang tahu,
Tapi buat-buat tak tahu,
Moga kita juga bukan golongan yang tahu, 
Tapi kita tak tahu yang kita tahu,



Cakap senang, nak buat memang susah.
Sebab tu kena mujahadah,
Dan mujahadah memang payah,
Kerana syurga itu indah. :)
Insya Allah.


‘Bantulah kami Ya Allah agar Istiqamah dijalan-MU


Serupa tapi tak sama



Assalamualaikum :)


Pernah terfikir tak kenapa kembar pakai baju sama

Kalau dulu missha mesti fikir, ofkos la mak dia pakaikan baju sama. Kan comel bila muka sama, baju pun sama. :)

Tapi satu fakta yang missha dapat ialah, sebenarnya mereka ni sangat cemburu akan satu sama lain. Kalau benda-benda yang tak sama, mesti berebut. *Teori ni boleh apply dalam kebanyakan kes. Bukan semua.


Mana dapat fakta ni? 

Sebab budak 2 orang yang akan diperkenalkan kat bawah ni. Hehe :)



Ini sepupu missha.  Mereka ni kembar dan sangat dan teramat nakal.. Err..jangan tanya yang mana satu abang, or yang mana satu adik, missha memang tak cam. Kalau dalam gambar pun tak kenal, apatah lagi depan-depan, memang boleh tertukar. Nak-nak kalau diorang pakai baju sama. Main aci taram je panggil abang or adik. Kalau dia menyahut panggilan abang, tandanya dia abang la :) *try and error. hehe





Pernah satu hari, kena prank dengan diorang. Haih, kecik-kecik pun dah pandai kenakan orang. Sabau jelah.  Peristiwa tu berlaku masa mereka pakai baju lain-lain. Ehem. Taktik misha untuk kenal diorang kalau mereka pakai baju tak sama, ingat warna baju diorang. Hehe. *konon idea ni dah bijak sangat la*


Sesampainya missha kat kampung dan bertemu mereka, terus missha tanya yang baju hijau., "Ni abang ke adik?"

"Abang"


Bila yang seorang lagi muncul, dengan yakinnya missha pun panggil la adik tapi dia tak pandang-pandang. Terasa dipermainkan, missha pun pergi confirmkan status abang adik ni dekat kakak diorang.


"Pakai baju hijau tu adik. Kena tipu la tu"

Errr.. T.T

Rupa-rupanya, diorang ni selalu je mengambil kesempatan orang-orang yang tak ingat muka diorang. Mak diorang  pun boleh diorang gurau cenggini. Kadang-kadang, bila mak dia panggil abang, yang adik menyahut, takpun dua-dua cakap 'ya'. Tapi, ibu mestila kenal kan :) hehe


gambar ni diambil pada hari lain.hehe.
Walaupun baru 5 tahun *kalau tak silap* , tapi dah ada adik.


Pernah dengar tak teori 'bila seorang sakit, seorang lagi pun mesti sakit jugak'. Macam ada chemistry gitu.. *Err.. bukan memang ada ke* 


Teori ni pun, dah terbukti depan mata dah beberapa tahun dulu, masa bulan puasa. Masa tu adik mereka kena pergi hospital, so ibu mereka yang merangkap aunty missha mintak tolong jagakan diorang.  Masa tu, salah seorang demam, tapi yang seorang lagi yang nangis tak berhenti. Nak dijadikan cerita, buka puasa hari tu, dua-dua tangan penuh dengan diorang, minum air pakai straw. Makan? Lepas diorang tidur baru pergi selongkar saji..err. 



Gambar kat atas ni, memang confirm bukan diorang. Hehe. Tapi ni la cerita feveret mereka. *mesti dorang perasan ni cerita diorang kan..err*

Pernah suatu hari tu, lepas makan tengah hari , tetibe terdengar

" Bila dah kenyang....."

Dan ada yang sambung., 

"Hati pun senang".

Lepas tu mereka gelak. *konon sama dengan upin ipin lah tu.. *


Memang nampak di situ pengaruh tv memberi kesan kepada kanak-kanak. Nasib baik cerita upin ipin ni label U. *boleh join sekaki.. :)



note: adik missha kata missha garang macm kak ross....errrr..garang kan tanda sayang.hehe


Kata-kata untuk kita


Assalamualaikum :)

Bismillah~


Dari Imam Hassan Al-Banna :


Apabila mendengar azan maka bangunlah, sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.  

solat wuduk azan



Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah. 







Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.  




Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.  



Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.




Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang  nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.



Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.




Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.  



Tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.





Wallahua'lam :)

note: yang last tu menusuk kalbu..huhu 
 esok smbung bw :)
err..sudi-sudikanlah kiranya tuan hamba menekan button like di atas seblah kanan blog :) tapi tak paksa.  selamat malam ^_^

Banyak mana harta yang ada.

Assalamualaikum.

Hari ni jom buat kira-kira sikit. Ehem.

"Karburator Kalkulator please"



Cuba kira duit dalam dompet. Ada berapa?

Cuba tengok resit bank pulak. Berapa baki yang ada?

Dan akhir sekali, cuba cek apa lagi harta atau aset yang ada? Syarikat ke..rumah ke..tanah ke..intan berlian ke. intan payung ke..






Atas kertas, semua itu nama kita.

Hakikatnya, ia milik siapa?

Sure milik kita?

Ehem. bukan ke tu semua pinjaman dari - Nya?




Milik kita...
Hanyalah hanyalah apa-apa kita derma,

Kalau kita ada derma RM 1,
Itulah milik kita.

Kalau kita sedekah sedekah sebuah Al-Quran,
Itulah milik kita.

Harta itu,
Bukan apa yang disimpan di dunia,
Tetapi apa yang kita manfaatkan untuk kebaikan 'di sana'.






Ayuh sama-sama koreksi diri,
Apa "harta' yang kita miliki :)



#self reflection

cetusan idea: solusi 33.

Hanya kerana-Nya

Assalamualaikum :) 


"Woa! Tak habis lagi?"

"Apa?"


"Naruto kau tu lah."

Sengih. "Belum"


"Apa la yang bez sangat sampai kau hadap benda tu hari-hari."

Sengih lagi. "Betul nak tahu?"


Angkat kening. "Apa?"

"Aku suka tengok friendship naruto dengan sasuke sebelum sasuke pergi kat orochimaru"


"Tu je?"

"Tak la. Ada lagi"


"Apa"

"Cerita ni buat aku paham yang seseorang ada peristiwa yang sebabkan dia jadi jahat. Bukan lahir-lahir tu terus jahat. Diorang ni ada satu point yang buat diorang keluarkan dark side"


"Kau ni tengok cerita or sediakan review sekali?"

Senyum. "Dua-dua pun boleh." .


"So, kau nak jadi naruto ke sasuke?"

Kening berkerut. "Ha? Apa dia?"


"Aku tanya. Kau nak jadi naruto ke sasuke?"

"Untuk ape soalan tu?"


"Kata tadi friendship diorang bez"

Senyum. Dah faham. "Kalau aku ambik naruto?"

"Aku jadi sasukelah."

"Tapi,, kau jangan jadi jahat"

"Kaula kena ingatkan aku."



"Kalau aku ingatkan, jangan ignore pulak."

"Okay."


" Nanti,, jangan tinggal aku?"

Senyum "Insya Allah"



"Dan.."

"Dan apa?"



"Sahabat kerana - Nya?"

Senyum lebar. Angguk kepala.



*************************************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal shalih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran(HAQ) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.


************************************************




Note:
Tak suka naruto, takpe :)
Tapi , kalau suka kamen rider, pergila SINI.
Kot kalau suka lanun pulak, klik SINI, tapi ni bukan yang one piece tu, dia kata dia lanun ranggi..err



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.