Assalamualaikum.
Dari diari curi...
***********
Seingat aku,
Dah 5 bulan aku bersama ibu,
Kami belum lagi bertentang mata,
Hanya tinggal 4 bulan sahaja,
Untuk aku melihat dunia.
Memang tak sabar rasanya,
Untuk bertemu ibu tercinta,
Dan berada dalam pangkuannya,
**********
Tinggal lagi 3 bulan,
Kehadiranku mula dikesan,
Perut ibu semakin membesar,
Saat itu aku selalu rasa,
Air mata ibu berguguran,
Jatuh ke perutnya.
"Apakah ibu sedih kerana aku di dalam rahimnya?"
Suatu hari,
Datang seorang lelaki,
Berdasarkan firasatku,
Aku pasti dia atukku,
Lagipun, dia dipanggil ayah oleh ibuku,
Tapi aku hairan,
Mengapa dia menghalau ibuku,
Dari rumah itu.
********
Tinggal sebulan,
Sejak ibu dihalau,
Ibu hanya merayau,
Tiada tempat tetap,
Untuk kami menetap.
*******
Sudah sampai masa yang ditetapkan,
Aku tak sabar menanti saat kelahiran,
Kerana aku mahu menemani ibu,
Mahu buat ibu gembira selalu.
Akhirnya,
Aku melihat dunia.
Aku lahir tanpa di sambut sesiapa kecuali ibu,
Aku lahir di dalam tempat yang namanya aku tidak tahu,
Cuma aku nampak "TANDAS" tertulis di pintu.
Aku senyum pada ibu,
Aku menangis untuk menyapa ibu,
Aku lihat ibu masih tidak berdaya,
Aku 'mengepakkan' tanganku,
"Ibu, ambillah aku"
Ibu bangun,
Tapi tak menuju kepadaku,
Ibu terus menuju ke pintu,
Aku menangis lebih kuat,
Supaya ibu ingat,
Aku masih di sini,
Mendengar tangisanku, ibu berhenti,
Dia berpaling dan berjalan ke arahku,
Dia hulurkan tangannya, namun bukan kepadaku,
Tapi pada butang berhampiranku,
Selepas menekan butang itu,
Hanya bunyi seperti air kedengaran di telingaku,
Aku seperti tenggelam di dalam pusaran air yang laju,
Pusaran air itu membawaku ke dalam sebuah lubang yang kecil dariku,
Dan selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku,
Tapi dalam hati aku,
Aku panggil IBU.....
In respons to:
gambar google