Assalamualaikum.
Semalam 17 Ramadhan. Nuzul Al-Quran. Dah tak lama untuk tirai fasa kedua dilabuhkan. Tak rasa apa-apa bila Ramadhan hendak pergi meninggalkan.? Masih ada masa untuk kita renungkan. Koreksi diri, tampung kekurangan. :) Bersama kita lakukan. Insya Allah.
Entri ini bukan nak cerita apa itu Nuzul Quran sebab rasanya, semalam mesti dah ramai yang keluarkan entri yang sedemikian.
Semalam, dalam pkul 5.20 pagi, ada aunty datang rumah. Dia minta tolong gantikan tempat dia untuk Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran (untuk wanita). Missha pulak jenis tak kisah and i said yes, I'll go walau tak tahu menahu kena buat apa. Dia mintak tolong, so, macam tak baik nak hampakan. Lagipun, missha pula memang tak de halangan untuk tak pergi. Dan missha pula memang jenis orang yang 'redah je even tak biasa'. Kalau tak cuba ,mana kita tahu kan. :) Even missha memang tak suka perkara yang memerlukan adaptation bagai ni, and walaupun skill untuk adapt dengan sesuatu tempat or majlis memang tersangatlah kurang, but my skill untuk 'redah and belasah ' sangat tinggi.
Sampai sana, dalam pukul 7.30. Aunty tu yang hantarkan. Terima kasih aunty sebab sudi tunggu walaupun missha TERlambat siap. Kelam kabut tahap petala kelapan nak bersiap. :) Sampai-sampai je, dalam hati terdetik "Ah sudah, ramai gila orang." Haruslah ramai sebab rupanya majlis ni peringkat negeri. Dengan bawak rehal yang super besar dekat tangan, (tak ingat nk letak rehal dalam beg), and my bag yang ada Al-Quran and telekong tu super duper full (sebab tak tahu kena bwak telekong, so pilih beg yang kecil. bila dah tahu kena bawa, apa lagi, main aci sumbat jelah, nasib muat. .hehe ) , terus pergi tunggu kat kaunter pendaftaran sambil buat muka comel. *padahal masa tu tak tahu nak buat apa.
Lepas aunty tu suruh masuk, dia pun balik sebb dia takde invitation untuk masuk majlis selain selain untuk join tadarus. So, kena berdiri atas kaki sendiri. Eh, terlupa pula nk bagitahu. Baju kurung yang missha kena pakai untuk tadarus tu sama dengan 20 orang aunty-auty yang lain. *setiap kumpulan or perbadanan pakai baju sama. Kiranya, missha peserta termuda, =.=' Seriously rasa macammmm... sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan.
Then, masa untuk pilih surah. Ini antara kata-kata yang menerjah telinga.
"Kita pilih Surah Yassin lah, senang. "
"Jom pilih surah lain la. Surah ni susah."
Dekat 4 kali, ulang alik dalam dewan dengan beg and rehal, dan tak lupa, plastik yang ada kasut. semata-mata nak pilih surah. Urusetia yang nampak proses ulang alik tu, senyum je kot. Mesti dia perasan muka missha yang dah tergambar "keseronokan". Err..
Pukul 9, baru start tadarus. Lega bila dah mula, sebab dah lama menunggu. Bila my turn, haruslah neves tu ade. Haha.. Tapi.. sepanjang bertadarus, these things bermain dalam kepala, dalam hati.
"Alhamdulillah, umi dan walid ajar baca Quran dari kecil"
"Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk baca Quran"
"Alhamdulillah, Allah bagi kemudahan dan kefahaman masa belajar baca Al-Quran dulu-dulu"
"Patutlah tahu baca Quran tu penting"
"Patutlah kita tak boleh berhenti belajar"
"Patutlah kalau nak cari jodoh, agama yang utama" <--- luar alam punya thinking.
Kenapa benda-benda ni bermain dalam kepala?
Sebab when I heard aunty tu baca, (bukan semua, tapi 2 or 3 dari 9 ) ,
I know that she still in early learning process. Seriously, i'm shocked, suprised dan yang sewaktu dengannya.
Bukan nak buat penilaian , tapi bila jadi macam tu, i tend untuk fikir pasal diri sendiri.
Bersyukur.
Jangan sia-siakan ilmu yang ada.Amal. Guna.
Orang yang lain yang tak tahu, berusaha nak belajar. Kita yang dah tahu, buat-buat tak tahu. Memalukan. Merugikan.
Benda lain yang beri pengajaran:
Kita tak tunggu kita betul untuk untuk membetulkan orang lain, tapi kita saling memperbetulkan.
Umur bukn penghalang untuk kita menyuarakan apa yang betul.
Yang bestnya , sebab dapat dengar live Cik Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman ,Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2009 baca Al-Quran masa majlis penutup. Subhanallah. Seriously awesome :) . Dah lah memang admire dia .
Pesan dia sebelum tadarus:
Dalam bertadarus, kita saling memperbetulkan bacaan. Tadarus itu bukan 'baca terus'.
cenderahati : dapat Al Quran sebuah. latest and limited punya edition. "gmbar hiasan dari google" |
P/s: Tak rugi main aci redah :)
note: bahasa rojak? sila abaikan . hehe