Assalamualaikum.
Dari diari curi:
" ......
Kita kenal dah lama,
Enam tahun rasanya,
Tapi enam tahun itu rasanya,
Belum cukup untuk kita 'kenal' dalam erti kata yang sebenarnya.
Mula dengan senyuman,
Kita bersalamn,
Perkenalkan nama,
Dan malam itu,
Kita sama-sama tidur dengan air mata,
Maklumla, kita baru check in 'hostel' tercinta.
Kau dan aku kelas berbeza,
Tapi bangun pagi terus nampak muka,
Bosannnya tak payah kata :)
Malam-malam, kita buka cerita,
Sampai dua-dua pejam mata.
Sepanjang empat tahun zaman dahulu kala,
Itulah rutin kita,
Satu kelas selama dua kali sahaja,
Tapi pelik kan,?
Kat kelas kita tak rapat, sampai ada yang kata kita tak kawan.
Tipula kalau nak kata,
Sepanjang persahabatan kita,
Tak ada yang terasa,
Tak ada yang terluka,
Tak dapat dinafikan rasanya,
Dulu aku tak pernah tahu aku pernah buat kau terluka,
Bila aku dapat tahu,
Aku berhati-hati selepas itu,
Kerana apa?
Kerana kau bukan kawan.
Tapi kau sahabat :')
Ye, kita sahabat :)
Mesti kau sentap kan,
Masa ada orang tanya,
"Korang tak berkawan ke?
Dan aku cakap "tak" pada dia,
Lepas tu, baru aku sambung kata,
"Kami bukan kawan, tapi kami sahabat"
Lepas 4 tahun, engkau pergi,
Bawa diri,
Hanya tinggalkan memori,
Aku sendiri.
Sunyi.
Masa hantar kau pergi,
Aku berdiri paling jauh sekali,
Bukan kerana aku tak sudi,
Tapi kerana aku tak mampu,
Melihat perpisahan yang berlaku,
Kerana sahabatku,
Kita banyak kenangan,
Dan hampir semuanya kenangan kenakalan,
Tapi, kenangan tu lah yang masih disimpan.
Bila kau pergi,
Rasa macam hilang satu tulang belakang,
Dah takde yang nak support aku lagi,
Dan semangat aku bagai hilang.
Tapi tak sangka,
Lepas tu kita jumpa lagi,
Dengan izin Nya,,
Aku nekad ingin menjaga persahabatan ini,
Menjaga dengan lebih baik,
Agar persahabatn kita 'cantik'.
Walau ada sesuatu yang kurang aku rasa,
Tapi aku tetap cuba,
Tetap usaha,
Mengindahkan persahabatan kita.
Kerana,
Dulu kau terlalu banyak membantu,
Sampai aku rasa aku seperti berhutang dengan mu,
Dan perasaan bersalah juga masih menguasaai diriku.
Kerana peristiwa itu.
Sekarang,
Aku buntu,
Mengapa kita tak seperti dahulu,
Aku mengaku memang salahku,
Kerana bertanya tanpa berfikir dahulu,
Tapi aku hanya mahu tahu,
Kenapa kau menipu aku?
Aku tahu bukan niatmu,
Kau terpaksa buat begitu,
Dan,
Aku hanya mahu penjelasan.
Aku tak tahu jika kau punya perasaan yang sama,
Tapi,
Aku rindu kau,
Dan,
Jika diberi peluang,
Aku ingin sekali memperbaharui prsahabatan ini.
Aku ingin persahabatan kerana - Nya,
Cuma,
Aku takut kau berprasangka,
Yang aku mahu tunjuk baik,
Yang aku ini hanya hipokrit.
Ketahuilah sahabat,
Itu bukan niatku,
Aku hanya mahu sesuatu yang baik untuk kita,
Aku mahu kita berpegangan tangan menuju syurga - Nya,
Kerana aku mahu kita bersama selamanya.
Sahabat,
Maaf jika kau pernah terluka :'(
........"