Assalamualaikum :)
Dashboard yang slow dah semakin rancak. Tapi tuan blog ni tetap dengan penyakit yang satu. Mood yang satu itu. Bukan mood nak beraya bagai, tapi mood malas. Atau lebih dikenali sebagai sindrom M pada masa kini.
Buka fb atau buka blogg, (twitter memang tak teringin nak ada lagi) update terkini, semua gambar raya. Hoho. Haruslah macam tu, sebab sekarang kita sedang dalam bulan Syawal. Bulan Syawal ini dan bulan seterusnya memang mencabar. Sebab? Kita dapat lihat dan nilai sendiri hasil tarbiah diri dalam bulan Ramadhan yang lepas. Fuu.. bagaimana hasilnya? Tanya diri.
Ayuh bersama kekalkan momentum :) |
Nak jugak menempek satu dua gambar raya.
Haha. adik-adik dah elok dok bergaya depan kamera, abang-abang kat belakang kasi spoil gambar pulak.
Si kembar sibuk nak bergambar. :)
Harap maaf gambar kurang berkualiti.
Anak-anak arnab dah umur lebik kurang 2 minggu. Dah super duper cute yang amat. Hoho. Apa? Nak tengok gambar? Nantilah tuan blog yang 'rajin' ni buat sesi photo shoot dulu. Hehe.Dalam entri dulu pun, rasa macam dah bagitahu nak upload gambar, tapi sampai sekarang takde progress apa pun. Hoho. Janji tak ditepati nampaknya. Eh? Macam slogan Hari Merdeka pulak, tapi versi vice versa.
note: Momentum untuk update blog, kena up sikit , Momentum amalan, jangan bagi down, paling-paling pun, sila maintain. Momentum nak beraya sakan, hoo.yang ni memang dah lama kurang ada. hoho.