Status Sebelum Raya.


Assalamualaikum.



Mood raya tahun ini.

Recently, semua nak post pasal  raya. Of course la kan. Dah memang dah nak raya sangat dah. Tapi entah kenapa, tahun ni, mood nak raya tu kurang ada. Nak kata sebab dah tak tercalon dalam list 'layak dapat duit raya', rasanya nama memang dah kena blacklist lama dah. So, kenapa mood raya tak ada still jadi misteri.



Ramadhan kali ini. 

Ramadhan tahun ni paling best sebab dapat berbuka sebulan bersama keluarga tercinta. Lepas ni, entah dapat entah tidak peluang macam ni.



Baju raya

Seperti tahun-tahun sebelumnya, my baju raya paling awal dibeli. Bukan sebab semangat nak raya , tapi sebab alang-alang dah jumpa kain yang cantik dan berpatutan harganya, maka haruslah dibayar, dibawa balik dan dijadikan hak milik. :D Lepas tu, tema baju raya pada tahun tersebut adalah mengikut warna baju yang missha dah beli. Haha. So i am the colourpicker. Hoho.



Duit raya.

Dah lama tak merasa keadaan di mana setiap kali bersalam, pasti salam itu tidak 'kosong'. haha. Patutunya, bila dah umur cenggini la kena hulur banyak sikit duit raya. Budak kecik patut dapat sikit-sikit je. Budak kecik kan tak boleh pegang duit banyak-banyak. <---ayat tipikal orang tak puas hati. Haha



Kuih raya.

Dekat 10 tahun juga tak buat kuih raya. Haha. Tahun ni baru buat semula. Tapi setakat ni, baru siap tiga. My umi pula meman tak beli banyak kuih raya, katanya memang nak suruh anak dara yang sorang ni buat. Muahaha.. So, sedang struggle menyiapkan kuih raya. Kot takkan nak hidang biskut empat segi kerim kreker kat tetamu.



Balik kampung.

Kampung missha, satu dekat , satu jauh. Hari raya pertama, raya yang dekat dulu. Pagi-pagi raya baru bertolak balik kampung yang hanya 45 minit dari rumah. Bukan tak nak bermalam raya kat kampung, tapi tak sanggup nak berebut dan beratur tunggu toilet pagi-pagi raya. Kebiasaanya, sehari sebelum raya, balik buat lemang, sate dan yang sewaktu dengannya,. Bila dah malam, baru balik rumah. Keesokannya, balik kampung semula lepas solat sunat  eid fitr.



Anak arnab.

Tahun ni tahun pertama beraya dengan arnab. Tak tahulah macam mana bila nak balik kampung nanti sebab keluarga arnab ni besar sangat. Risau pula nak tinggal. T.T. Alhamdulilah, setakat ni, semua 6 ekor anak arnab masih hidup.



Dan ini yang paling penting sebenarnya.


Doa.

"Ya Allah, kuatkan iman kami untuk istiqamah dengan amalan soleh selepas Ramadan"



perasaan yang sedang bercampur baur. jangan tanya kenapa, kerana. jawapannya masih belum ada.


note: tajuk tak kena? maafkan, abaikan, sebab tak tahu nak letak tajuk apa. =.='
Show Comments: OR

8 comments:

  1. hai missha,,awatnya xdak mood??jom2 p men mercun,,mst tmbh mood missha nak rye,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak men lah mercun2.. i main meriam buluh ja :D

      Delete
  2. kite pun tade mood sangat nak raya T_T. pagi2 raya bru mood keluar gak nyer. haha
    BTW, salam aidilfitri :D

    ReplyDelete
  3. hahha...bese la tu..makin dewasa makin kurng suasana happy nak sambut raya..hehe, lg2 sedare kita yg teman kutip duit raya dulu dah besar2 dah kawin kan...urmm

    hoho, tak layak gak...tp mintak je alasan sbb belajar lg XD...kui3~ wahh arnab tu...hehe...

    ReplyDelete
  4. status aku sebelum puasa = bujang
    status aku ketika puasa =bujang
    status aku eslepas puasa = pun bujang

    ade beza? kahkahkah

    ReplyDelete
  5. jaga-jaga arnab tu,karang ada yang ambik buat sate..

    selamat hari raya :)

    p/s: jenguk kembali.

    ReplyDelete
  6. tapi mase aku komen entri ni, raye dah lepas.. so nak komen ape?? @.@

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.