Melengkapkan usaha


Assalamualaikum.


Dari diari curi:

**************************


"Tension la dok menghadap buku tu. Tapi tak faham-faham jugak"


"Adat la. Dalam dunia ni, kalau nak sesuatu, kena usaha. Nak makan pun ada step."


"Makan pun ada step ke??" Muka tak percaya


"Yela, mesti ada.Tangan kau menyuap, mulut menganga, bukan step ke namanya tu? Tu belum masuk masak makanan or pergi beli lauk. Nak ceq terang sebijik-sebijik dari part petani tanam padi ka? Nanti muntah pulak dengar aku bersyarah. Eh, kau tahu tak, even kau ada tongkat sakti macam Harry Potter pun, at least kau kena goyang-goyang dulu tongkat tu, pastu cakap Accio Nasi Goreng Kampung, barula nasi tu muncul."


--------------------------------------------


Rasulullah saw bersabda 
“Andai kiamat telah tiba & kamu memiliki sebiji benih di tanganmu, maka tanamlah ia.”


Usaha sehingga saat terakhir,
Bukan hanya di saat-saat akhir.



-------------------------------------

"Usaha-usaha jugak. Tapi...kita kena ingat..."


"Apa?"


"Sandarkan semua usaha pada Dia. Doa. Tawakkal. Barulah lengkap usaha kita. Sebab, natijahnya nanti, Dia yang beri"


****************************



tawakkal





Tiada ganti.

Assalamualaikum. :)


Dari diari curi:


*******************


"Jadi tak nak pergi hangout sama nanti?"


"Sory. Parent aku awal-awal memang tak bagi."




"Kau?"


"Parent aku menyokong gila. Siap call lagi tanya bila nak pergi Kadang-kadang aku pelik jugak. Parent aku tak pernah pun halang aku kalau nak pergi mana-mana."




"Bestla. Parent aku memng jarang bagi pergi jauh-jauh. Yang dekat pun susah nak bagi."




"Bagi atau tak bagi, tu tanda parent kita sayang. Setiap parent ada cara yang berbeza nak expresskan kasih sayang diorang. Yang penting, kita kena hargai dan hormati. Dah2. Jom gerak pergi kelas. Dah lambat ni."


********************


doodle keluarga raya

Ibu bapa.
Tiada gantinya,
Kurniaan Dia pada kita.

Sayang, hormat, dan jaga,
Doa jangan lupa,
Restu kena minta :)
Redha allah terletak pada redha mereka. 



doa ibu bapa keluarga




tak rugi tengok :')


Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu 
DOA SEORANG IBU




Kita, Lima, Bersama.



Assalamualaikum.

Hari ini, Tiba-tiba rasa macam nak buat entri dedikasi.
Jangan tanya kenapa, hati ini rindu barangkali?


***********

Kami berlima.
Mula kenal sebab buat assignment sama-sama.
i yang paling last join mereka.
Sebab i, kami jadi lima.
Nampak la, i yang menyibuk tak tentu hala. Haha


Along,
Anak sulung dalam keluarga.
Paling tua antara kami berlima,
Lagaknya juga persis kakak yang berwibawa,
Entah kenapa, ideanya selalu buat i jatuh cinta,
i suka dengan cara dia organise hidup dia,
Teratur, Kemas, dan rajin orangnya.



Angah,
Sudah pastinya dia yang kedua lahir antara kami berlima,
Kecil molek orangnya,
Comel dan jenis yang tak berkira,
Walaupun kecil , lantang bersuara.
Dan juga garang orangnya :D



Achik,
Yang ketiga antara berlima,
i suka kata-kata darinya,
Tidak kisah sama ada lisan, bertulis atau yang dinukil di blognya,
Baik orangnya.
Tapi dia agak suka tacing dan berahsia .Haha
(mesti dia gelak kalau dia baca) <--jangan tacing pulak ^_^



Ateh,
Antara kami, ada rahsia,
Kadang-kadang, rahsia itu bukan yang i kongsi dengannya,
Tapi dia yang tahu sendiri, entah dari mana,
Paling mengada antara kami semua,
Dia suka berahsia, tapi sesenang ABC kami bongkarkan semua,
Sebab benda yang dia nak rahsia tu, kadang-kadang bukan rahsia,
Tapi saja-saja dia nak rahsia,
Sebab tu dia mengada. :D <--jangan marah :)



Adik,
Itu i,
Jadi adik sebab lahir paling lambat antara semua,
Tak de apa yang nak dicerita,
Belek-belek blog ni, pasti kenal i macam mana.





Mentos,
Selalu makan waktu kuliah,

Domino, KFC, Cake
Makanan tak berkhasiat tapi kita selalu makan,. :D


Big apple,
Selalu makan sama-sama :)


Roti canai,
Sarapan pagi time cuti.


Pecal,
Chef ateh masak untuk kita,


Roti telur + Choc milk,
Sarapan hampir hari-hari.



Kami,

Adik beradik berlainan mama,
Berlainan papa,
Tapi akidah kita sama,
Kita sama-sama Hamba- Nya,
Moga perkenalan sampai ke syurga,
Bukan setakat di dunia,


Walau kita berpisah selepas ini,
Kalian tetap di hati :)
Tiada depan mata,
Harap diingat dalam doa  :')


***************************


note: post penuh emosi dan mengada nak guna i. :D sila sedia baldi jika tak tahan. :)  salah silap harap dimaafkan. 




Momentum. (Bukan Subjek Fizik)

Assalamualaikum :)


Dashboard yang slow dah semakin rancak. Tapi tuan blog ni tetap dengan penyakit yang satu. Mood yang satu itu. Bukan mood nak beraya bagai, tapi mood malas. Atau lebih dikenali sebagai sindrom M pada masa kini.


Buka fb atau buka blogg, (twitter memang tak teringin nak ada lagi) update terkini, semua gambar raya. Hoho. Haruslah macam tu, sebab sekarang kita sedang dalam bulan Syawal. Bulan Syawal ini dan bulan seterusnya memang mencabar. Sebab? Kita dapat lihat dan nilai sendiri hasil tarbiah diri dalam bulan Ramadhan yang lepas. Fuu.. bagaimana hasilnya? Tanya diri.



syawal ramadhan
Ayuh bersama kekalkan momentum :)



Nak jugak menempek satu dua gambar raya.




 Haha. adik-adik dah elok dok bergaya depan kamera, abang-abang kat belakang kasi spoil gambar pulak.



Si kembar sibuk nak bergambar.  :)

Harap maaf gambar kurang berkualiti. 


Anak-anak arnab dah umur lebik kurang 2 minggu. Dah super duper cute yang amat. Hoho. Apa? Nak tengok gambar? Nantilah tuan blog yang 'rajin' ni buat sesi photo shoot dulu. Hehe.Dalam entri dulu pun, rasa macam dah bagitahu nak upload gambar, tapi sampai sekarang takde progress apa pun. Hoho. Janji tak ditepati nampaknya. Eh? Macam slogan Hari Merdeka pulak, tapi versi vice versa.



note: Momentum untuk update blog, kena up sikit , Momentum amalan, jangan bagi down, paling-paling pun, sila maintain. Momentum nak beraya sakan, hoo.yang ni memang dah lama kurang ada. hoho.


Eid Fitr :)



Asslamualaikum :)



Salam eid fitr. :)
Semoga kita sebenar-benarnya kembali pada fitrah.

Dah boleh dah start puasa enam :)


Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.
(H.R. Muslim)



Dapat juga update kejap :D Memang sengaja taknak ucap  awal-awal :D




note: punya la tak semangat nak raya hari tu, malam raya baru pergi ambil baju raya kat tailor, naseb dia tak balik kampung lagi. Fuhh..macam mana boleh terlupa entah =.='



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.