Malu? Jom Mula.

Assalamualaikum :)



YOUR TICKET HAS BEEN BOOKED
Have you started packing yet?



*****************************



Dulu,


Masa kecik-kecik,


Teringin nak hafal Quran,





Tapi..tapi..


Serius azam tu tak kekal lama.


Serius rasa payah.


Banyak godaan yang datang.





Cuba berulang kali..,


Usah kata satu juzuk,


Suku juzuk pun belomm.. =.='


Even umur masa tu dah berubah dari 1 angka jadi 2 angka,





Kot time solat dok ulang 4qul, Al asr, Al Kausar, Al Masad,


Kalau rajin, barulah nak baca Al Maun ke, Al Humazah ke,


Er... agak-agak berapa tahun lagi nak ulang tabiat yang 'bagus' ni?






Sekarang,,

Hafal Quran ada dalam sillibus,




Ini peluang!! Grab it!!


Mula-mula kena hafal juzu' 30


Tapi..




Bila belek punya belek,


Tenung dah macam nak tembus kertas,


Baru perasan...




ALLAH!! 


Juzu' 30 bukan banyak mana,





Malu...


Juzu' 30 ada 37 surah je,




Andai kata kalau malas pun, dalam setahun boleh dapat 5 surah,


By 18 tahun dah boleh hafal semua kalau start dari umur 10,





Tapi sekarang?


Berapa surah yang memang betul-betul ada dalam kepala?


Dan dari banyak-banyak surah yang dalam kepala, berapa yang betul-betul faham maknanya?


#ayattembakdirisendiri#




Tapi..

Takpe,

Its better late than never :D




JOM SAMA-SAMA MULA :')



#entri99. next.. mungkinkah pasal diri sendiri o.O



Belum Masa



Assalamualaikum :)




Sekadar ingin berkongsi cerita.


Tetang ulat yang hendak menjadi rama-rama.


Beluncas panggilannya. 'Ah! semua orang dah tahu namanya' =.='




Saat ingin menjadi rama-rama, beluncas 'berumah' di dalam kepompong.


Kepompong yang sempit.


Bila beluncas hendak keluar dari kepompong tersebut, beluncas terpaksa  bekerja keras hendak meloloskan dirinya.


Si beluncas gigih berusaha namun tidak berjaya,




Hendak dijadikan cerita, seorang tukang kebun melihat situasi ini.


Lalu dia membantu beluncas (yang kini rama-rama)  keluar dari kepompongnya.


Tukang kebun menarik ulat beluncas tersebut sedikit demi sedikit  sehingga....



POOF!!


Keluarlah seekor rama-rama yang cantik.


Namun, setelah hanya beberapa minit bertebangan, rama-rama tersebut jatuh ke tanah lalu tidak bergerak lagi.


Ya, rama-rama tersebut telah mati.




Bosan bukan jalan ceritanya?

Tapi ada sebabnya mengapa kisah bosan ini dicoretkan.




Tahukah bahawa, semasa rama-rama cuba meloloskan dirinya, dia sedang membina kekuatan diri?

Kesusahan dan kepayahan untuk keluar menyebabkan rama-rama menjadi kuat.

Tapi, beluncas tadi tidak melalui proses ini, kerana dia telah dibantu oleh tukang kebun.




Begitu juga hidup kita.

Ujian datang untuk menguatkan.

Kesusahan itu mematangkan.

Bukan untuk melemahkan.

Bukan untuk membinasakan.





Dan juga,

Perasan tak yang rama-rama itu keluar sebelum masa yang sepatutnya?

Dan apakah yang jadi pada nasibnya?

Heh, ini juga ada kaitannya dengan kita.

Tahu apa ?


" Jika kita inginkan sesuatu, namun belum dikurniakan, itu tandanya 'belum masanya' kita memperoleh benda tersebut. DIA tahu masa yang terbaik untuk kita. So , don't be sad " :D



#selfreminder



Truth, Trust.




Assalamualaikum :)





Kadang-kadang kita terlalu senang,

Meletakkan kesalahan di bahu orang,

Pelbagai alasan diberikan,

Kerana tidak mahu menerima hukuman,

Dan hendak mengelak dari dituduh bersalah,

Tapi ada yang mengetahui... ALLAH. 



If you always tell the truth, you don't have to remember anything. :D


Truth sometimes hurt, but lies are worse .


TRUTH BUILT TRUST.










Bersyukurlah kita tak macam Pinocchio, 
Bila dia menipu terus dapat balasan hidung jadi panjang, 



Tapi kita? 
Allah masih bagi peluang untuk tebus kesalahan. :")



#selfreminder

Catur kehidupan



Assalamualaikum :)



Unexpected. That's life.



Tapi,


Kita masih boleh fikirkan kemungkinan yang mungkin akan terjadi,


Merancang ke hadapan dan ada pelan sandaran, berguna untuk diri, . 


Setiap langkah yang kita lakukan, pastikan bukan langkah yang 'rugi',


Sebab kalau dah salah jalan, kita yang mungkin merana nanti.


Kalau dah kena 'checkmate' oleh lawan, dah tak boleh nak lari. :D

*hari ni kita aplikasikan game chess dalam hidup ye * :D


Chess. One of my interest :D Serius sangat minat main chess ni :)



Tapi sedih, hari tu match chess peringkat universiti, menang satu game je.. :( , maybe sebab 2 tahun tinggal. Officially n personally, rekod terburuk . Haha :D  Tapi , Alhamdulillah, our faculty tetap dapat pingat emas sebab kira mata pasukan. Ehem, nasib baik mata game yang i main ada jugak yang menyumbang :D *kalau tak, malu je*



Dan.

Rekod terbaik personal, 5 game, ( 1 seri tanpa kalah) err.... tapi ini zaman dahulu kala iaitu 2 tahun lalu. Sekarang macam dah kurang skill =.='




#ini post ke 96.entri ke 100 rasa macam nak buat pasal diri sendiri..err..mungkinkah?




Pentingkan yang penting



Assalamualaikum.


Ini ibrah dari hari semalam. Ye, hari semalam,. Ibrah dari bulatan gembira.

Mungkin ada yang dah pernah baca, dengar dan tahu. Tapi, nk share jugak :D



The story begins:


Tempat: Makmal.


Bahan-bahan: Batu-batu besar, batu-batu kecil, pasir, air.




Professor: Eksperimen hari ini. Cuba masukkan semua bahan-bahan ke dalam balang yang besar ni. Pastikan tiada yang tumpah atau tertinggal.


Eksperimen bermula, nak dijadikan cerita, tiada siapa yang berjaya. Ada yang cuba masukkan pasir dahulu, namun tiada ruang pula untuk batu-batu besar. Ada yang masuukkan air dahulu, namun tiada langsung ruang yang tinggal untuk bahan-bahan yang lain.


Kalau korang, korang rasa macam mana nak buat? 


Ehem...* padahal kalau ikut logic boleh je buat kan... *


Jawapan: Mula-mula masukkan batu-batu besar diikuti dengan batu-batu kecil. Ruang yang ada kemudiannya dipenuhi dengan pasir dan air dimasukkan akhir sekali :D




Konklusi: Aplikasikan dalam hidup. :) Batu-batu besar ibarat benda-benda yang paling  penting dalam hidup kita.(agama, Allah,solat) Air pula ibarat benda-benda yang kurang penting dalam hidup. (games,movie)  So, kita boleh nampak, kalau hidup dipenuhi dengan benda-benda yang tak penting, ke mana perginya benda-benda yang penting? Heh, sama-sama fikirkan :)



First things first.


"Daripada tanda Allah berpaling dari hamba-Nya,Allah akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang tidak bermanfaat baginya" ~ Hassan Al-Basri



#fiqhalawiyyat,self-reflection.






Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.