Perkembangan.


Assalamualaikum.



Kalau tengok timeline arnab (boleh klik tab 'arnab' kat atas),  missha ada bagitahu yang missha ada arnab yang jenis argus. So, kali ni nak tunjuk gambar diorang and memperkenalkan arnab jenis argus ni.


Telinga diorang tak sama dengan arnab biasa. Badan diorang lagi kecik daripada arnab biasa. Bila arnab betina argus ni beranak, kita tak payah susah-susah nak jaga sangat sebab diorang jenis yang pandai susukan anak sendiri. Bapak argus pun tak perlu diasingkan bila anak dia lahir. Bila anak argus lahir, dia cepat besar, tak macam arnab biasa, dia akan warna merah-merah dan sangat kecik. Ok, cukup dengan fakta.

Nama argus missha ni Alvin and Brittany :D



 Argus ni suka makan sayur-sayur.



Hi, saya Brittany.



Yuhuu.. saya Alvin.
 *Bulu dia sangat-sangat cantik*




Baru ni, adik bagitahu yang Brittany mati. Serius sedihhhh :( . Theen, adik bagitahu yang gigi Brittany tu besar. Mengikut fakta, gigi arnab yang besar akan menyukarkan dia untuk makan. So, untuk mengelakkan perkara ni, salah satu cara adalah menyediakan kayu untuk arnab asah gigi mereka. Kalau nak tahu lebih, boleh Google. Tapi, kami tak sedar pun Brittany ada masalah ni, sebab arnab-arnab sebelum ni normal. So nya, sangat kesian dekat Brittany :(




Ingat lagi tak si comel Messi, RVP, Neymar, Eden Hazard, Xavi dan CR?






Sekarang mereka dah besar. Sama besar dengan mak diorang dah.  Huhu :D

Neymar



C.R



Xavi




Tak sempat nak snap semua. Mereka ni aktif dan terlampau riang ria. Habis gambar blur and tak chantekk =.='



Angan.Impian.Kenyataan.Harapan.



Assalamualaikum.



Baru-baru ni, ada someone suruh tulis,

Kalau diberi pilihan, instead of jadi dentist, kamu nak jadi apa?

Dan someone tu tak kisah pun kalau jawapan tu tak logik. Masud tak logik tu  contohnya , boleh je tulis "sebenarnya saya nak jadi pramugari." Mesti tertanya kenapa tak logik kan?  hm.. kalau nak jadi pramugari kan ada ukuran ketinggiaan yang tertentu, dah kalau tinggi trang tang tang tak cukup, kot tak payah lah nak berangan nak jadi pramugari =.='.



Jawapan missha ada 3. <----banyak gila. 

Dan jawapan missha ni banyak base on "building castle in the air" . Err.. tak faham? 

Hm.. maksudnya, jawapan missha banyak base on angan-angan and not exactly citacita.



First, i wanna be a chef because i love food. Tak kesah lah makan or masak, dua-dua missha suka, asal ada kaitan dengan makanan. Nampak tak di situ betapa.... errr... (sambung dengan ayat sendiri).


Tapi, missha bukan nk jadi chef  macam yang kat hotel tu. Missha cuma nak tahu and pandai masak macam proffesional chef. Satu kepuasan bila dapat makan yang  sedap-sedap..Haha


Dan lagi,
Missha suka 'art' yang ada dalam memasak ni. Nak potong bahan ada cara dia, nak hias pinggan ada cara dia, nak buat pinggan tu menarik, ada cara dia. Bagi missha benda ni menarik and best. Huhu. 






Next, i wanna be a fashion designer. Yang ni serius macam lawak dan tolong jangan gelak. Sebab?

Sebab sampai sekarang i tak pandai menjahit =.=Tapi teringin nak jahit baju sendiri, and ada jenama sendiri, and ada design sendiri. Setakat ni, memang banyak design dalam kepala, tapi still tak dapat nak diterjemahkan atas kertas. Maklumlah, orang bukan seni nak melukis. Lukis baju jadi kayu =.='






Lastly, nak jadi penulis. Ok , yang ni pun agak lawak sebab i rasa i takde bakat menulis yang best. Tapi, impian ni kira dah tercapai satu perempat, sebab menulis kat blog pun kira menulis jugak kan? Haha. <----ayat nak sedapkan hati sendiri. Dan, kalau nak jadi penulis ni, syarat dia, missha tak nak orang kenal missha. Mengada? Haha Memang =.=' . Sebab , bagi missha sangat awkward bila orang yang kenal kita tahu kita menulis. errr...



Sebenarnya kita semua penulis tahu. Dan di saat kita menulis, ada yang menulis tentang kita. Di kiri dan kanan.Sound scary huh? 



Walaupun ni semua just impian dan nampak macam angan-angan kosong, missha harap sangat suatu hari nanti semua ni akan tercapai. Tukar impian jadi kenyataan. Slowly, i will work for it. Insya Allah. Moga-moga. One fine day nanti termakbul semua ni. Yeah! One fine day.



Eh, share la jugak korang punya impian. :D



#angan-angan yang masih di awang-awangan.moga tidak bersawang.



Secret Reveal : Carving




Assalamualaikum :)






Entri ke 100. Seperti yang dirancang, entri kali ini bakal menceritakan tentang diri sendiri. :) Err.. bukan nak cerita apa pun, cuma...just nak sharing apa yang missha belajar sekarang je :D




Course missha ada kaitan dengan gambar atas ni.,


Okay, 

I'm not pengkaji serangga, 
I'm not penternak kucing, err, 
I am not penjaga kedai jam apatah lagi membuatnya... =.='
Tapi,


Nampak tak benda kecil comel warna putih tu?
Course missha berkaitan dengan 'benda kecil comel' tu la.


So, apa benda kecil comel tu?


*Cepat teka, cepat! *


Itu namanya gigi.

Err..tak percaya,? Sila scroll ke atas kembali dan pergi tenung betul-betul.



Sebenarnya, tak nak bagitahu kat blog pun pasal ni, tapi entah kenapa, time buat carving jumaat lepas, rasa macam nak share jugak betapa 'seronoknya' buat sesuatu yang bernama carving itu.


Err.. tak tahu carving tu apa?

Ehem. meh nak cerita. :)

Dari segi bahasa, carving tu mengukir.

Dari segi istilah dalam dental, carving tu maksudnya mengukir gigi.

So, apa yang kitorang buat?




Setiap student akan dapt 8 batang gigi simen macam gambar kat atas ni. *bukan gigi betul ye*.

Tapi gigi-gigi yang kami dapat tu cuma separuh je, bahagian yang separuh lagi tu kami kena lengkapkan dengan menggunakan lilin dan ukir lilin tu sampai jadi macam gigi.

*Err.. paham tak?*





Ni lah bahan-bahan untuk carving. Yang warna pink tu wax (lilin), dan 2 benda sebelah wax tu adalah tool yang kiteorang guna untuk ukir gigi. *senang kata pisau la* dan lastly, kite perlukan spirit lamp. *untuk panaskan lilin dan pisau*




Gambar atas ni jelas sikit rasanya. Boleh nampak kat situ keadaan gigi separuh yang harus dilengkapkan..  Gigi yang paling kanan tu baru siap 53%. Huhu.. 




So, jomla berkenalan dengan aktiviti carving gigi ni.


Bagi missha, benda ni nampak macam senang, tapi percayalah, 3 jam straight duduk menghadap gigi sebatang dan gigi tu yang paling senang belum tentu dapat siap =.='



Kerja carving ni sangat-sangat memerlukan ketelitian tahap petala kesembilan.


Kena make sure wax tu smooth.

Kena make sure tiada bubble dalam wax.

Kena make sure wax tu dimampatkan dengan betul.

Dan paling penting, kena make sure ukiran tu betul.



Tapi, part yang paling penting ni yang susah.

Sebab gigi kita sebenarnya tak simetri. Diulang. Gigi kita tak simetri. 


*Kalau tak percaya, cuba pergi ambik cermin and tengok elok-elok*




Kalau simetri, kita boleh refer bahagian gigi simen yang kita dapat tu untuk tahu betul ke tak apa yang kita buat, tapi disebabkan gigi tak simetri,  so.. kita kena gigih mengukir dan menggunakan imaginasi. Haha. 


And lastly, part yang paling "best" adalah bila imaginasi kita tak sama dengan realiti.


Sebab apa "best"?


Bila tunjuk kat lecturer, lecturer kata, 

"Yang ni besar sangat"

"Yang ni salah ni"

"Yang ni kena ada lekuk macam huruf S"



Memang sakitla nak repair semula =.='   Haha :D




#tajuk entri tak tahan nak bersecret reveal bagai. =.=' maaf kalau bosangg..errr





Malu? Jom Mula.

Assalamualaikum :)



YOUR TICKET HAS BEEN BOOKED
Have you started packing yet?



*****************************



Dulu,


Masa kecik-kecik,


Teringin nak hafal Quran,





Tapi..tapi..


Serius azam tu tak kekal lama.


Serius rasa payah.


Banyak godaan yang datang.





Cuba berulang kali..,


Usah kata satu juzuk,


Suku juzuk pun belomm.. =.='


Even umur masa tu dah berubah dari 1 angka jadi 2 angka,





Kot time solat dok ulang 4qul, Al asr, Al Kausar, Al Masad,


Kalau rajin, barulah nak baca Al Maun ke, Al Humazah ke,


Er... agak-agak berapa tahun lagi nak ulang tabiat yang 'bagus' ni?






Sekarang,,

Hafal Quran ada dalam sillibus,




Ini peluang!! Grab it!!


Mula-mula kena hafal juzu' 30


Tapi..




Bila belek punya belek,


Tenung dah macam nak tembus kertas,


Baru perasan...




ALLAH!! 


Juzu' 30 bukan banyak mana,





Malu...


Juzu' 30 ada 37 surah je,




Andai kata kalau malas pun, dalam setahun boleh dapat 5 surah,


By 18 tahun dah boleh hafal semua kalau start dari umur 10,





Tapi sekarang?


Berapa surah yang memang betul-betul ada dalam kepala?


Dan dari banyak-banyak surah yang dalam kepala, berapa yang betul-betul faham maknanya?


#ayattembakdirisendiri#




Tapi..

Takpe,

Its better late than never :D




JOM SAMA-SAMA MULA :')



#entri99. next.. mungkinkah pasal diri sendiri o.O



Belum Masa



Assalamualaikum :)




Sekadar ingin berkongsi cerita.


Tetang ulat yang hendak menjadi rama-rama.


Beluncas panggilannya. 'Ah! semua orang dah tahu namanya' =.='




Saat ingin menjadi rama-rama, beluncas 'berumah' di dalam kepompong.


Kepompong yang sempit.


Bila beluncas hendak keluar dari kepompong tersebut, beluncas terpaksa  bekerja keras hendak meloloskan dirinya.


Si beluncas gigih berusaha namun tidak berjaya,




Hendak dijadikan cerita, seorang tukang kebun melihat situasi ini.


Lalu dia membantu beluncas (yang kini rama-rama)  keluar dari kepompongnya.


Tukang kebun menarik ulat beluncas tersebut sedikit demi sedikit  sehingga....



POOF!!


Keluarlah seekor rama-rama yang cantik.


Namun, setelah hanya beberapa minit bertebangan, rama-rama tersebut jatuh ke tanah lalu tidak bergerak lagi.


Ya, rama-rama tersebut telah mati.




Bosan bukan jalan ceritanya?

Tapi ada sebabnya mengapa kisah bosan ini dicoretkan.




Tahukah bahawa, semasa rama-rama cuba meloloskan dirinya, dia sedang membina kekuatan diri?

Kesusahan dan kepayahan untuk keluar menyebabkan rama-rama menjadi kuat.

Tapi, beluncas tadi tidak melalui proses ini, kerana dia telah dibantu oleh tukang kebun.




Begitu juga hidup kita.

Ujian datang untuk menguatkan.

Kesusahan itu mematangkan.

Bukan untuk melemahkan.

Bukan untuk membinasakan.





Dan juga,

Perasan tak yang rama-rama itu keluar sebelum masa yang sepatutnya?

Dan apakah yang jadi pada nasibnya?

Heh, ini juga ada kaitannya dengan kita.

Tahu apa ?


" Jika kita inginkan sesuatu, namun belum dikurniakan, itu tandanya 'belum masanya' kita memperoleh benda tersebut. DIA tahu masa yang terbaik untuk kita. So , don't be sad " :D



#selfreminder



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.