Assalamualaikum.
Dah lama nak tulis satu benda ni. Kekonon nak buat dalam bentuk cerita tapi... idea macam takda. Bukan macam. Memang takda idea pun. Hihi. Disebabkan tak dapat buat dalam bentuk cerita,, kita buat dalam bentuk bercerita, okay?
'Benda' yang kita nak cerita hari ini adalah satu benda yang simple. Sangat simple. Tapi kita selalu lupa. Biasa la, benda senang la yang kita susah nak buat kan?
'Benda' ni jugak ada superpower. Tapi tetap tak ramai orang buat walaupun ramai yang tahu. Mungkin sebab walaupun ramai yang sedar 'benda' ni power, tapi tak ramai yang pernah rasa kepowerannya. (ni kalau cikgu bm tengok ni mahu kena luku)
Dan paling penting, 'benda' ni sebenarnya sangat menguntungkan. Tapi pelik, orang tetap tinggalkan. Padahal bab-bab untung ni jarang orang tak pandang kan?
So, apa 'benda' yang nak cerita hari ni sebenarnya?
Tiga huruf.
DOA.
Mungkin ada yang tahu pasal doa, tapi terlupa nak doa.
Mungkin ada yang tahu kuasa doa, tapi tak yakin dengan doa.
Mungkin ada yang dah doa, tapi putus asa dengan doa.
Mungkin ada yang doa, tapi dia rasa dia tak dapat dengan apa yang dia doa.
(Bab lupa nak berdoa nanti kita kupas entri lain. Kalau rajin,bab ini akan diolah dalam bentuk cerita yang simple mimple je. Sebabnya,, lagi selesa dan lagi best sampaikan sesuatu bentuk cerita sebab kita boleh masukkan unsur imaginasi. Jangan risau, tiada unsur illuminati. )
Hari ni, kita akan cerita bab yang last sekali. Dia doa tapi rasa dia tak dapat apa yang doa. Tapi sebelum tu, nak cakap; I bukanlah orang yang paling sesuai nak sembang pasal ni tapi, tak best la simpan sensorang kan?
Tak ingat sejak bila, tapi setiap hari cuba istiqamah amalkan doa, "Ya Allah permudahkanlah segala urusanku sehingga hari aku bertemu dengan-Mu" . Mula-mula tu selalu jugak lupa, so taknak bagi lupa, doa lepas solat, terutamanya solat subuh sebab kita nak mulakan hari baru kan?
Then, macam biasa pergi kampus, belajar, masuk lab, presentation and etc... Lumrah, kekadang kena redo kerja lab, esaimen sebakul,. Lepastu stressssssss. (more 's' indicate high pressure.. luls)
Lepastu terfikir, daripada stress dan mengeluh ni , kenapa tak gandakan doa daripada duk zikir 'stress'. (Zikir stress: Kejap-kejap cakap 'stress'. Tak sampai 5 minit, cakap 'stress' lagi =.= )
So, lepastu setiap kali macam ada masalah je, cuba untuk bina sabar, lepastu doa bagi Allah permudah dan tahan diri daripada zikir stress. (Hmm.. nampak macam bila susah baru nak ingat Allah kan. Muhun jangan macam ni =.=) Sampai sekarang cuba untuk buat semua ni, tapi kadang-kadang ter tak buat jugak. Hihi. I'm still learning yauwww..
There's always.....
Bila dah lelama bergelumang dengan esaimen. redo dan sebagainya, terasa macam jalan nak belajar dental ni makin lama makin berliku. Makin lama rasa makin susah. ( Bright student maybe tak rasa macam ni kot. iolss average je. Hihi ) Lepastu terkeluarlah monolog dalaman. "Aku doa tiap-tiap hari bagi jalan mudah. tapi rasa susah je. Aku doa tak ikhlas ke? Ke sebab aku doa masa susah je?" Macam-macam lagi la monolog dalaman yang negatif. Tak termampu nak senaraikan.
Dan setelah berbakul-bakul monolog dalaman yang negatif, suatu hari monolog positif pun bersuara. "Jangan buat tak bersyukur. Hari-hari Allah bagi nikmat. Oksigen, kesihatan, akal dan sebagainya."
Ya, itu klise. Cliche but true.
Dan disambung lagi. "Lagipun hari-hari kau doa urusan dipermudah. Memang jalan tu susah dan tak mudah tapi in the end kau dapat buat semua benda kan? See. Jalan tak mudah tapi urusan tu dipermudah. Allah ada. Allah tolong. "
Sentap dengan monolog positif sendiri.
"Lagipun bukan ke kau ada mintak kekuatan untuk menghadapi segala ujian? Dari ujian tu lah kau dapat kekuatan. Allah bagi kau ujian sebab nak bagi kekuatan yang kau minta. Tapi Allah tak biarkan kau sorang-sorang. Dia tolong lagi. Maka nikmat mana yang kau dustakan?"
Okay. Part ni ada ninja Konoha potong bawang.
Lepas tu baru perasan, memang bila dah lama-lama, kalau kena redo ke apa, rasa tenang. Tipula kalau kata stress tu hilang terus, tapi tak macam masa dulu-dulu. Kelam kabut macam nak terbalik dunia. Yup, that's me. I memang spesis macam ni. Kelibut punya worang =.=
So, tu je la. Pointnya kat sini doa la banyak-banyak, dan usaha jangan tinggal. Percaya dan yakin dengan doa, dengan Allah Ikhlas dan sentiasa bersangka baik dengan Allah :). Mesti!!
Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. |
Sekarang, kalau ada apa-apa problem, rasa tenang. ( Bukan sepanjang masa. Kadang-kadang tenang tu menghilang jugak. Heee. Masih berusaha nak keep calm . Still dalam fasa baby steps. )
Bila rasa tenang waktu ada masalah selalu terfikir,
"Ni tenang atau aku yang relax sangat?"
Tenang dan relax bagi i lain .
Tenang tu tenangla. Calm.
Relax tu macam take it easy.
Dan, relax sangat tu bahaya hokayy.
Note: Perasan tak berapa banyak monolog dalaman i ada? Haha. Sebab tu tak suka style macam ni. Sebabnya nanti mesti ada yang rasa "macam scary je budak ni monolog dalaman bebanyak". Haha
Beeeboo :)
"Never underestimate the power of Dua"