Assalamualaikum.
Dari diari curi:
******************************
"Pernah terfikir tak?"
"Apa?"
"Umur dah makin tua tapi aku rasa banyak lagi impian aku yang tak tercapai."
"Maksud kau?"
"Weh ayat straightforward macam tu pun nak kena ada maksud ke?"
"Takdela. Aku nak penjelasan supaya aku tak salah faham. Nanti kau cakap pasal benua aku cerita pasal hutan"
"Hm.. Maksud aku macam ni. Aku rasa semua orang ada benda yang dia nak capai. Ada benda yang dia nak buat. Ada sesuatu yang dia nak jadi. Kadang-kadang senarai tu terlampau banyak dan ada yang sampai tak terbuat. Aku pun macam tu juga. Ada benda yang aku nak capai."
"Contohnya?"
"Kau tahukan aku suka fotografi. Aku teringin nak ada satu syarikat yang menawarkan servis dan pakej fotografi yang tak sama macam orang lain. Kalau ikutkan, banyak dah benda yang aku dah plan ke arah nak merealisasikan impian aku tu tapi kau faham je la kan, jadual kelas kita tak macam orang lain. Kita ni kadang-kadang nak makan pun kena cari masa. So, impian tu setakat ni habuk je. Hanya dalam kepala. "
"Aku pun ada jugak impian yang masih tak tercapai. Aku suka travel dan impian aku nak pergi semua pulau yang ada kat Malaysia ni. Tapi setakat ni aku pernah pergi Langkawi dengan Tioman je."
"Nak tahu satu benda tak?"
"Apa?"
"Masa asasi dulu, housemate aku ada ajak aku teman pergi satu talk motivasi. Walaupun macam malas, aku pergi jugakla teman dia. Tapi, tak sia-sia aku pergi tu. Dalam talk tu, pakar motivasi tu ada bagi satu tip nak merealisasikan impian kita."
"So, apa tip dia?"
"Tip dia, tulis sepuluh benda yang kita nak capai dalam masa setahun atas satu kertas kecil, lipat, tulis tarikh serahun lagi kat kertas tu dan simpan elok-elok dalam satu tempat yang kita takkan lupa nak cari semula nanti."
"Kau pernah buat?"
"Pernah. Baru tahun lepas mula. Haha"
"Seriously? So, apa hasil dia?"
"Hm.. Alhamdulillah. dapat lebih separuh. Ingat DSLR yang aku baru dapat haritu? Tu salah satu wishlist aku."
"Tapi kan, maca tak percaya je"
"Aku pun mula-mula dengar macam rasa tahpape jugak. Betul ke benda ni? Tapi penjelasan orang tu macam boleh diterima. Dia kata, bila kita tulis apa yang kita nak, minda bawah sedar akan secara tak langsung bekerja untuk capai apa yang kita nak. Tapi lepas aku dah cuba setahun ni, aku belajar satu benda."
"Apa?"
"Bila dah tulis, dia bukan sekadar tulis je. Bila ada peluang kita kena grab. Maksud aku, kita still kena workhard jugak. Benda tak datang percuma. Takde benda senang. Contoh macam haritu, aku tulis nak pergi bengkel chess. Tapi berapa banyak bengkel waktu hari minggu aku tak pergi sebab malas. Padahal banyak je bengkel chess orang ajak. Dan akhirnya tu salah satu wishlist aku yang tak dapat. Nampak tak kat situ aku kurang usaha, dan nampak tak kat situ apa yang jadi?"
"Okay. Faham."
"Lagi satu jangan lupa. Usaha dah. Doa mesti jangan lupa"
"Hm... pinjam pen jap. Nak tulis."
*********************************************
Setahun kemudian
"Weh, kau dah buka belum wishlist?"
"Dah. Kau?"
"Dah juga. So, macam mana?"
"Lima. Kau?"
"Tiga. Jangan lupa tulis yang baru. Buka sesama tahun depan"
"Orites"
***************************
Let me tell you a secret. I'm a professional dreamer. Oh! Now it's not secret anymore.
Till then.
*Dedicate to : you know who you are :) Thank you <3*