Photoshoot


Assalamualaikum :)

Seperti dijanjikan, selesai sudah photoshoot ala kadar anak arnab berenam. Ingat nak ambik gambar satu-satu, tapi pent pulak nak mengejar dan mengadjust angle untuk mendpatkan shot terbaik. Hoho. Maka, cari yang paling bernas adalah dengan menangkap gambar enam ekor sekaligus. Senang citer.


Eh, sebelum tu, tengok la pasangan arnab merangkap parent ni dulu.


arnab jantan.


hitam tu betina. :)

Arnab jantan tu, kami panggil Putih, yang betina tu panggil Hitam. Nama ikut warna, senang :D Tapi bila sampai turn anak-anak dia, adik-adik missha pun cakap nak pilih nama. *my adiks tu tuan punye arnab* . I pun expect and saspek diorang akan pilih nama yang kiut dan sedap-sedap, memandangkan anak arnab tu tersangatlah comel. Sekali bila dia annouce nama................



Semua nama pemain bola T.T. Kusangkakan akan ada nama Comel ke, Bulat ke, Tompok ke, Comot ke, tapi jauh barbeque dari bara nampaknya.


Yang keluarnya nama ......



Messi, pemain bola barcelona, dah bosan dengar pasal  dia hari-hari, Google kalau nak tahu lebih lagi,




Cristiano Ronaldo pulak, sape yang tak kenal. Orang yang tak minat bola pun at least akan pernah dengar nama ni.




RVP yakni Robin Van Persie yang pernah mencuri hati, pemain arsenal yang kini telah menjadi milik Manchester United,




Eden Hazard, tak tahu sangat pun dia ni, tapi katanya pemain Chelsea.



Neymar, pemain Brazil, tak pernah tengok bersungguh pun dia main, tapi style rambut dia memang tak leh lupa. Ada jugak yang sanggup ikut style cenggitu. ish.


Xavi, lagi pemain Barcelona dan pemain Spain, juara Euro 2012.



Entah-entah zaman akan datang, ada pulak yang bagi nama Apple, Samsung, Lumia, Htc, Acer, Maklumlah, zaman dah maju.









Gambar last: nampak tak badan anak arnab tu basah? Untuk pengetahuan dia  jatuh longkang tadi.  Dia curi-curi keluar sangkar and pagar rumah, dan bedebush!


Lubang sangkar yang dia duduk pagi tadi tu besar, so muat la dia nak keluar. Huhu. I jugak yang jadi saksi kejadian dan superwoman  kejap. Err,,.. tapi mintak tolong sesorang jugak selamatkan. Hee :D Tak larat kot nak angkat besi longkang yang super berat tu.


Cukuplah pulak citer pasl arnab. Petang-petang cenggini elok pergi riadah. Bersenam sikit-sikit. Eceh :D



Sedangkan mereka ini beriadah lompat tali .....:D



Kita bila lagi? Hee :)



Melengkapkan usaha


Assalamualaikum.


Dari diari curi:

**************************


"Tension la dok menghadap buku tu. Tapi tak faham-faham jugak"


"Adat la. Dalam dunia ni, kalau nak sesuatu, kena usaha. Nak makan pun ada step."


"Makan pun ada step ke??" Muka tak percaya


"Yela, mesti ada.Tangan kau menyuap, mulut menganga, bukan step ke namanya tu? Tu belum masuk masak makanan or pergi beli lauk. Nak ceq terang sebijik-sebijik dari part petani tanam padi ka? Nanti muntah pulak dengar aku bersyarah. Eh, kau tahu tak, even kau ada tongkat sakti macam Harry Potter pun, at least kau kena goyang-goyang dulu tongkat tu, pastu cakap Accio Nasi Goreng Kampung, barula nasi tu muncul."


--------------------------------------------


Rasulullah saw bersabda 
“Andai kiamat telah tiba & kamu memiliki sebiji benih di tanganmu, maka tanamlah ia.”


Usaha sehingga saat terakhir,
Bukan hanya di saat-saat akhir.



-------------------------------------

"Usaha-usaha jugak. Tapi...kita kena ingat..."


"Apa?"


"Sandarkan semua usaha pada Dia. Doa. Tawakkal. Barulah lengkap usaha kita. Sebab, natijahnya nanti, Dia yang beri"


****************************



tawakkal





Tiada ganti.

Assalamualaikum. :)


Dari diari curi:


*******************


"Jadi tak nak pergi hangout sama nanti?"


"Sory. Parent aku awal-awal memang tak bagi."




"Kau?"


"Parent aku menyokong gila. Siap call lagi tanya bila nak pergi Kadang-kadang aku pelik jugak. Parent aku tak pernah pun halang aku kalau nak pergi mana-mana."




"Bestla. Parent aku memng jarang bagi pergi jauh-jauh. Yang dekat pun susah nak bagi."




"Bagi atau tak bagi, tu tanda parent kita sayang. Setiap parent ada cara yang berbeza nak expresskan kasih sayang diorang. Yang penting, kita kena hargai dan hormati. Dah2. Jom gerak pergi kelas. Dah lambat ni."


********************


doodle keluarga raya

Ibu bapa.
Tiada gantinya,
Kurniaan Dia pada kita.

Sayang, hormat, dan jaga,
Doa jangan lupa,
Restu kena minta :)
Redha allah terletak pada redha mereka. 



doa ibu bapa keluarga




tak rugi tengok :')


Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu 
DOA SEORANG IBU




Kita, Lima, Bersama.



Assalamualaikum.

Hari ini, Tiba-tiba rasa macam nak buat entri dedikasi.
Jangan tanya kenapa, hati ini rindu barangkali?


***********

Kami berlima.
Mula kenal sebab buat assignment sama-sama.
i yang paling last join mereka.
Sebab i, kami jadi lima.
Nampak la, i yang menyibuk tak tentu hala. Haha


Along,
Anak sulung dalam keluarga.
Paling tua antara kami berlima,
Lagaknya juga persis kakak yang berwibawa,
Entah kenapa, ideanya selalu buat i jatuh cinta,
i suka dengan cara dia organise hidup dia,
Teratur, Kemas, dan rajin orangnya.



Angah,
Sudah pastinya dia yang kedua lahir antara kami berlima,
Kecil molek orangnya,
Comel dan jenis yang tak berkira,
Walaupun kecil , lantang bersuara.
Dan juga garang orangnya :D



Achik,
Yang ketiga antara berlima,
i suka kata-kata darinya,
Tidak kisah sama ada lisan, bertulis atau yang dinukil di blognya,
Baik orangnya.
Tapi dia agak suka tacing dan berahsia .Haha
(mesti dia gelak kalau dia baca) <--jangan tacing pulak ^_^



Ateh,
Antara kami, ada rahsia,
Kadang-kadang, rahsia itu bukan yang i kongsi dengannya,
Tapi dia yang tahu sendiri, entah dari mana,
Paling mengada antara kami semua,
Dia suka berahsia, tapi sesenang ABC kami bongkarkan semua,
Sebab benda yang dia nak rahsia tu, kadang-kadang bukan rahsia,
Tapi saja-saja dia nak rahsia,
Sebab tu dia mengada. :D <--jangan marah :)



Adik,
Itu i,
Jadi adik sebab lahir paling lambat antara semua,
Tak de apa yang nak dicerita,
Belek-belek blog ni, pasti kenal i macam mana.





Mentos,
Selalu makan waktu kuliah,

Domino, KFC, Cake
Makanan tak berkhasiat tapi kita selalu makan,. :D


Big apple,
Selalu makan sama-sama :)


Roti canai,
Sarapan pagi time cuti.


Pecal,
Chef ateh masak untuk kita,


Roti telur + Choc milk,
Sarapan hampir hari-hari.



Kami,

Adik beradik berlainan mama,
Berlainan papa,
Tapi akidah kita sama,
Kita sama-sama Hamba- Nya,
Moga perkenalan sampai ke syurga,
Bukan setakat di dunia,


Walau kita berpisah selepas ini,
Kalian tetap di hati :)
Tiada depan mata,
Harap diingat dalam doa  :')


***************************


note: post penuh emosi dan mengada nak guna i. :D sila sedia baldi jika tak tahan. :)  salah silap harap dimaafkan. 




Momentum. (Bukan Subjek Fizik)

Assalamualaikum :)


Dashboard yang slow dah semakin rancak. Tapi tuan blog ni tetap dengan penyakit yang satu. Mood yang satu itu. Bukan mood nak beraya bagai, tapi mood malas. Atau lebih dikenali sebagai sindrom M pada masa kini.


Buka fb atau buka blogg, (twitter memang tak teringin nak ada lagi) update terkini, semua gambar raya. Hoho. Haruslah macam tu, sebab sekarang kita sedang dalam bulan Syawal. Bulan Syawal ini dan bulan seterusnya memang mencabar. Sebab? Kita dapat lihat dan nilai sendiri hasil tarbiah diri dalam bulan Ramadhan yang lepas. Fuu.. bagaimana hasilnya? Tanya diri.



syawal ramadhan
Ayuh bersama kekalkan momentum :)



Nak jugak menempek satu dua gambar raya.




 Haha. adik-adik dah elok dok bergaya depan kamera, abang-abang kat belakang kasi spoil gambar pulak.



Si kembar sibuk nak bergambar.  :)

Harap maaf gambar kurang berkualiti. 


Anak-anak arnab dah umur lebik kurang 2 minggu. Dah super duper cute yang amat. Hoho. Apa? Nak tengok gambar? Nantilah tuan blog yang 'rajin' ni buat sesi photo shoot dulu. Hehe.Dalam entri dulu pun, rasa macam dah bagitahu nak upload gambar, tapi sampai sekarang takde progress apa pun. Hoho. Janji tak ditepati nampaknya. Eh? Macam slogan Hari Merdeka pulak, tapi versi vice versa.



note: Momentum untuk update blog, kena up sikit , Momentum amalan, jangan bagi down, paling-paling pun, sila maintain. Momentum nak beraya sakan, hoo.yang ni memang dah lama kurang ada. hoho.


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.