Eid Fitr :)



Asslamualaikum :)



Salam eid fitr. :)
Semoga kita sebenar-benarnya kembali pada fitrah.

Dah boleh dah start puasa enam :)


Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.
(H.R. Muslim)



Dapat juga update kejap :D Memang sengaja taknak ucap  awal-awal :D




note: punya la tak semangat nak raya hari tu, malam raya baru pergi ambil baju raya kat tailor, naseb dia tak balik kampung lagi. Fuhh..macam mana boleh terlupa entah =.='



Moga jumpa lagi.




Assalamualaikum.

Syawal dah datang.

Ramadhan dah pulang.

Kita?

Jangan sampai 'hilang',

ditenggelami dosa hari raya.











note: entriter lmbat publish..hoho

Status Sebelum Raya.


Assalamualaikum.



Mood raya tahun ini.

Recently, semua nak post pasal  raya. Of course la kan. Dah memang dah nak raya sangat dah. Tapi entah kenapa, tahun ni, mood nak raya tu kurang ada. Nak kata sebab dah tak tercalon dalam list 'layak dapat duit raya', rasanya nama memang dah kena blacklist lama dah. So, kenapa mood raya tak ada still jadi misteri.



Ramadhan kali ini. 

Ramadhan tahun ni paling best sebab dapat berbuka sebulan bersama keluarga tercinta. Lepas ni, entah dapat entah tidak peluang macam ni.



Baju raya

Seperti tahun-tahun sebelumnya, my baju raya paling awal dibeli. Bukan sebab semangat nak raya , tapi sebab alang-alang dah jumpa kain yang cantik dan berpatutan harganya, maka haruslah dibayar, dibawa balik dan dijadikan hak milik. :D Lepas tu, tema baju raya pada tahun tersebut adalah mengikut warna baju yang missha dah beli. Haha. So i am the colourpicker. Hoho.



Duit raya.

Dah lama tak merasa keadaan di mana setiap kali bersalam, pasti salam itu tidak 'kosong'. haha. Patutunya, bila dah umur cenggini la kena hulur banyak sikit duit raya. Budak kecik patut dapat sikit-sikit je. Budak kecik kan tak boleh pegang duit banyak-banyak. <---ayat tipikal orang tak puas hati. Haha



Kuih raya.

Dekat 10 tahun juga tak buat kuih raya. Haha. Tahun ni baru buat semula. Tapi setakat ni, baru siap tiga. My umi pula meman tak beli banyak kuih raya, katanya memang nak suruh anak dara yang sorang ni buat. Muahaha.. So, sedang struggle menyiapkan kuih raya. Kot takkan nak hidang biskut empat segi kerim kreker kat tetamu.



Balik kampung.

Kampung missha, satu dekat , satu jauh. Hari raya pertama, raya yang dekat dulu. Pagi-pagi raya baru bertolak balik kampung yang hanya 45 minit dari rumah. Bukan tak nak bermalam raya kat kampung, tapi tak sanggup nak berebut dan beratur tunggu toilet pagi-pagi raya. Kebiasaanya, sehari sebelum raya, balik buat lemang, sate dan yang sewaktu dengannya,. Bila dah malam, baru balik rumah. Keesokannya, balik kampung semula lepas solat sunat  eid fitr.



Anak arnab.

Tahun ni tahun pertama beraya dengan arnab. Tak tahulah macam mana bila nak balik kampung nanti sebab keluarga arnab ni besar sangat. Risau pula nak tinggal. T.T. Alhamdulilah, setakat ni, semua 6 ekor anak arnab masih hidup.



Dan ini yang paling penting sebenarnya.


Doa.

"Ya Allah, kuatkan iman kami untuk istiqamah dengan amalan soleh selepas Ramadan"



perasaan yang sedang bercampur baur. jangan tanya kenapa, kerana. jawapannya masih belum ada.


note: tajuk tak kena? maafkan, abaikan, sebab tak tahu nak letak tajuk apa. =.='

Baju Untuk Raya.



Assalamualaikum.


**************



Dah tak lama dah nak raya.

Tahu takpe. Rasa sekejap je.


Dah prepare baju raya? Berapa pasang? Kaler apa?

Baju? Aku on the way prepare 'baju taqwa' ntuk raya ni.



*******************


"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik"



***********************

Output puasa: Taqwa.


Bagaimana persiapan 'baju taqwa' kita?



Fuh.. peluh. Lagi 3 hari Ramadhan nak pergi.





Ikut Dress Code.


Assalamualaikum.


Kalau pergi dinner or majlis-majlis grand, dress code or tema baju mesti ada. Casual la, black and white la, elegan and macam-macam la lagi. Kat sekolah, kat kolej, kat uni, suma ada dress code.  Dan even bila kita bukan dalam sekolah, bukan dalam kolej, bukan dalam uni, kita tetap ada 'dress code'. Tak percaya? :D *angkat kening* Percayalah . Haha. :D











---------------------------------

Dah nak dekat raya. *tapi mood raya seriously takde* 

Hari raya nanti, kala nak melaram serba baru, terpulangla. :) Tapi 'dress code', tetap kena ikut :D

Jangan lupa :)


***********************


"Women should not be the moon which everyone see uncovered,but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it."



****************************************







The way she dress ,
Like an empress,
Impressing Allah, 
Opressing the nafs



Walaupun manusia suka , tetapi Allah benci . Apa yang kita dapat ?
Kalau Allah suka , tetapi manusia benci . Adakah kita rugi ?



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.