Secret Reveal : Carving




Assalamualaikum :)






Entri ke 100. Seperti yang dirancang, entri kali ini bakal menceritakan tentang diri sendiri. :) Err.. bukan nak cerita apa pun, cuma...just nak sharing apa yang missha belajar sekarang je :D




Course missha ada kaitan dengan gambar atas ni.,


Okay, 

I'm not pengkaji serangga, 
I'm not penternak kucing, err, 
I am not penjaga kedai jam apatah lagi membuatnya... =.='
Tapi,


Nampak tak benda kecil comel warna putih tu?
Course missha berkaitan dengan 'benda kecil comel' tu la.


So, apa benda kecil comel tu?


*Cepat teka, cepat! *


Itu namanya gigi.

Err..tak percaya,? Sila scroll ke atas kembali dan pergi tenung betul-betul.



Sebenarnya, tak nak bagitahu kat blog pun pasal ni, tapi entah kenapa, time buat carving jumaat lepas, rasa macam nak share jugak betapa 'seronoknya' buat sesuatu yang bernama carving itu.


Err.. tak tahu carving tu apa?

Ehem. meh nak cerita. :)

Dari segi bahasa, carving tu mengukir.

Dari segi istilah dalam dental, carving tu maksudnya mengukir gigi.

So, apa yang kitorang buat?




Setiap student akan dapt 8 batang gigi simen macam gambar kat atas ni. *bukan gigi betul ye*.

Tapi gigi-gigi yang kami dapat tu cuma separuh je, bahagian yang separuh lagi tu kami kena lengkapkan dengan menggunakan lilin dan ukir lilin tu sampai jadi macam gigi.

*Err.. paham tak?*





Ni lah bahan-bahan untuk carving. Yang warna pink tu wax (lilin), dan 2 benda sebelah wax tu adalah tool yang kiteorang guna untuk ukir gigi. *senang kata pisau la* dan lastly, kite perlukan spirit lamp. *untuk panaskan lilin dan pisau*




Gambar atas ni jelas sikit rasanya. Boleh nampak kat situ keadaan gigi separuh yang harus dilengkapkan..  Gigi yang paling kanan tu baru siap 53%. Huhu.. 




So, jomla berkenalan dengan aktiviti carving gigi ni.


Bagi missha, benda ni nampak macam senang, tapi percayalah, 3 jam straight duduk menghadap gigi sebatang dan gigi tu yang paling senang belum tentu dapat siap =.='



Kerja carving ni sangat-sangat memerlukan ketelitian tahap petala kesembilan.


Kena make sure wax tu smooth.

Kena make sure tiada bubble dalam wax.

Kena make sure wax tu dimampatkan dengan betul.

Dan paling penting, kena make sure ukiran tu betul.



Tapi, part yang paling penting ni yang susah.

Sebab gigi kita sebenarnya tak simetri. Diulang. Gigi kita tak simetri. 


*Kalau tak percaya, cuba pergi ambik cermin and tengok elok-elok*




Kalau simetri, kita boleh refer bahagian gigi simen yang kita dapat tu untuk tahu betul ke tak apa yang kita buat, tapi disebabkan gigi tak simetri,  so.. kita kena gigih mengukir dan menggunakan imaginasi. Haha. 


And lastly, part yang paling "best" adalah bila imaginasi kita tak sama dengan realiti.


Sebab apa "best"?


Bila tunjuk kat lecturer, lecturer kata, 

"Yang ni besar sangat"

"Yang ni salah ni"

"Yang ni kena ada lekuk macam huruf S"



Memang sakitla nak repair semula =.='   Haha :D




#tajuk entri tak tahan nak bersecret reveal bagai. =.=' maaf kalau bosangg..errr





Malu? Jom Mula.

Assalamualaikum :)



YOUR TICKET HAS BEEN BOOKED
Have you started packing yet?



*****************************



Dulu,


Masa kecik-kecik,


Teringin nak hafal Quran,





Tapi..tapi..


Serius azam tu tak kekal lama.


Serius rasa payah.


Banyak godaan yang datang.





Cuba berulang kali..,


Usah kata satu juzuk,


Suku juzuk pun belomm.. =.='


Even umur masa tu dah berubah dari 1 angka jadi 2 angka,





Kot time solat dok ulang 4qul, Al asr, Al Kausar, Al Masad,


Kalau rajin, barulah nak baca Al Maun ke, Al Humazah ke,


Er... agak-agak berapa tahun lagi nak ulang tabiat yang 'bagus' ni?






Sekarang,,

Hafal Quran ada dalam sillibus,




Ini peluang!! Grab it!!


Mula-mula kena hafal juzu' 30


Tapi..




Bila belek punya belek,


Tenung dah macam nak tembus kertas,


Baru perasan...




ALLAH!! 


Juzu' 30 bukan banyak mana,





Malu...


Juzu' 30 ada 37 surah je,




Andai kata kalau malas pun, dalam setahun boleh dapat 5 surah,


By 18 tahun dah boleh hafal semua kalau start dari umur 10,





Tapi sekarang?


Berapa surah yang memang betul-betul ada dalam kepala?


Dan dari banyak-banyak surah yang dalam kepala, berapa yang betul-betul faham maknanya?


#ayattembakdirisendiri#




Tapi..

Takpe,

Its better late than never :D




JOM SAMA-SAMA MULA :')



#entri99. next.. mungkinkah pasal diri sendiri o.O



Belum Masa



Assalamualaikum :)




Sekadar ingin berkongsi cerita.


Tetang ulat yang hendak menjadi rama-rama.


Beluncas panggilannya. 'Ah! semua orang dah tahu namanya' =.='




Saat ingin menjadi rama-rama, beluncas 'berumah' di dalam kepompong.


Kepompong yang sempit.


Bila beluncas hendak keluar dari kepompong tersebut, beluncas terpaksa  bekerja keras hendak meloloskan dirinya.


Si beluncas gigih berusaha namun tidak berjaya,




Hendak dijadikan cerita, seorang tukang kebun melihat situasi ini.


Lalu dia membantu beluncas (yang kini rama-rama)  keluar dari kepompongnya.


Tukang kebun menarik ulat beluncas tersebut sedikit demi sedikit  sehingga....



POOF!!


Keluarlah seekor rama-rama yang cantik.


Namun, setelah hanya beberapa minit bertebangan, rama-rama tersebut jatuh ke tanah lalu tidak bergerak lagi.


Ya, rama-rama tersebut telah mati.




Bosan bukan jalan ceritanya?

Tapi ada sebabnya mengapa kisah bosan ini dicoretkan.




Tahukah bahawa, semasa rama-rama cuba meloloskan dirinya, dia sedang membina kekuatan diri?

Kesusahan dan kepayahan untuk keluar menyebabkan rama-rama menjadi kuat.

Tapi, beluncas tadi tidak melalui proses ini, kerana dia telah dibantu oleh tukang kebun.




Begitu juga hidup kita.

Ujian datang untuk menguatkan.

Kesusahan itu mematangkan.

Bukan untuk melemahkan.

Bukan untuk membinasakan.





Dan juga,

Perasan tak yang rama-rama itu keluar sebelum masa yang sepatutnya?

Dan apakah yang jadi pada nasibnya?

Heh, ini juga ada kaitannya dengan kita.

Tahu apa ?


" Jika kita inginkan sesuatu, namun belum dikurniakan, itu tandanya 'belum masanya' kita memperoleh benda tersebut. DIA tahu masa yang terbaik untuk kita. So , don't be sad " :D



#selfreminder



Truth, Trust.




Assalamualaikum :)





Kadang-kadang kita terlalu senang,

Meletakkan kesalahan di bahu orang,

Pelbagai alasan diberikan,

Kerana tidak mahu menerima hukuman,

Dan hendak mengelak dari dituduh bersalah,

Tapi ada yang mengetahui... ALLAH. 



If you always tell the truth, you don't have to remember anything. :D


Truth sometimes hurt, but lies are worse .


TRUTH BUILT TRUST.










Bersyukurlah kita tak macam Pinocchio, 
Bila dia menipu terus dapat balasan hidung jadi panjang, 



Tapi kita? 
Allah masih bagi peluang untuk tebus kesalahan. :")



#selfreminder

Catur kehidupan



Assalamualaikum :)



Unexpected. That's life.



Tapi,


Kita masih boleh fikirkan kemungkinan yang mungkin akan terjadi,


Merancang ke hadapan dan ada pelan sandaran, berguna untuk diri, . 


Setiap langkah yang kita lakukan, pastikan bukan langkah yang 'rugi',


Sebab kalau dah salah jalan, kita yang mungkin merana nanti.


Kalau dah kena 'checkmate' oleh lawan, dah tak boleh nak lari. :D

*hari ni kita aplikasikan game chess dalam hidup ye * :D


Chess. One of my interest :D Serius sangat minat main chess ni :)



Tapi sedih, hari tu match chess peringkat universiti, menang satu game je.. :( , maybe sebab 2 tahun tinggal. Officially n personally, rekod terburuk . Haha :D  Tapi , Alhamdulillah, our faculty tetap dapat pingat emas sebab kira mata pasukan. Ehem, nasib baik mata game yang i main ada jugak yang menyumbang :D *kalau tak, malu je*



Dan.

Rekod terbaik personal, 5 game, ( 1 seri tanpa kalah) err.... tapi ini zaman dahulu kala iaitu 2 tahun lalu. Sekarang macam dah kurang skill =.='




#ini post ke 96.entri ke 100 rasa macam nak buat pasal diri sendiri..err..mungkinkah?




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.