Sekilas


Assalamualaikum.


#pandangbelakang


********************************************


Satu

"Dr, partner saya nak restore 36. ICDAS code IV occlusal. Dr nak tengok dulu ke?"

Mulakan klinik pagi tu dengan semangat berkobar-kobar. Tapi.........

"Lepas ni nak buat apa lagi?"


Kepala terus fikir patient ni patient mana dan apa lagi treatment plan dia. Patient partner tak semua kita boleh ingat.

"Emmm..." Gagap. "Fissure sealant rasanya."

"Mana operator awak? Dah sem berapa dah ni takkan tak faham lagi. Operator datang la dulu present apa nak buat. Kita kalau boleh nak trust you all. Nak youu datang bincang kes bukan you buat apa yang kitaorang suruh. Tapi kalau macam ni susah la."

"Saya tak faham la you all ni. Dah besar pun tak boleh fikir ke? Benda ni patut you boleh fikir sendiri. Datang, present kat kami, pt nama apa, umur berapa. Kitaorang maybe tak boleh ingat patient korang nama apa. Berapa ramai pt kami tengok. Tapi kau tu, tu patient kau. Ke kau memang tak kisah nama dia apa yang kau tahu nak tengok gigi dia je?"

Diam. Terpukul hati. Pukul motivasi.


Kadang-kadang lupa. Patient ada nama. Bukan sekadar diagnosis sahaja. Kita berbincang tentang sakit yang manusia ada. Bukan kes semata-semata.



*****************************

Dua. 


Charting. Second last tooth.

"Ulang semula ICDAS 46"

"ICDAS II?"

"Apa defintion ICDAS II?"

Mulut pun laju 'baca' definition ICDAS 2.

"Ni lah you all. Menghafal je kerjanya. So yang ni ICDAS berapa?"

"Tiga. Sebab ada cavitation."

"Ni you tahu ke you teka?"

Diam.

"I nak u charting semula. Make sure kali ni takde silap"

Charting semula. Dan present. Okay. Smooth, tapi tak habis sampai situ.

"You ni ICDAS pun salah. Cuba bayang kalau nanti you misdiagnosed something yang serius. You bayangkan pula keadaan patient you. You tak kesian ke kat patient datang kat you alih-alih you buat silly mistake macam ni. Tak rasa berdosa?"

Tak rasa berdosa?

*Nangis*

Ilmu itu datang dengan tanggungjawab.



*******************************************************


Dalam klinik, hari-hari belajar. Tak salah sendiri, belajar dari salah orang. Yang penting belajar dan terus belajar. 

Kena ingat selalu, yang kita jumpa pesakit, manusia,, bukan kes semata-mata.

Dan banyakkkkk lagi benda yang jadi yang perlu diambil pengajaran dan muhasabah diri. Mungkin akan datang tulis lagi. Mungkin.

***********************************

Doa.
Moga terus kuat.
Semua ilmu disemat,
Ikhlas dalam setiap apa yang dibuat.


Till then 




Stitches


Assalamualaikum.


Hai! :) Februari dah nak habis. Dua bulan ni apa yang dah progress? Hmm *fikir*


Alhamdulillah dah sem baru. Yeay! Entri kali ni kita flashback sikit. (ataupun lebih dikenali cerita basi, ehem)


Sem lepas ada subjek elektif. Sebelum masuk sem, lecturer bagi briefing dulu tentang subjek elektif ni. Subjek ni wajib diambil masa sem 1 tahun empat. Untuk subjek elektif, kami kena pilih satu aktiviti yang tak pernah dilakukan atau pilih aktiviti yang kita nak belajar untuk dilakukan semasa cuti semester. Setiap progress aktiviti kena ambil gambar, dan kena sediakan satu report tentang aktiviti yang kita pilih tu. Tapi, aktiviti yang dipilih mestilah tiada kaitan dengan pergigian. Dan ini lah yang best! 


Bila naik cuti sem, kita kena tunjuk progress yang kita dah buat dan sediakan report. Nak sediakan report tu kena consult lecturer. Nak consult lecturer ni tiada masa yang spesifik pun , kena cari masa. Yang penting, consultation yang wajib tiga kali dan sesi consultation tu ada markahnya.


Macam-macam aktiviti yang dipilih. Ramai yang pilih menjahit dan memasak. Ada juga yang pilih nak belajar gitar, belajar kereta, dan bela ayam. Me? i pilih cross stitch :)



Ni cerita lilo and STITCH. 


So, apa cross stitch ni sebenarnya? Cross stitch ni adalah silang pangkah. Kita akan guna jahitan silang pangkah menggunakan pelbagai jenis warna benang untuk membentuk satu gambar atau pemandangan. Cross stitch ni ada jarum, benang dan fabrik dia sendiri.


Kenapa pilih cross stitch? Satu, mestilah sebab tak pernah buat cross stitch. Ni syarat utama nak pilih aktiviti. Hihi. Dua, masa kecil dulu selalu tengok umi buat cross stitch tapi sebab masa tu kecil lagi, just tengok je, tak pernah cuba buat. Lagipun, umi pernah cakap cross stitch ni hobi dia. So kita pun teringin nak cuba apa yang umi suka and of course, umi boleh jadi instructor kita yeay!



Masa tu ada juga terfikir nak belajar menjahit baju kurung sebab masa tu iolss tak pandai jahit baju kurung tapi bila fikir balik macam cross stitch lagi senang boleh duduk lepak depan tv sambil buat. Kalau pilih menjahit, kena cari tempat belajar, kena bayar and kena keluar rumahh. T.T Me is so lazy. Hiks.


Barang-barang cross stitch ni beli online. Ada jugak cari kat kedai tapi sekarang ni dah tak banyak kedai yang jual. Kalau ada pun, design tak menarik.


Ni design kita pilih. :)

Dua design ni nampak macam senang untuk amatur, menarik dan kena dengan jiwa. Tema: makanan dan kebebasan. Makanan adalah keutamaaan. Food lover here!


Design satu: Cupcake. I loveee cupcake sebab tu i pilih design ni.  For me, cupcake ni menggambarkan frasa "less is more". Frasa ni adalah satu frasa yang sangat bagus yang mana ia menggambarkan tentang kesederhanaan tetapi cukup. Macam cupcake, satu gigitan je, kita boleh rasa manis, fluffy, sedap, lemak dan berkrim. Kita tak perlukan sebiji kek nak rasa semua tu. Satu cupcake dah cukup.



Instrument and material. Hee. Yang atas kanan tu design. Dalam tu ada colour code dan jenis-jenis jahitan. Yang kiri tu printed fabrik. Kita jahit atas fabrik ni la. Bawah printed fabrik pun ada code colour jugak.





Gambar yang kiri sekali tu sebelum jahit. Dia dah siap printed ikut colour coding. So, kita just tinggal jahit ikut warna yang sebenar berdasarkan code colour pada design. Gambar atas dan bawah ni adalah progress jahitan sampai siap.

Yang kanan sekali yang dah siap!

Kalau tengok yang dah siap tu, dia tetap macam tak siap sepenuhnya sebab still ada garisan dan colour code dekat bawah. So, cara nak hilangkan dia, kita kena basuh tapi basuh guna soft detergent sahaja. Belakang fabrik kita kena iron sikit bagi benang tu kemas dan jahitan kita takdela terbuka nanti.


Urutan gambar mengikut arah jam.

Kiri: Sebelum jahit
Tengah: Dah siap jahit
Kanan: Dah siap basuh


Deign kedua belon panas ni makin mencabar nak jahit, Makin malas pun ye jugak. Hmmm. Design kedua ni dipilih sebab memang dah lama teringin nak naik belon udara panas. Selain tu, belon udara panas ni menggambarkan kebebasan dan adventure. Naik belon udara panas ni, kita takkan tahu dekat mana kita mendarat, tapi kita boleh kawal ketinggian dan kelajuan dia. Dan ini boleh dikaitkan dengan frasa "follow the flow", cuma dalam kes ni, kita boleh tentukan flow tu. :)


Kenapa pilih dua design? Sebab, lain design lain cabaran dia. So, sebagai orang yang baru nak belajar, kenala variasikan sikit cabaran tu kan?


Progress. :)

Masa mula-mula buat cross stitch ni memang excited. Tapi lama-lama, dia memang menguji kesabaran lepas tu rasa macam "Eee. bila nak siap ni".  Memang tabik spring la dekat peniaga yang jadikan cross stitch salah satu mata pencarian. Nak buat cross stitch ni memang perlukan patience and passion. Gittueww. Kalau tak berhabuk tepi dinding jelah cerita dia.  


Kepada sesiapa yang nak merasai satu pengalaman yang baru, silakan mencuba cross stitch. Insya Allah, tak menyesal. Yang penting, design pertama tu kena siapkan dan framekan cantik-cantik. Lepas tu, decide sama ada nak buat cross stitch lagi tak pada masa akan datang. Kalau taknak buat dah, at least ada dah satu hasil cross stitch untuk tatapan anak cucu kemudian hari. Hihi.






Dalam hidup ni, kadang-kadang kita tak sedar kita dah terlampau selesa buat perkara yang sama. Sekali-sekala kenala juga keluar dan cuba sesuatu yang baru. Mana tahu, boleh jumpa hobi baru atau discover bakat yang baru. By the way, kita dah belajar jahit baju kurung masa cuti sebelum masuk sem dua. Yeay! Satu wishlist dah boleh potong.



Korang pun jangan lupa cuba buat sesuatu yang baru! :)




I may know how to stitch,
But the cut you left behind,
Leave a scar, 
Forever.

Time won't heal,
My heart? i'll seal,
It is not a deal,
It is  just what i feel.




Ten




Assalamualaikum.


Dari diari curi:



******************************

"Pernah terfikir tak?"


"Apa?"


"Umur dah makin tua tapi aku rasa banyak lagi impian aku yang tak tercapai."


"Maksud kau?"


"Weh ayat straightforward macam tu pun nak kena ada maksud ke?"


"Takdela. Aku nak penjelasan supaya aku tak salah faham. Nanti kau cakap pasal benua aku cerita pasal hutan"


"Hm.. Maksud aku  macam ni. Aku rasa semua orang ada benda yang dia nak capai. Ada benda yang dia nak buat. Ada sesuatu yang dia nak jadi. Kadang-kadang senarai tu terlampau banyak dan ada yang sampai tak terbuat. Aku pun macam tu juga. Ada benda yang aku nak capai."


"Contohnya?"


"Kau tahukan aku suka fotografi. Aku teringin nak ada satu syarikat yang menawarkan servis dan pakej fotografi yang tak sama macam orang lain. Kalau ikutkan, banyak dah benda yang aku dah plan ke arah nak merealisasikan impian aku tu tapi kau faham je la kan, jadual kelas kita tak macam orang lain. Kita ni kadang-kadang nak makan pun kena cari masa. So, impian tu setakat ni habuk je. Hanya dalam kepala. "


"Aku pun ada jugak impian yang masih tak tercapai. Aku suka travel dan impian aku nak pergi semua pulau yang ada kat Malaysia ni. Tapi setakat ni aku pernah pergi Langkawi dengan Tioman je."


"Dah tu cemana takkan nak mereput macam ni. Hmm"


"Nak tahu satu benda tak?"


"Apa?"


"Masa asasi dulu, housemate aku ada ajak aku teman pergi satu talk motivasi. Walaupun macam malas, aku pergi jugakla teman dia. Tapi, tak sia-sia aku pergi tu. Dalam talk tu, pakar motivasi tu ada bagi satu tip nak merealisasikan impian kita."



"So, apa tip dia?"



"Tip dia, tulis sepuluh benda yang kita nak capai dalam masa setahun atas satu kertas kecil, lipat, tulis tarikh serahun lagi kat kertas tu dan simpan elok-elok dalam satu tempat yang kita takkan lupa nak cari semula nanti."


"Kau pernah buat?"


"Pernah. Baru tahun lepas mula. Haha"


"Seriously? So, apa hasil dia?"


"Hm.. Alhamdulillah. dapat lebih separuh. Ingat DSLR yang aku baru dapat haritu? Tu salah satu wishlist aku."


"Tapi kan, maca tak percaya je"


"Aku pun mula-mula dengar macam rasa tahpape jugak. Betul ke benda ni? Tapi penjelasan orang tu macam boleh diterima.  Dia kata, bila kita tulis apa yang kita nak, minda bawah sedar akan secara tak langsung bekerja untuk capai apa yang kita nak. Tapi lepas aku dah cuba setahun ni, aku belajar satu benda."


"Apa?"


"Bila dah tulis, dia bukan sekadar tulis je. Bila ada peluang kita kena grab. Maksud aku, kita still kena workhard jugak. Benda tak datang percuma. Takde benda senang. Contoh macam haritu, aku tulis nak pergi bengkel chess. Tapi berapa banyak bengkel waktu hari minggu aku tak pergi sebab malas. Padahal banyak je bengkel chess orang ajak. Dan akhirnya tu salah satu wishlist aku yang tak dapat.  Nampak tak kat situ aku kurang usaha, dan nampak tak kat situ apa yang jadi?"


"Okay. Faham."


"Lagi satu jangan lupa. Usaha dah. Doa mesti jangan lupa"


"Hm... pinjam pen jap. Nak tulis."



*********************************************


Setahun kemudian


"Weh, kau dah buka belum wishlist?"


"Dah. Kau?"


"Dah juga. So, macam mana?"


"Lima. Kau?"


"Tiga. Jangan lupa tulis yang baru. Buka sesama tahun depan"


"Orites"


***************************






Let me tell you a secret. I'm a professional dreamer. Oh! Now it's not secret anymore. 





Till then.

*Dedicate to :  you know who you are :) Thank you <3*



Nicky



Assalamualaikum. Hi!


Alhamdulillah dah habis exam and yeay! Cuti seminggu (je). Sebelum balik rumah haritu tengok ada banyak lagi buku tak baca. Lebih kurang 14 buah. Dekat rumah ada lagi dua, so dalam 16 buah. (Dah banyak, tapi masih plan nak pergi book fair tahun ni. =.=') Bawa balik rumah tiga buah, harap dapat habiskan dalam cuti ni sesambil bergelumang dengan esaimen juga. Yup, cuti dan esaimen haruslah berpisah tiada.






So, kali ni nak cerita pasal Nicky. Mula jumpa Nicky ni December 2015. First impression, dia comel sangat! Terus kita suka dia. Tak, Nicky bukan kucing, atau arnab atau yang sewaktu dengannya. Dulu dah pernah cerita, tuan blog memang takda chemistry dengan haiwan-haiwan comel seperti kucing atau arnab sebagaimana sodium ada chemistry dengan chloride. Sebelum cerita panjang, meh kita kenalkan Nicky. 



Meet Nicky :)


She is Nicky the cactus.


Entah kenapa ada satu hari tu tetiba rasa nak beli kaktus. Jangan tanya kenapa sebab kalau dah tetiba ni memang takde sebab. So, membebel la kat twitter. (Macam la lepas tulis kat twitter boleh dapat. hmm)


Banyak lagi bebelan boleh didapati di twitterrrrrr. Disarankan agar tak follow.


Dua minggu lepas tu bila balik rumah,, cerita kat umi teringin nak kaktus. Tahu-tahu sebelum balik Kl umi belikan kita kaktus.


So, kita pun bawa Nicky datang kl, letak atas meja study. Gigih tau bawa Nicky ni naik bas. Lulss. Oh, definisi meja study adalah meja yang digunakan untuk menyusun buku-buku dan meletakkan pelbagai barangan yang lain. Bila study tak guna meja ni pun, guna meja jepun je. Buka atas karpet dan study gaya bebas. Hihi.



Sory kalau gambar tak jelas. Gambar-gambar ni tak edit. Terus tepek. Pemalas kan kita. Hmm


Satu je harapan bila dah ada Nicky, harap dia dapat membesar dan tak mati dalam masa terdekat. Sebabnya, tuan dia bukan tangan hijau. T.T. ( Haah. i olss bukan spesis berkebun. Bila tanam pokok je mesti mati sobss. )


Cuba kira berapa eiffel tower dalam gambar ni? (tak termasuk gambar alas meja okay)


Masa kecil-kecil dulu pernah jugak cuba menanam. (masa besar dah takde). Masa kecil dulu suka sangat dengan pokok keembung atau pokok balsam. Tak tahu kenapa. Bila balik kampung, semangat minta dengan nenek pokok keembung macam-macam warna bawa balik rumah. Tapi, rasanya tak sampai sebulan kot, pokok pokok tu mati. Hmm..


Masa kecil dulu pernah jugak jaga pokok kaktus kecil macam Nicky. Tapi mati juga lulsss sebab rajin sangat siram. Haha. Eksperimen tanam menanam ni masa umur lebih kurang 6 tahun hingga 8 tahun. Tak ingat sangat exact umur.


Collection kecil-kecilan cubes. Dalam proses nak tambah lagi. Heee.


Dulu kat rumah pernah ada satu pokok kaktus besar yang berbuga. Besar dia lebih kurang bantal peluk, lepas tu ada anak-anak kat atas-atas dia. Kaktus ni berbunga sebulan sekali dan bunga dia besar sangat. Yang best, bunga dia akan berkembang waktu pagi, kuncup waktu petang dan akan bertahan dalam tiga hari je sebelum layu. So, sebagai kanak-kanak yang comel haruslah kita excited setiap kali bunga kaktus berkembang. Tapi, pokok ni pun tak lama sangat ada kat rumah. Walid buang sebab bahaya dekat adik yang kecik-kecik lagi masa tu.


Nak jaga kaktus ni nampak macam senang tapi takla senang sangat sebenarnya sebab kaktus cerewet. Terlebih air memang tak boleh, tapi kalau malas sangat nak siram, terkurang air pun tak boleh juga. Cahaya matahari pula kena balance. Hmm.. (oleh itu, mari berdoa Nicky bertahan lama.) 



Hi 'you.' Will be back. :)


Insya Allah, tahun ni mungkin sebulan dua entri. 
Doakan (^_^)



Till then. :)


Lumos



Assalamualaikum :)


Sedar tak sedar dah nak 2016 :)


Tahun ni paling banyak pergi booksale/bookfair. Yang paling latest pergi mestilah big bad wolf. Dua minggu sebelum tu ada pergi Popular booksale dekat Ampang Viva Home. Buku murah-murah haruslah kena pergi kan. Bersyukur sebab ada bookhunting partner yang sudi teman berjam-jam berkampung beli buku. Only books and us :) * i do hope this will last forever.*


Sebelum ni dah pernah tulis entri pasal Buku. Dalam tu ada cakap yang  tak suka baca buku BI sangat, tapi sedar tak sedar tahun ni je berapa banyak buku BI beli. Baru jumpa buku kena dengan jiwa agaknya. Haha. So, sekarang tengah kumpul buku John Green, Jane green, Mitch Albom, Obernewtyn Chronicles dan The Heir Chronicles. Ni satu lagi tabiat - Kumpul buku ikut penulis. Tak kisah la buku Melayu atau Inggeris.

Buku chronicle tu kita cerita nanti. Sekarang nak cerita pasal dua buku, The Last Lecture dan Tuesday with Morrie.


Gambar google je. Kita malas nak snap.

Mula-mula rasa nak baca buku ni bila ada lecturer cakap dia baru habis baca buku ni dan buku ni best. So, bila kebetulan terjumpa buku ni dekat Viva home, terus capai. RM5 je sapa taknak kan. Buku ini tentang seorang profesor, Randy Pausch yang kena bagi last lecture (dan pada masa tu dia dah diberitahu yang dia ada terminal cancer.) Okay, serius tak pandai nak tulis review atau sinopsis. Yang penting, memang inspiring. Kau boleh nampak kehidupan dari satu sisi yang lain.



Buku kedua, buku Tuesday with Morrie. Buku ni tentang seorang lecturer (diagnose with ALS) dengan student dia, Mitch Albom. Masa bulan-bulan akhir dia, Mitch Albom akan melawat dia setiap hari Selasa dan dia akan kongsi life lessons.


Of course, buku ni inspiring. Tak jumpa dah perkataan lain nak describe.



Sebenarnya, dalam entri ni, just nak kupas satu dua kata-kata / ayat dari dua buku ni. Tulis review dengan sinopsis iolss memang tak retiii. Haha




*********************************************************************


-Aware


"Once you learn how to die, you learn how to live" -  Morrie 


Kita semua tahu kita akan mati. Semua orang akan mati. Tapi berapa ramai yang aware? Sebagai Muslim, kita memang selalu diingatkn pasal kematian dan selalu diingatkan untuk selalu mengingati mati. Kita buat ke tak. Hmm


Sebetulnya, bila kita aware yang kita akan dijemput bila-bila masa, kita akan cuba live our life to the fullest. Hidup untuk bawa bekal ke sana. Hidup yang bermanfaat.  :)



-Tension of the opposite



"Have I told you about the tension of opposites?" Morrie says.
The tension of opposites? 
"Life is a series of pulls back and forth. You want to do one thing, but you are bound to do something else. Something hurts you, yet you know it shouldn't. You take certain things for granted, even when you know you should never take anything for granted. A tension of opposites, like a pull on a rubber band. And most of us live somewhere in the middle."
Sounds like a wrestling match, I say. 
"A wrestling match." He laughs. "Yes, you could describe life that way."


Hidup ni, kita tahu kita sepatutnya tak buat sesuatu (benda yang salah), tapi kita buat juga. Kita tahu kita tak sepatutnya ambil kesempatan tapi kita buat jugak. Kita nak buat benda lain yang kita minat, tapi kita terikat dengan benda yang kita sepatutnya kena buat. Dan banyak lagi contoh-contoh lain.



So which side wins? I ask
"Which side wins?" He smiles at me, the crinkled eye, the crooked teeth.
"Love wins. Love always wins."


Whatever you do, do it with passion guys :)






-Brick walls. 


Dalam hidup, dalam mengejar impian kita,  memang banyaaakkk halangan, tembok batu atau brick walls. Halangan-halangan tu mungkin akan buat kita rasa down dan menyebabkan kita berhenti untuk kejar impian kita. Kita rasa kita tak mampu, kita rasa kita tak layak untuk impian tu, dan lepas tu kita pun berundur dari tembok batu tu. Kita pergi bawa diri. Tapi, sebenarnya kita boleh menjadi optimis. 


"The brick walls are there to stop people who don't want it badly enough. They're there to stop other people." Randy Pausch, The Last Lecture. 


Bricks are there to stop other people. Other people guys! Not us :)


So, teruskan mengejar impian masing-masing :) Panjat brick walls yang menghalang. Tunjuk yang kita betul-betul nak.. You never knew what awaits you at the other side.



"Brick walls are there for a reason. They give us a chance to show how badly we want something." Randy Pausch, The Last Lecture. 





-Experience


Tajuk last lecture ni,'Really achieving your childhood dream.' Randy Pausch senaraikan childhood dream dia dan cerita satu-satu macam mana dia capai semua tu. Salah satu childhood dream dia adalah nak jadi pemain National Football Player, tapi tak kesampaian. Walau bagaimanapun, usaha dia ke arah nak penuhi impian tu mengajar dia macam-macam.


Experience is what you get when you didn't get what you wanted. And experience is often the most valuable thing you have to ofer. - Randy pausch


Ini apa yang dia kata. Dan ini kita boleh aplikasi dalam hidup kita. :) Tambah lagi dental student. Kalau kena redo, kena ingatkan diri sendiri kita mungkin tak dapat siapkan apa yang kita nak tapi kita belajar untuk tak ulang salah yang sama pada masa akan datang :)






Dalam buku The last lecture tu, ada satu section tajuk "It's about how to live your life". Dekat situ ada nota yang Randy Pausch tulis; 


"This section may be called It's about How to Live your life, but it's really about how I've tried to live mine. I guess it's my way of saying: here's what worked for me" - Randy Pausch, The Last Lecture. 


Suka dengan ayat ni. Entah kenapa. Mungkin sebab kebanyakan yang ditulis dalam blog / twitter semua untuk diri sendiri, tentang diri sendiri. 


This is my life, here's what worked for me and what should i do to make myself and my life better in the future. (and maybe you can try too! :) ) - missha



Till then :)
Happy New Year!
Doakan final exam.




MESS

Assalamualaikum.


Habit agaknya update hari last setiap bulan. Hmm. Tahun depan azam baru sebulan dua entri. HAHAHA. (Capital letters = muhun jangan percaya)


Life macam biasa. Hari-hari klinik. Bosan kan baca. Haha. Sebenarnya inferior nak tulis pasal dental stuff bila semua classmates kau macam hebat gila kau tetiba terkandas kereta api kat belakang.


Tapi setiap orang pengalaman lain-lain. Here's mine. Segala yang dalam blog ini :)


Kita mungkin dalam kapal yang sama, kabin yang berbeza.
Pengalaman yang setiap orang kutip lain-lain.
Kena redo part yang lain-lain.
Kena marah sebab yang lain-lain.
Malas rajin lain-lain.
Setiap orang ada susah dia sendiri. Tapi tak semua orang upload or membebel kat twitter macam ada sorang budak tu nama dia missha.


Rasanya, buatlah apa-apa pun dalam hidup, semua benda ada cabaran dia.  Even air yang tenang pun ada buaya. Dan benda ni berbalik pada diri sendiri. Cabar diri sendiri untuk terima cabaran.





****************************************************************

MESS points in this entry;


Mistake.

Setiap orang takkan lari dari buat salah walaupun dia cuba untuk lari. Yang negatifnya apabila terlalu takut untuk buat salah sehingga takut untuk mencuba. Terus lari dari realiti. Memang, buat salah ada consequence dia. Tapi dengan buat salah kita tahu benda yang betul.


You make mistakes to figure out how to make things right.






Expectation.

Setiap kali nak buat sesuatu, kita pasti ada expectation kita sendiri. Tahap mana yang nak dicapai. Tapi bila kita tak capai expectation kita,  bila benda yang terjadi adalah benda yang kita tak expect, bila expectation kita dan apa yang terjadi adalah parallel, (takkan berjumpa), keadaan akan jadi huru hara. Kita rasa loser. Kita pesoalkan kemampuan kita.

Tapi kita tak sedar, kita expect berdasarkan kemampuan yang kita ada. Dan bila unexpected thing berlaku, kita sebenarnya dah keluar dari zon kita dan belajar sesuatu yang baru. Macam dalam baseball. Pitcher asyik baling fastball. Sebagai batter, kita rasa kita boleh pukul fastball tu. Kita dah dapat timing dia. Kita dah ada plan bila masa yang sesuai nak swing bat.

Imagine, Bottom 7th inning. Seri 0-0. Two out. Runner on third and second. Sekarang dah two strike. Satu lagi strike, batter out. Last pitch. Batter sedia. Pitcher baling.  Ready for fastball. Dah swing, tiba-tiba tu curveball rupanya. Unexpected curveball.

Apa yang kita boleh buat as batter? Third runner dah lari. Kita dah swing. Tak boleh undur. Tapi kita boleh improvise. Anglekan bat.


Result? Bergantung kepada macam mana kita deal dengan unexpected things yang berlaku. Bergantung pada macam mana kita nak improve at that moment. Bergantung pada macam mana kita nak angulate bat untuk pukul the unexpected curveball.






Satisfaction

Cepat rasa selesa. Bahaya. Sangat bahaya. Rasa cukup. Rasa macam weh aku tak payah buat apa-apa dah.

Belajar takkan pernah cukup. Hakikatnya, makin banyak belajar makin banyak kita tak tahu. Tapi, kita care ke tak untuk tahu yang kita sebenarnya tak tahu? Atau kita terus tetap dengan sikap malas ambil tahu.

Well, it's up to you. (me)





Sacrifice

Nak maju kedepan, korbankan apa yang tarik kita ke belakang. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan apa yang kita suka. Prioritize your priorities. 


Sometimes, the change we don't want is the change that we need.


Contohnya kena sacrifice jangan tengok anime dah omggggg. (currently watching diamond no ace. Notice the metaphor above?Heee. )

.
***********************************************************


Jangan tanya entri ni merapu pasal apa.
Terang-terang ni entri monolog dalamn nasihat diri sendiri. Huhu



Till then. :)



Kejar

Assalamualaikum.


Oktober sangattttt busy. Biasa la nak cuti midsem. Esaimensssssss datang tak pulang-pulang.


Naik tahun empat, sesi klinik banyak. Kena pandai urus kalau tak ke laut dalam jadi buih-buih halus. Penat? Eheh, tak penat tu tak normal.


Macam tahun dua, tahun empat ni ada sesi optech atau nama panjangnya operative technique.

Apa yang kami buat dalam optech nie?

Dalam optech ni la kami belajar buat segala-galanya kali pertama. Contohnya, masa tahun dua kami belajar buat tampalan. Encik dummy jadi pesakit. Masa tahun empat belajar buat crown and bridges. Nak tahu apa tu, boleh google. :) Rajin-rajinkan jari yeee.. *sebenarnya kite yang malasss. huhu*

Gambar google encik dummy. Sama je rupa dia. Sepesen.

Dalam optech ni sistem dia macam ni. Katakan hari tu kami kena buat tampalan class II, so kami akan mula buat pada gigi yang dah dipilih step by step.

Buat step pertama >> tunjuk doktor >> doktor bagi proceed >> doktor sain dekat buku log >> Buat step kedua pula>> tunjuk doktor >> *ulang sampai siap task untuk hari tu*

Kalau kena redo, ulang dari langkah satu. Heeee


Gigi frasaco. Gigi plastik. Ada juga kena kumpul sendiri gigi sampai cukup atas bawah.


Buat benda ni kena sabar. Kalau jadi yang paling lambat siap atau step terkebelakang dari orang lain, mulalah stress lepastu gelabah. Tu belum lagi tiba-tiba kena redo step last. Luruh jari-jemari dan tulang belakang.


Masa tahun dua dalam optech, tak nafikan memang aim nak cepat siap semua task atau paling kurang pun, siap on time. Takmo lambat-lambat. Disebabkan niat tu macam dah terpesong sikit, (niat nak siap je, belajar?) rasa takde feel sangat buat benda-benda tu.





Yang pink tu nama dia silicone. Untuk ambil acuan gigi atau kita panggil impression.


Suatu hari, ada seorang lecturer ni cakap, sepatutnya buat optech ni kena ada feel, jangan under stress. Sebab bila kita buat step by step dan ada feel , eventually prosedur tu akan sebati dengan diri kita. So,, masa kita nak buat dekat real patient nanti takdela gelabah sekejap step satu lepas tu step lapan lepastu naik balik step tiga.


Bila kita buat dengan tenang, kita dapat absorb apa yang sepatutnya kita kena buat dan kita boleh nampak  macam mana hasil yang sepatutnya kita nak. Nanti kita tahu nak assess tooth preparation untuk masa akan datang.


Bila kita buat stress-stress tahu nak cepat je, macam cincai air cincau la hasilnya. Siap memang siap, tapi kita dapat tak apa yang sepatutnya kita dapat? Hmm....




Tapi, tu tak bermaksud boleh buat lambat-lambat. Buat cepat , feel kena ada tapi jangan gelojoh nak siap semata-mata.


Masa tahun empat, iolss pun cuba buat dengan penuh penghayatan. Memang feel dia lain. Seronok walaupun stress sebab kena redo. HAHAHA. Redo last step pulak tu. Sabar jela. Tapi stress tu dia macam stress positif. Bukan stress angin puting beliung habis semua orang kau nak marah.  Bila kena redo, kena la redha sebab redo tu la kita belajar.


Cumanya, lepas kena redo tu ada juga la ambik jalan pintas sikit pasal semua orang dah sipa tiba kau baru nak start. Okay, my bad. Jangan tiru aksi ini.






Poinnya kat sini, put your heart into everything you do.  Susah tu memang la, nak-nak benda yang kita buat hari-hari tu offer stress. Tapi kenala cuba kan awakk... *cakap dengan diri sendiri* Seriously, tak rugi cuba.





Ini la serba sedikit hidup iolss. Takda apa yang menarik bulan oktober ni nak update. Hidup sekata hari-hari buat benda sama. Orang kata hidup ni macam tayar kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah. Tapi bila hidup macam kat bawah je, tertanya jugak, bila nak naik atas. Hmm..

Mungkin tayar ni dah jadi pasu bunga atas tanah. Kat bawah sentiasa. Lulllsss



Jumpa quote ni kat google. Menusuk ke kalbu. Hmm


"Working hard for something we don't care about is called stress; 
working hard for something we love is called passion."



Throw away tension,
Develop passion,
And patience :)
@misshatulis



Till then.
Muhun doa semua :)




Hati Tisu.


Assalamualaikum :)


#Random


Hidup ni,
Ada masa kita rasa kuat,
Ada masa kita rasa lemah sangat.


Biasa la,
Hidup.


Hidup tak lurus,
Macam jalan raya,
Banyak simpang siur,
Banyak selekoh tajam,
Ada jalan yang berlubang,
Ada masa jalan tanah merah berbatu batu lagi.


Hidup ada pasang surut.
Macam laut.
Kadang air pasang,
Kadang air surut,
Kadang ombak kuat,
Kadang ombak sopan je.
Ombak tu macam ujian dalam hidup,
Ada yang besar, ada yang kecil.


Hidup ni,
Mesti ada satu tahap,
Semua benda rasa tak kena.


Member tersalah cakap sikit je,
Terasa.


Terlambat sikit dari orang,
Rasa diri sendiri paling loser,
Paling teruk dalam dunia.


Kena marah sikit,
Sedih.


Banyak sangat benda kena buat,
Penat.


Bila dah tak kuat,
Sikit-sikit sedih,
Sikit-sikit letih,
Lepastu stress,
Nangis.


Stage terakhir yang paling bahaya,
Mengalah



Tak.
Jangan mengalah lagi.





"Kau takkan tahu sejauh mana kekuatan kau sampaila jadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang kau kena buat"





*****************************************************





Fikir,
Kenapa lemah sangat ni?
Kenapa manja sangat ni?
Kenapa air mata meluncur laju sangat ni?


Ambil tisu,
Kesat air mata.
Basah.
Lap pipi pulak.
Koyak.


"Eee tisu ni. Orang tak habis lap lagi."
Keronyok tisu.
Campak.
Buang.







***************************************************


Ambil tisu rendam dalam air.

Lembik.
Hancur.


Ambil tisu lambung atas.
Jatuh melayang.
Macam hilang tujuan.


Kena tanah,
Terpijak.
Koyak.


Terbayang hati sendiri.




***************************************************




Hati,
Jangan macam ni please?


Kalau tisu rendam air basah,
Awak kena ombak kuat awak jangan  mengalah.


Kalau tisu lambung atas jatuh melayang,
Awak jatuh jangan hilang tujuan.


Kalau tisu terpijak boleh terkoyak,
Awak pula kalau terluka janganbermuram durja.


Awak kan muscle,
Kena la bina 'badan' awak tu,
Bagi tough sikit.










Eh, Awak tak tau nak bina badan macam mana?
Pergi gym la.
Tapi gym awak ni lain sikit.
Gym awak takde dumbbell,
Takde chin up bar,
Takde segala bagai mesin leg press chest press.


Gym awak istimewa.
Awak tahu kenapa?
Sebab gym awak hanya ada awak dengan Dia je.
Sweet kan?


Gym awak spritual, bukan fizikal.
Awak selalu ingat Dia,
Awak buat semua benda niat kerana Dia,


Lepastu,
Awak buat sesi coaching malam - malam,
Biasanya sesi coahing ni orang panggil qiam.
Qiam ni latih diri awak bangun awal malam,
Latih awak istiqamah,
Dan buat awak lagi dekattttttt dengan 'coach' awak.


Tapi sesi coaching ni tak terhad waktu malam je,
Ujian yang awak dapat tu?
Ujian yang menyebabkan awak rasa hidup awak la paling susah.
Ujian yang awak rasa beban yang tak tertanggung,
Tu sesi coaching la tu.
Coaching secara tak langsung.


Tapi coach awak tu adil,
Dia bagi ujian setakat mana yang awak mampu.
Penyayang kan Dia?


So hati,
Awak kena tough,
Awak jangan tisu,
Awak kena sado.



****************************************************



Tisu tu perlu,
Tapi bukan selalu.
Tak semua air mata tu kelemahan,
Kadang-kadang air mata tu tanda kita dah lama bertahan.


Air mata mengalir tak mampu kita nak halang,
Tapi sedih macam mana pun jangan lupa Tuhan.
Doa biar dipermudahkan segala urusan.


Air mata nak jatuh tu biarkan,
Sebab tu bukan bermaksud kekalahan,
Setiap perkara bukan pengakhiran selagi kita terus bangun dan berjalan.







Nak jadi kuat kena kuat.
@misshatulis





Till then.
#hatikenasaض


Credit pic: google




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.