Assalamualaikum.
Dari diari curi:
11 Mac
4.45 petang
Bilik Kuliah
"Ok guys - Pasal plan kita hari tu, sepatutnya itu aktiviti kita sahaja, bukan aktiviti fakulti. Tapi Dr tertarik dengan idea kita, dan dia kata untuk aktiviti macam ni, fakulti boleh support. Rough paperwork dah hantar dan fakulti benarkan kita ambil tarikh 23 Mac. So, Insya Allah hujung minggu depan , hari Sabtu kita akan sama-sama teruskan misi kita. Final paperwork kita kena hantar 14 Mac. AJK LDK take note. Serahkan cdangan aktviti secepat mungkin."
"Okey!"
"Baik!!!.."
"Noted"
"Andd......ni list kerja ye"
#####################
9.00 malam
H-21
7 ahli
"Apa aktiviti kita nak buat? Kita ada 4 slot termasuk majlis penutup, so 3 slot untuk LDK . Seorang cadang 1 aktiviti , then kita undi. Cadangkan aktiviti yang tak lasak. Rasanya semua dah maklum macam mana keadaan orang kat sana. So, cadangan aku ice breaking- aktiviti "Siapa awak?". Caranya, lukis muka sendiri, lukis something yang describe diri masing-masing atau apa yang kita suka. Lepas tu, lipat kertas dan kumpulkan kat tengah. Then seorang cabut dan teka tu lukisan siapa. Rotate sampai semua kertas dicabut dan semua dah berkenalan."
"Aku pulak cadangkan makeover- kita bincang pasal pakaian muslimah yang betul - betul menutup aurat. Contohnya tudung- kena tutup dada, belakang tak pendek , tak jarang, sanggul and etc"
"Amali solat - Sebab solat tu asas, so rasanya ok sangat kalau kita sama-sama buat LDK. Dua-dua pihak dapat improve"
"Hias kek - Diorang boleh tunjuk kretiviti diorang. "
"Perkongsian - Maybe kita boleh contact pihak sana., tanya siapa antara mereka yang boleh buat sedikit perkongsian tentang diri mereka, then salah seorang dari kita boleh bagi sedikit perkongsian/ tazkirah or tayang video tazkirah ke"
"Gubahan- towel, bunga. Serlahkan kreativiti and lepas tudiorang boleh la ambil dan guna tuala tu. Hee"
"Sori, aku takde cadangan aktiviti, tapi aku rasa maybe kita boleh include lagu tema dan nyanyi nanti"
Undi dijalankan. Ice breaking, Hiasan kek, Perkongsian. Tapi, idea lain tak diabaikan. Kertas amali solat- cara, lafaz serta makna bacaan dalam solat akan disediakan. Lagu tema turut disertakan. Dan lepas tu, bingit rumah dengan lagu tema yang dipilih- practice katanya.
**********************
H-22
6 ahli
"Hebat, rumah kita kena incharge BBQ. "
"Haah.. maybe sebab muka kita ada gaya masterchef kot. So,, korang-korang prepare la resepi turun temurun nenek moyang."
"Tak payah nak turun temurun sangat lah. Resepi google je cukup la. Ha.. tengok resepi ni. Nasi planta and ayam bbq macam best"
"Ok jugak tu. So, macam mana nak divide kerja?"
"Kita bahagi dua la. Satu team bahan kering, satu team bahan basah"
"Yeah, sounds like a plan. Set. Pagi jumaat before pergi kita beli barang"
Discussion end - two groceries lists.
******************
H-23
5 ahli
"Nak sediakan makanan apa ni?"
"Nasi ayam okay kot. Senang and still dalam bajet"
"Ni ha, aku dah google. Restoran Qaseh. Dekat dengan tempat kita nak pergi. Aku rasa kalau kita tempah kat restoran ni pun okay. Dia boleh buat delivery. "
"Aku pun okey je kalau nasi ayam. Air pula macam mana?"
"Aku cadangkan air mineral. Kat Giant menimbun. Tak payahla kita nak bancuh bagai. Senang. lagipun tengah hari orang tak minum air manis. Sapa sokong?"
Nasi ayam. Air Mineral. Restoran Qaseh. Giant. Deal
*************************
H-24
5 ahli
"Korang, rumah H-21 baru whassapp tadi. Diorang dah bincang LDK dan diorang kata pihak sana ada 5 group. So basically, 5 hadiah dah mesti. Setakat ni cadangannya hamper jelah. "
"Hamper pun okay je kot. Berapa bajet untuk satu group?"
"Bajet RM150. So, RM 30 satu group."
"Okay sangat lah tu. Sebab dalam satu group tu ada dalam 6 orang je."
"Kiranya part kita yang tak setel lagi hamper je lah kan? Sebab, untuk cenderahati yang kita nak bagi kat tempat tu , kita akan bagi sijil and sijil dah setel."
Next Day. Shopping time. 5 hamper. Sorang satu bawak pergi kaunter.
#######################
21 Mac
10.00 pagi
Bilik Kuliah
"Seperti yang semua sedia maklum, esok kita akan bertolak ke sana. Saya harap, kita semua tajdidkan niat, ikhlaskan hati. Kita pergi sana bukan suka-suka. Kita ada misi yang kita bawa. Kita ada ilmu yang kita nak sampaikan. Doakan urusan kita dipermudahkan. Insya Allah"
*********************
" Dila"
"Apa?"
"Kau tak rasa cuak ke nak pergi esok?"
"Tak rasa pula. Kenapa?"
"Entah. tetiba aku rasa cuak pulak. Maybe sebab aku tak pernah pergi sana kot"
"Sama la. Aku pun tak pernah pergi. Ala takde apala Zati. Yang penting esok kita kena plan pkul berapa nak keluar beli barang. Kita kan Masterchefs . Incharge barang basah pulak tu."
"Haah kan. Hm.. kita keluar sejuruss lepas habis kelas , pkul 10. Okay tak?
"Okeh.. Cun!! Jangan lupa bagitau Nana sekali"
################
22 Mac
1.30 petang
H-22
Dila, Zati, Nana.
"Fuhhh!! Tak pernah lagi dalam sejarah hidup 3 orang cuci ayam 5 ekor & 2 kilo ikan."
"Taw takpe. Bau pun dah tak macam bau orang"
"Pengalaman ni. Bila lagi nak dapat. Eh... jom la siap-siap. Pukul 2.30 dah nak gerak"
Malam itu ,, homestay rumah kembar dua dan lima buah kereta saksi ukhuwah mereka semua.
Dan esok, pengalaman baru bakal diteroka bersama.
################
23 Mac
8.30 pagi
Destinasi
"Kawan-kawan,,. kumpul sekejap. Okay. Alhamdulillah. Kita dah sampai. Sebenarnya , takde apa sangat yang nak cakap Cumanya, ikhlaskan niat. Tu yang penting. "
**********************************
"Zati"
"Hmm."
"Betul la kau cakap semalam. Tiba-tiba aku rasa cuak bila dah sampai sini."
"Itu laa, kan aku dah cakap semalam."
**********************************
9.00 pagi
Taklimat.
"Selamat datang akak ucapkan kepada adik-adik. Nama akak Zaleha, warden kat sini. Sebelum kita mulakan, akak nak tanya, adik-adik datang sini ni adik-adik tahu tak ni tempat apa?"
"Tahu...."
"Okay. Baguslah adikadik semua dah tahu. Tapi, biar akak perkenalkan juga serba sedikit. Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan untuk memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. Objektif kita adalah untuk membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup, membantu remaja membina semula keyakinan diri dan membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Dekat sini, pelatih-pelatih RS akan bangun seawal pukul 4 pagi, kemudian qiamulail, berzikir serta amalan-amalan lain sementara menunggu waktu solat Subuh. Aktiviti harian mereka dipenuhi dengan berzikir, tadarus, kelas Fardhu Ain, kelas Al Quran dan kelas kemahiran (menjahit, memasak) . Pelatih-pelatih RS juga memasak sendiri. Sebab tu untuk program ni, pihak RS minta adik-adik sediakan makanan untuk memudahkan aturcara program. Di RS ini, kami nak mendidik remaja-remaja puteri ini menjadi anak yang solehah, ibu yang baik dan muslimah yang sejati.
Ada apa-apa soalan?"
"Pelatih RS boleh bawa handset tak?"
"Tak boleh. Handset adalah dilarang sama sekali,"
"Kat sini diorang tengok tv tak kak?"
"Tengok, tapi program-program dan siaran yang telah dipilih sahaja."
"Kenapa photographer kena sorang je?"
"Sebab senang kita nak pantau. Kita nak jaga aib adik-adik kita kat sini. Sebelum balik nanti, gambar-gambar itu akan ditapis oleh warden-warden terlebih dahulu"
"Kenapa photographer kena sorang je?"
"Sebab senang kita nak pantau. Kita nak jaga aib adik-adik kita kat sini. Sebelum balik nanti, gambar-gambar itu akan ditapis oleh warden-warden terlebih dahulu"
Sesi soal jawab berterusan.
"Dila...." Zati panggil.
"Hmm.."
"Aku......"
"Aku tahu apa kau nak kata. Aku pun rasa benda yang sama."
Kagum. Itu yang mereka rasa. Dan di tubir mata Dila ada air mata yang bergenang. Sungguh, dia rasa sayu. Sepanjang hidupnya, even dia duduk asrama, tak pernah dia melalui jadual yang hebat sebegitu. Usahkan hendak qiamulail, subuh pun tunggu alarm yang ke dua puluh baru nak bangun. Dia mengenang hidupnya sekarang. Allah. Jauh bezanya
"Kalau adik-adik dah takda apa-apa nak tanya, silalah masuk ke dalam dan bertemu dengan pelatih RS. Dan sebelum akak terlupa, akak nasihatkan bahasakan diri adik-adik sebagai 'kakak', sebab kat sini ada yang lebih tua dari awak. Akak risau bila diorang tahu awak muda, diorang tak hormat awak semua."
**************************
10.00 pagi
LDK 1 - Ice Breaking
"Assalamualaikum. Nama akak Safra Adila. Boleh panggil Kak Safra atau Kak Dila. Insya Allah, mula- mula kita akan main permainan siapa awak... Cara main dia lukis muka sendiri, lukis something yang describe diri masing-masing atau apa yang kita suka. Lepas tu, lipat kertas dan kumpulkan kat tengah. Then seorang cabut dan teka tu lukisan siapa. Rotate sampai semua kertas dicabut dan semua dah berkenalan. So, jom kita start melukis"
Dila jadi ketua kumpulan. Dan ada satu lukisan yang menyebabkan dia terkesan.
"Assalamualaikum. Nama saya Qila. Ini lukisan saya. Coklat ni saya lukis sebb saya memang minat coklat. Saya lukis mawar sebab saya nak jadi macam bunga mawar. Bunga mawar ni cantik, tapi dia ada duri untuk menjaga diri dia. Lepas tu, yang macam buku ni sebenarnya Al Quran. Sebenarnya, bila kat sini, saya baru sedar yang Quran tu sangat penting dalam kehidupan kita. So, saya nak jadikan Quran ni 'kawan' saya, yang sentiasa ada dengan saya."
*************************************
11.15 pagi
LDK 3 - perkongsian.
"Alhamdulillah, kita dah selesai dua LDK, ice breaking dan hiasan kek. Akak harap adik-adik pelatih RS seronok dan dapat mengambil ibrah dari aktiviti kita. Seterusnya adalah sesi perkongsian. Dijemput wakil dari pelatih RS ke hadapan"
"Bagusnya" Dila monolog sendiri melihat pakaian wakil pelatih RS yang sedang berdiri dihadapan.
Lagi sekali, perasaan kagum menerjah. Kalau diikutkan, boleh sahaja pelatih-pelatih RS tidak memakai stoking atau sarung lengan kerana tiada lelaki di situ. Namun, mereka tetap berpakaian menutup aurat yang lengkap. Dila terasa sebak sendiri. Terkenang akan betapa ramai lagi remaja puteri di luar sana yang masih belum menutup aurat dengan sempurna. Namun , sebak makin kuat bila terkenang diri sendiri. Istiqamahkah dalam menjaga anggota amanah Illahi?
"Assalamualaikum. Nama saya....."
Lamunan Dila terhenti apabila pelatih RS mula berucap, namun belum sempat dia membuat perkongsian - hanya sempat menyebut nama dan negeri- pelatih tersebut terdiam dan dia mula menangis.
"Dulu...*sambil menangis*, saya free hair, minum arak, clubbing. Dulu pakaian saya pun bukan macam ni. Masa mula-mula kakak saya tengok saya lepas dia balik habis belajar, dia terkejut tengok pakaian saya. Saya tak kenal Al-Quran . Saya tak pernah solat. Memang saya buat dosa besar, tapi saya nak bertaubat. Saya sedih sangat kak. Saya rasa bersalah dengan emak. Walaupun saya salah, emak tetap sayangkan saya walaupun saya tahu dia marahkan saya.
Harapan saya, saya harap perubahan saya ini berterusan. Dan saya harap sangat remaja-remaja di luar sana dapat berubah. Kakak-kakak, tolong sampaikan pada remaja kat luar, berubahlah. Jagalah mereka supaya tak jadi macam saya"
Suasana sepi. Dalam diam,, Dila mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi. Inikah yang dikatakan 'Kata-kata dari hati akan menyentuh hati yang lain?'
Setelah pelatih RS tersebut mengambil tempat duduknya, AJK LDK H-21 bersiap sedia untuk tayangan video tazkirah yang telah disediakan. Dan, video itu sangat menyentuh hati. Ruang tamu RS yang sederhana saksi berapa banya linangan air mata jatuh ke pipi.
**********************************
12.00 tengahari
Majlis Penutup.
"Dila kau jadi MC eh. Lupa la pulak yang kita takde MC."
"Kenapa aku pulak? Teks ada tak?"
"Err..Teks takde. Ala.. kau kan pandai goreng. Please...."
"Yela....yela.."
Dan, Majlis Penutup pada hari itu dipengerusikan oleh Safra Adila, bersama sebuah buku kosong di tangannya. - kononnya teks MC.
"Alhamdulillah, selesai sudah majlis Penutup kita pada hari ini. Sebelum kita bersurai, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu tema kita pada hari ini."
i've been working hard so long
seems like pay has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again
ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
yesterday has come and gone
and i've learnt how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win
ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...
#############################
Berat kaki Dila hendak melangkah pulang. Tak puas rasanya mencedok ibrah dari RS. Banyak yang dia belajar hari ini. Banyak yang dia harus perbaiki tentang diri sendiri. Namun, dia sedar, dia harus pulang. Kedua-dua pihak punya tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Ilmu yang dia dapat hari ini tidak akan dibiarkan terkubur begitu sahaja, akan diamalkan di hari seterusnya. Dia mungkin pulang hari ini, tapi tugas ini tidah berakhir di sini, Dakwah ini masih panjang lagi.
"Adik-adik pelatih RS, akak tahu awak semua kuat. Awak semua beruntung kerana Allah telah memilih awak untuk melalui jalan taubat ini, jalan yang tak semua orang dapat tempuhi. Awak semua beruntung kerana masih diberi nyawa dan waktu oleh Allah untuk memperbetulkan masa lalu. Dan yang paling penting, awak semua kena istiqamah. Ini ujian untuk awak. Awak tahukan ujian itu tarbiyah dari Allah? Dan awak tahukan yang sabar itu indah? Akak doakan awak semua istiqamah, dan akak harap awak doakan akak juga istiqamah. Sama-sama kita jadi wanita solehah, Insya Allah"