Hidup kita bagaimana?



Assalamualaikum.


Sedar tak sedar,
Kadang-kadang kita lupa,
Hidup ini untuk apa
Adakah untuk suka-suka?
Atau untuk enjoy dengan apa yang ada?







Kita selalu lupa,
Hidup ini cuma sementara,
Akhirat yang kekal akhirnya,
Sudahkah kita bersedia untuk yang kekal itu?
Atau kita masih tenggelam dalam nikmat yang tak lama?






Hidup ini macam naik kereta api,
Destinasi itu pasti,
Akhirat menanti,
Syurga atau neraka?
Tanya diri.





Perjalanan itu terlalu panjang,
Terlalu banyak perhentian,
Tadika permulaan persinggahan,
Sekolah tempat meneruskan perjalanan,
Dan banyak lagi perhentian,





Di setiap perhentian,
Ada cabaran dan dugaan,
Hadapi dengan penuh kesabaran,




Ambil pengalaman sebagai pengajaran,
Atau tenggelam dalam kesalahan,
Itu terpulang pada diri,
Namun tegarkah kita menghadapi kekesalan kemudian hari?





Kita ini Hamba-Nya,

Allah berfirman :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)



Kita dilantik menjadi khalifah di bumi-Nya,

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(Q.S. Al-Baqarah, 2: 30)


Sudahkah tanggungjawab itu ditunaikan?

LIVE THE LIFE THE WAY YOU WILL NOT REGRET IT.




Hanya secebis tulisan,
Untuk difikirkan dengan lebih mendalam,
Untuk peringatan bersama,
Terutama buat diri ini yang selalu lupa,
Skop hidup terlalu luas sebnarnya,
Maaf jika tersalah bicara :)

Sumber gambar: Google.

Cukupkah sekadar usaha?



Assalamualaikum.


Waktu exam menjelang,
Time tu usaha memang terbilang,
Hidup dengan buku memanjang,
Sampai kadang-kadang lupa nak makan,


Bila result diumumkan,
Time tu rasa macam nak pengsan,
Jantung berdegup tak henti-henti.
"Agak-agak macam mana result aku nanti?"


Bila result dah depan mata,
Time tu tak boleh nak buat apa,
Kalau result tak bagus, terimalah dengan hati terbuka.


Kadang-kadang,
Kita rasa kita dah usaha,
Tapi hasil tak memuaskan juga,
Agak-agak kenapa ya?


Mari koreksi diri,
Baca kisah ini,
Kisah simple seorang lelaki,
Yang lupa perkara yang penting sekali,
Dalam menggapai misi.


The story begin.

Dalam sebuah kampung, tinggal seorang lelaki yang tidak mempunyai pekerjaaan.
Lalu dia mengambil upah menebang pokok di tanah milik seorang lelaki yang kaya di kampung tersebut.

Lelaki penebang pokok sangat rajin bekerja. Pada hari pertama bekerja, dia telah menebang 100 batang pokok. Oleh itu, dia semakin bersemangat untuk menebang pokok dengan lebih banyak pada hari esok.

Namun,
Keesokan harinya, si penebang pokok hanya dapat menebang 70 batang pokok.

Dia berasa agak sedih.
Tetapi,lelaki tersebut tidak berputus asa.

Pada hari ketiga, dia melipatgandakan usahanya untuk menebang pokok. Namun pada kali ini, dia hanya dapat menebang 40 batang pokok sahaja dalam masa 1 hari.

Dia berasa musykil lalu dia pun berjumpa dengan tuannya, pemilik tanah tersebut.

Penebang pokok: tuan, saya hairan kenapa makin hari, saya hanya dapat menebang pokok dalam kuantiti yang sedikit, sedangkan saya sentiasa melipatgandakan usaha saya?

Tuan tanah mendengar sambil tersenyum., lantas dia berkata:
Adakah kamu mengasah kapak kamu?

Penebang pokok tergamam kerana dia sememangnya tidak mengasah kapaknya kerana asyik dengan matlamatnya.

End.


Dapat jawapannya?
Terfikir apa kaitannya dengan exam kita?


Kapak itu ibarat iman,
Perlu diasah,
Perlu diupdate,
Perlu diperbaharui.
Barulah  usaha kena pada tempatnya.

Sesungguhnya DIA yang memberi kejayaan kepada kita.

GOOD PREPARATION AND PRAYERS PAYS :)


Jangan macam ni yee






Ada apa dengan hati?


Assalamualaikum.

Hati itu,
Seketul daging yang dibekalkan oleh Allah,
Sebagai raja segala anggota.
Sekalian anggota mentaatinya, tidak menyalahinya.
Kalau ia raja yang baik, sekalian anggota menjadi rakyat yang baik.
Dan begitulah sebaliknya andai hati itu rosak.


An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)


Hati itu,
Tempat bersarang cinta Illahi.
Tempat letaknya punca segala sesuatu, (etc: amal)
Malahan,
Di hati itu juga,
Tempat diputuskan iman dan keyakinan.


Hati yang lurus,
Tidak menyimpang dari garisan agama, 
Menyumbang pada iman yang lurus,
Yang kemudiannya mengerakkan kepada amal yang baik.

Namun,
Iman dan keyakinan itu tidak dapat disuburkan dan dikembangkan dengan amal,
Andai hati tidak dahulu diperbetulkan.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

Riwayat Ahmad


Andai hati itu tidak lurus,
Tidaklah dapat ditunjuk dan diajar,
Atau diberi pengajaran dan nasihat.


Kata Ibrahim bin Adham,
“Hati orang yang beriman adalah bersih seperti cermin, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia lebih dahulu melihatnya. Tetapi, apabila ia sekali melakukan dosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok yang hitam. Kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa dan tidak bertaubat, timbullah semula tompokan hitam itu hingga keseluruh hatinya menjadi hitam. Waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya.”


"Jadilah seperti ikan di laut, "

Mengapa?
Ikan yang hidup tidak masin walaupun berada dalam laut yang masin,
Tetapi,
Ikan yang mati, secubit garam sudah memadai untuk mengubah rasa ikan itu.

Begitu juga hati.

short note: hati-hati menjaga hati, jangan sampai hati mati :)


entri lain tentang HATI  <--click :)

rujukan: hadis 40, Mustafa abd Rahman.


Why is changes needed? -strory of eagle.













  Adakah kita manusia hendak mensia-siakan ciptaan - Nya dengan tidak mengambil pengajaran?

Fikirkan :)

sumber:sitik.wordpress.com

Sudahkah kita menemui rumput yang paling cantik?



Assalamualaikum.


Seorang pelajar bertanya kepada gurunya yang sedang mengajar mengenai kasih dan sayang. Dialog di antara pelajar dan guru.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?




Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.




Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?




Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu, bawa rumput tersebut ke kelas.




Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.




Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.




Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?




Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.




Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mensia-siakan orang tersebut. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menyesal atas pilihan kita, sebaliknya kita eratkan hubungan yang terbina.  Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.



Sudahkah kita menemui rumput yang paling cantik? :)

Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. 
Mungkin hari ini hari terakhir melihat wajahnya.
Mungkin hari ini itu senyuman terakhir di wajahnya.
Mungkin hari ini sms terakhir yang kita terima dari dia.
Mungkin hari ini hari terakhir kita tengok dia update statusnya.
Segalanya mungkin :)

Dia,
Kawan, Teman, Sahabat. <-----click* :)






sumber:sms
pic: google :)
Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.