Assalamualaikum.
Sedar tak sedar,
Kadang-kadang kita lupa,
Hidup ini untuk apa
Adakah untuk suka-suka?
Atau untuk enjoy dengan apa yang ada?
Kita selalu lupa,
Hidup ini cuma sementara,
Akhirat yang kekal akhirnya,
Sudahkah kita bersedia untuk yang kekal itu?
Atau kita masih tenggelam dalam nikmat yang tak lama?
Hidup ini macam naik kereta api,
Destinasi itu pasti,
Akhirat menanti,
Syurga atau neraka?
Tanya diri.
Perjalanan itu terlalu panjang,
Terlalu banyak perhentian,
Tadika permulaan persinggahan,
Sekolah tempat meneruskan perjalanan,
Dan banyak lagi perhentian,
Di setiap perhentian,
Ada cabaran dan dugaan,
Hadapi dengan penuh kesabaran,
Ambil pengalaman sebagai pengajaran,
Atau tenggelam dalam kesalahan,
Itu terpulang pada diri,
Namun tegarkah kita menghadapi kekesalan kemudian hari?
Kita ini Hamba-Nya,
Allah berfirman :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
Kita dilantik menjadi khalifah di bumi-Nya,
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(Q.S. Al-Baqarah, 2: 30)
Sudahkah tanggungjawab itu ditunaikan?
LIVE THE LIFE THE WAY YOU WILL NOT REGRET IT.
Untuk peringatan bersama,
Terutama buat diri ini yang selalu lupa,
Skop hidup terlalu luas sebnarnya,
Maaf jika tersalah bicara :)
Sumber gambar: Google.
nice entry, nice sharing. my mom pesan, kejarlah kekayaan sperti kita akan hidup 1000 tahun lg tp buatlah amal mcm kita akan mati esok.. :) kan
ReplyDeletebetul3 :)
DeleteAssalam..
ReplyDelete"Bersusah-payah di bawah langit, berehat-rehat di bawah tanah, bersenang-senang di bawah Arasy" - keretamayat