Sudahkah kita menemui rumput yang paling cantik?



Assalamualaikum.


Seorang pelajar bertanya kepada gurunya yang sedang mengajar mengenai kasih dan sayang. Dialog di antara pelajar dan guru.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?




Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.




Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?




Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu, bawa rumput tersebut ke kelas.




Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.




Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.




Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?




Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.




Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mensia-siakan orang tersebut. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menyesal atas pilihan kita, sebaliknya kita eratkan hubungan yang terbina.  Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.



Sudahkah kita menemui rumput yang paling cantik? :)

Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. 
Mungkin hari ini hari terakhir melihat wajahnya.
Mungkin hari ini itu senyuman terakhir di wajahnya.
Mungkin hari ini sms terakhir yang kita terima dari dia.
Mungkin hari ini hari terakhir kita tengok dia update statusnya.
Segalanya mungkin :)

Dia,
Kawan, Teman, Sahabat. <-----click* :)






sumber:sms
pic: google :)
Show Comments: OR

4 comments:

  1. ;) hargai ape yg ade dpn mate..

    ReplyDelete
  2. saya dah jumpe(?) tapi tak pasti so, hanya berserah andai ade jodoh ade lah. eh. hehehe

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.