Misteri sangkar kosong (2)



Assalamualaikum :)

sangkar bersepah.


Entri ini adalah kesinambungan entri semalam. Kita sambung balik kes misteri sangkar kosong tu. Tapi sebenarnya tak dela misteri mana, So, pada sape-sape, yang mengharapkan misteri tahap nusantara, misteri  jenis itu memang tak de kat sini. Okay, sebelum entri ini menjadi entri ke laut sekali lagi, makhluk yang keluar dari sangkar tersebut adalah..




Nampak 2 ekor arnab yang sedang enak bersantai kat tepi dinding tu? Merekalah yang menghuni sangkar kosong tersebut. Jangan tanya macam mana mereka boleh keluar padahal sangkar tu dah kunci. Mungkin, orang yang bagi makanan tu tak kunci betul-betul.


Okay, pada sapa-sapa yang tak sanggup baca entri panjang, mungkin boleh berhenti kat sini kot. :) hehe.. sebab selebihnya adalah huraian yang berjela (^_^)



Sebenarnya, kalau pada orang lain, perkara ni biasa je. Angkat arnab tu dan masukkan balik dalam sangkar. Then, problem setel~~ *kat depan rumah jalan raya, so tak boleh la nk lepas arnab sesuka hati, nanti tak masal masuk paper "Langgar lari: 2 ekor arnab mati di tempat kejadian"

Tapi bagi missha, perkara ni tak semudah tu sebab... *sila jangan gelak*

missha tak berani nak pegang arnab tu.



Untuk pengetahuan, arnab ni suka dengan barang-barang plastik, termasuk bakul kain yang missha bawa keluar tu. So, bila mereka 'menyedari' bahawa ada seseorang sedang mengusha mereka sambil jemur kain, diorang pun datang dekat sebab berkenan dengan bakul kain yang missha bawak tu. 





Kalau kucing, kita boleh guna penyapu untuk bagi dia main jauh-jauh, tapi kalau arnab, bila guna penyapu, makin dekat dia datang adala. Lagi satu, kalau kucing, bila kita cakap "shuhhhhh", dia akan pergi jauh sikit, tapi arnab takde respon pun. Makanya, missha memang tak tahu macam mana nak bagi diorang tak dekat ngan missha. Oleh itu, proses menjemur kain pun tergendala. hee :)



Disebabkan risau arnab akan keluar surat khabar keesokannya,  missha pun mengambil langkah yang paling bijak untuk menyetelkan perkara ni iaitu..

Mintak tolong jiran masukkan balik arnab tu kat sangkar. :)



Jiran: Penakut, tapi nak bela sangat arnab.

Missha: Hee, bukan takut, tak berani je, lagipun arnab ni adik yang punya.


Okay, sekian =.=

Misteri sangkar kosong



Assalamualaikum :)

Ni cerita hal pagi tadi. Masa nak keluar rumah nak jemur kain,tiba-tiba ternampak sesuatu....


Tengok-tengok sangkar ni kosong. Cuak kot time ni. Ada orang curi ke makhluk dalam ni? Berdebar lagi dasyat dari hari nak dapat result. Ah sudah! Ke makhluk dalam ni lari sendiri?

Okay, lupakan sekejap kecuakan yang berlaku.

Setakat  __  tahun misssha hidup, banyak jugak la pengalaman yang tak berapa manis missha dengan haiwan-haiwan ni. Dan semua tu memang tak dapat dilupakan.


First sekali, kes ikan haruan tiba-tiba terlepas masuk bilik tidur.


Alkisahnya, parent missha beli ikan haruan nak buat ubat untuk adik yang luka. Bila malam, ikan tu diletakkan dalam baldi yang terletak kat dapur. Masa ni, bilik missha dekat dengn dapur. Dalam pukul 3 pagi, tetibe terdengar bunyi bising macam ada orang selongkar sesuatu. Masa tu, tak rasa cuak pun, tak fikir negatif yang kemungkinan ada orang masuk rumah, sebab masa tu ngantuk sangat. Bila sedar sebab bunyi bising tu, konon-konon nak bangun pergi cek la bunyi apa. Sejurus sebelum kaki menjejak lantai, tiba-tiba kaki ni 'menyapa' ikan haruan yang sedang elok 'terbaring' kat lantai. Masa tu, missha terus panggil my dad untuk keluarkan ikan yang telah mengganggu tidurku then lepas tu, sambung tidur balik.


Esoknya, semua orang kagum sebab missha tak menjerit . *tapi rasanya tak perlu kot nak menjerit.. Dan missha pulak 'kagum' denan ikan tu sebab dah meninggalkan bau kat bilik missha. Pagi tu, baru la selidik macam mana ikan tu boleh sampai dalam bilik. Rupa-rupanya ikan tu melompat-lompat dan bunyi bising yang missha dengar tu sebab ikan tu lompat then terkena frame gambar yang tak gantung lagi. Tapi yang peliknya, kenapa dia tak ambil jalan straight je dari dapur, sebab kalau straight, dia masuk bilik adik. HAHA.. Kalau tak, mesti malam tu kita akan dengar jeritan yang menggemparkan.



Kes kedua pula dengan kucing.



Masa sekolah rendah, kat kampung missha bayak kucing. Sekarang dah tak banyak dah. Suatu malam tu, macam biasa, missha tidur dengan sepupu missha. Lepas tu tersedar sebab rasa macam ada sesuatu mengganggu, Buka-buka je mata, CAK!! kucing betul-betul depan muka. Then, missha pun lari pergi tidur atas sofa kat luar. Elok nak pejam mata, rasa macam ada sesuatu kat hujung kaki. Macam selimut pun ada. Tapi missha tak terpedaya sebab 'selimut' tu bergerak-gerak. SAH la tu kucing! Plan seterusnya, pergi menyibuk dekat adik yang tidur dalam kelambu sbab ada kosong kat bahagian tepi. Baru nak lelap, kucing tu follow landing kat sebelah, betul-betul depan muka, tapi nasib baik ada kelambu. Walaupun ada kelambu, still rasa tak selamat.  Plan yang terakhir, kejut orang yang dalam kelambu, pastu cakap:

"Nak tidur kat tengah"

Problem setel.:) Esok bangun pagi bersin-bersin. Bulu kucing punya pasal.



Masa zaman sekolah menegah  dulu, kat sekolah missha sangat banyak kucing. Entah dari mana mereka muncul. Sekolah tu macam dah jadi tempat pembuangan kucing pun ada. Makanya, kat dewan makan adalah tempat feveret kucing-kucing tersebut. Untuk pengetahuan, missha bukan takut dengan kucing, dan missha bukan tak suka kucing, cuma missha tak boleh kalau kucing datang dekat terutama masa makan. Sebab kalau time makan, nak lari susah. Nak angkut pinggan lagi, cawan lagi, diri sendiri lagi. hehe.



Alkisahnya, suatu hari tu, missha nak pergi dinner kat dewan makan. Masa tu dah hari ketiga tak makan nasi sebab kononya busy uruskan aktiviti sekolah. Time tu, menu adalah nasi ayam. Memang lapar sangat time tu tapi sebelum suapan pertama sempat masuk ke mulut, ada seekor kucing datang menumpang pinnganku.. Argh!! sungguh tak boleh diterima. Kawan missha pulak tak tolong turunkan kucing tu dari meja padahal dia boleh je pegang kucing. Disebabkan stress yang terlampau, missha pun turunkan balik suapan yang belum sampai ke mulut dan angkat kaki meninggalkan dewan makan. Lepas tu terus balik bilik, makan biskut sambil mata bergenang. Bila fikir balik, entah kenapa TERnangis. Kelakar pun ada.



Yang ni pula masa tunggu result SPM dahulu kala, ada seekor kucing ni selalu sangat muncul kat belakang rumah missha. Mengikut pemerhatian, kucing tu macam kucing yang dibela, tapi breakfast, lunch dan dinner kucing tu kat rumah missha.  *agaknya tuan rumah masak sedap kot. Tapi, .masa nak tidur, dia hilang. Disebabkan missha cuti, missha la yang bertugas bagi kucing tu makan, tapi dari jauh je la. :) Kalau terlambat sikit buka pintu pagi-pagi, mesti kucing akan terkam gril sejurus pintu dibuka. Dan itu sangat menakutkan sebab dia boleh muat nak masuk rumah. Untuk elakkan dia masuk rumah, my mom letak la jarin-jaring kat gril tu.



Pada suatu pagi hari minggu, kucing tu tak kelihatan pun masa buka ppintu dan itu sangatlah pelik. Satu family curious. Tak lama lepas tu, adik missha yang nak keluar buang sampah ternampaklah kucing yang dah tak bernyawa di garaj depan. *curiousity do kill the cat.haha :) Hm..Tamatlah riwayat kucing belakang rumah di depan rumah :(



Erk? terasa entri dah panjang sangat. Sambung kes sangkar kosong lain kali la :)

'Garisan' penyeri kehidupan

Assalamualaikum :)


Bicara hari ini,
Tentang sesuatu dalam hidup kita,
Tanpanya,
Hidup bagai tiada perisa.


Sesuatu itu adalah,
sesuatu yang.....



Manis,
Tanpa perlukan gula.


Berseri,
Walau tiada bunga.





Percuma,
Bukan bermakna tidak berharga,
Namun,
Nilainya tak dapat dibanding dengan intan permata.



Kadangkala,
Ia bukan sekadar di waktu gembira,
Tapi ,
Samaran untuk menutup duka.




Buat saja-saja pun tak sia-sia,
Sebab ia pun sedekah juga.





Itulah senyuman :)


Segaris senyuman,
Mampu merubah keadaan,


Namun,
Jangan biar keadaan,
Mengubah senyuman,
Menjadi garis masam :(




Jom senyum, :)





Senyum,
Tak perlu kata apa-apa :)




note: orang kata kalau senyum tak nampak gigi, sebab kalau nampak gigi tu sengih namanya, betul ke? :)



cred pic: google :)



Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, 

"Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?" 

 Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar). 

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).



Sudut kehidupan

Assalamualaikum ;p


Dalam kehidupan, 
Kita diberi banyak pilihan.


Walaupun,
Ada perkara yang telah ditentukn,
Namun itu bukan batasan,
Untuk kita menentukan,
Jalan yang menjadi pilihan.



Iklan:

Pada zaman dahulu, ada dua biji telur berbincang sesama sendiri mengenai masa depan iaitu apa yang mereka ingin jadi apabila menetas nanti.





Dah baca cerita helang? >>>>~the story of eagle~

 End. 


Mahu berjaya?
Bergantung pada usaha kita.


Mahu berubah?
Tak mustahil, walau tidak mudah.



Usah takut pada cabaran,
Kerana cabaran itu mematangkan.



Tanggungjawab bukan untuk dikeluh kesah,
Tapi melatih agar amanah.



Masalah itu perencah rasa,
Agar hidup tidak leka.


Pilihan terletak pada kita,
Untuk melihat hidup dari sudut yang mana.




Hidup tidak selalunya indah, 
Tapi di situlah terletaknya keindahan hidup





Tips sebelum bergosip.

Assalamualaikum :)




















Harapnya kita bukan golongan ini: :)




Untungnya kalau diam sambil bermuhasabah,
Ruginya jika bising yang tidak bermunasabah




Sabda Rasulullah: 
Setiap orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh),
 hartanya (tidak boleh merompak), 
dan kehormatannya (tidak boleh mengumpat) 
HR Bukhari dan Muslim


note: abaikan 'Oh my English' dan sebarang typo serta tahap ketidakcomelan gambar. :)

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.