Assalamualaikum :)
Ni cerita hal pagi tadi. Masa nak keluar rumah nak jemur kain,tiba-tiba ternampak sesuatu....
Tengok-tengok sangkar ni kosong. Cuak kot time ni. Ada orang curi ke makhluk dalam ni? Berdebar lagi dasyat dari hari nak dapat result. Ah sudah! Ke makhluk dalam ni lari sendiri?
Okay, lupakan sekejap kecuakan yang berlaku.
Setakat __ tahun misssha hidup, banyak jugak la pengalaman yang tak berapa manis missha dengan haiwan-haiwan ni. Dan semua tu memang tak dapat dilupakan.
First sekali, kes ikan haruan tiba-tiba terlepas masuk bilik tidur.
Alkisahnya, parent missha beli ikan haruan nak buat ubat untuk adik yang luka. Bila malam, ikan tu diletakkan dalam baldi yang terletak kat dapur. Masa ni, bilik missha dekat dengn dapur. Dalam pukul 3 pagi, tetibe terdengar bunyi bising macam ada orang selongkar sesuatu. Masa tu, tak rasa cuak pun, tak fikir negatif yang kemungkinan ada orang masuk rumah, sebab masa tu ngantuk sangat. Bila sedar sebab bunyi bising tu, konon-konon nak bangun pergi cek la bunyi apa. Sejurus sebelum kaki menjejak lantai, tiba-tiba kaki ni 'menyapa' ikan haruan yang sedang elok 'terbaring' kat lantai. Masa tu, missha terus panggil my dad untuk keluarkan ikan yang telah mengganggu tidurku then lepas tu, sambung tidur balik.
Esoknya, semua orang kagum sebab missha tak menjerit . *tapi rasanya tak perlu kot nak menjerit.. Dan missha pulak 'kagum' denan ikan tu sebab dah meninggalkan bau kat bilik missha. Pagi tu, baru la selidik macam mana ikan tu boleh sampai dalam bilik. Rupa-rupanya ikan tu melompat-lompat dan bunyi bising yang missha dengar tu sebab ikan tu lompat then terkena frame gambar yang tak gantung lagi. Tapi yang peliknya, kenapa dia tak ambil jalan straight je dari dapur, sebab kalau straight, dia masuk bilik adik. HAHA.. Kalau tak, mesti malam tu kita akan dengar jeritan yang menggemparkan.
Kes kedua pula dengan kucing.
Masa sekolah rendah, kat kampung missha bayak kucing. Sekarang dah tak banyak dah. Suatu malam tu, macam biasa, missha tidur dengan sepupu missha. Lepas tu tersedar sebab rasa macam ada sesuatu mengganggu, Buka-buka je mata, CAK!! kucing betul-betul depan muka. Then, missha pun lari pergi tidur atas sofa kat luar. Elok nak pejam mata, rasa macam ada sesuatu kat hujung kaki. Macam selimut pun ada. Tapi missha tak terpedaya sebab 'selimut' tu bergerak-gerak. SAH la tu kucing! Plan seterusnya, pergi menyibuk dekat adik yang tidur dalam kelambu sbab ada kosong kat bahagian tepi. Baru nak lelap, kucing tu follow landing kat sebelah, betul-betul depan muka, tapi nasib baik ada kelambu. Walaupun ada kelambu, still rasa tak selamat. Plan yang terakhir, kejut orang yang dalam kelambu, pastu cakap:
Problem setel.:) Esok bangun pagi bersin-bersin. Bulu kucing punya pasal.
Masa zaman sekolah menegah dulu, kat sekolah missha sangat banyak kucing. Entah dari mana mereka muncul. Sekolah tu macam dah jadi tempat pembuangan kucing pun ada. Makanya, kat dewan makan adalah tempat feveret kucing-kucing tersebut. Untuk pengetahuan, missha bukan takut dengan kucing, dan missha bukan tak suka kucing, cuma missha tak boleh kalau kucing datang dekat terutama masa makan. Sebab kalau time makan, nak lari susah. Nak angkut pinggan lagi, cawan lagi, diri sendiri lagi. hehe.
Alkisahnya, suatu hari tu, missha nak pergi dinner kat dewan makan. Masa tu dah hari ketiga tak makan nasi sebab kononya busy uruskan aktiviti sekolah. Time tu, menu adalah nasi ayam. Memang lapar sangat time tu tapi sebelum suapan pertama sempat masuk ke mulut, ada seekor kucing datang menumpang pinnganku.. Argh!! sungguh tak boleh diterima. Kawan missha pulak tak tolong turunkan kucing tu dari meja padahal dia boleh je pegang kucing. Disebabkan stress yang terlampau, missha pun turunkan balik suapan yang belum sampai ke mulut dan angkat kaki meninggalkan dewan makan. Lepas tu terus balik bilik, makan biskut sambil mata bergenang. Bila fikir balik, entah kenapa TERnangis. Kelakar pun ada.
Yang ni pula masa tunggu result SPM dahulu kala, ada seekor kucing ni selalu sangat muncul kat belakang rumah missha. Mengikut pemerhatian, kucing tu macam kucing yang dibela, tapi breakfast, lunch dan dinner kucing tu kat rumah missha. *agaknya tuan rumah masak sedap kot. Tapi, .masa nak tidur, dia hilang. Disebabkan missha cuti, missha la yang bertugas bagi kucing tu makan, tapi dari jauh je la. :) Kalau terlambat sikit buka pintu pagi-pagi, mesti kucing akan terkam gril sejurus pintu dibuka. Dan itu sangat menakutkan sebab dia boleh muat nak masuk rumah. Untuk elakkan dia masuk rumah, my mom letak la jarin-jaring kat gril tu.
Pada suatu pagi hari minggu, kucing tu tak kelihatan pun masa buka ppintu dan itu sangatlah pelik. Satu family curious. Tak lama lepas tu, adik missha yang nak keluar buang sampah ternampaklah kucing yang dah tak bernyawa di garaj depan. *curiousity do kill the cat.haha :) Hm..Tamatlah riwayat kucing belakang rumah di depan rumah :(
Erk? terasa entri dah panjang sangat. Sambung kes sangkar kosong lain kali la :)
hahha, sedih plak part yg makan nasi ayam tu..huhu, kalau kita pon mesti nangis gak kot, dgn membe camtu, tgh lapo bleyhh plak dia wat tatau je...adess
ReplyDeletemungkin dia pun lapar jugak.. erk, nangis gak? fuhh..nasib baek missha ade geng..hehe
Deleteberjela2 intro tp last2 crite pasal sangkar kosong tu bersambung ke n3 lain..haha lwk tol la misha ni :P
ReplyDeleteaku suka binatang. sgt2. especially.. ape ek. hahah. nangis? malu la weii. haha. btw, umur beliau ni kalau sume org nak tahu..
ReplyDeletetajuk lari sangat ni.. ni bukan misteri sangkar kosong.. ni misteri nape kucing suke kaco hidup aku.. baru betul.. tak kesah r kucing kaco time makan ke, time tido ke.. kucing tetap comel.. so tak kesah ^^
ReplyDeletepenat jek aku bace. nanti buat entry pasal sangkar tu pendek2 je. tak larat nak bace. -,-'' hewhew.
ReplyDeleteagaknya kucing memang suka kat awak kot
ReplyDeletemungkin kot :) hehe
Delete