Bertangguh sebab tiada masa?


Assalamualaikum. :)


Bismillah


Cuba fikir sekejap,
Ada tak kerja yang masih tak siap,
Dan
Kita tahu kerja tu kena disiapkan,
Tapi kita masih biarkan,
Dengan 1008 alasan,
Tapi tak de satu pun alasan yang bagi penjelasan.


Kalau ada,
Dan tak tahu itu apa,
Itu bertangguh namanya,
Dan bertangguh pencuri masa.

Time flies.


Bertangguh dalam membuat kebaikan.

 " Aku tak sedia lagi  .."

" Hidayah tak sampai lagi.."

"Nanti dah tua, aku taubatlah"


Sukatilah nak buat dan kata apa,
Tapi,
Ingatlah, yang mati itu bila-bila aja.



Bertangguh kerja. 

1 Julai:

A berkata kepada B:

" Relax la der.. Deadline bulan depan".

31 Julai:

B berkata kepada A:

" Relax la der.. Deadline bulan depan". <----yang mana bulan depan itu adalh esok.



Tak guna bertangguh kerana masa tidak akan terhenti walau jarum jam berhenti.



Orang kata buatla list kerja,
Baru teratur masa.
Dan susun kerja kita ikut yang mana lebih utama,
Ikut Awlawiyyat (priority) arab kata.



Pentingkan yang lebih penting dari yang penting, kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting.



Tapi,
kalau simpan list tu dalam laci,
Baik terjun perigi.... <---bukan saranan dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan
Malu kat laci yang dok 'baca' list tu hari-hari.
Orang yang tulis entah-entah baru baca sekali.



Penangguhan,
Mengatakan bahawa kita tiada masa,
Hakikatnya,
Alasan tiada masa memang tak boleh guna,
Masa itu bukan tiada,
Tapi kita yang tak ketepikan masa untuk sesuatu kerja.

(Ni untuk kerja-kerja yang pentingla...,kalau takda masa nk blogging tu takpe..haha)




Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di waktu petang maka janganlah tunggu datangnya waktu pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi maka janganlah tunggu datangnya waktu petang, serta gunakanlah masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, dan masa hidupmu sebelum kematian menjemputmu”



Ada juga orang kata,
Penangguhan tu ada baiknya,
Yela,
Tergesa-gesa akan sia-sia,
Bak kata orang sana,
"Haste make waste"


Procrastination is a form of escapism.


Tapi kalau dah lama sangat tangguh kerja,
lagi 24 jam nak hantar baru nak mula,
Tak ke terlebih tergesa-gesa namanya?



Finally,
Terpulangla pada diri.
Kalau rasa kerja last minurte tu berkualiti.
Teruskanlah lagi. .


Leave nothing for tomorrow which can be done today :) - Abraham Lincoln



The bad news is time flies. The good news is you are the pilot :)



Credit pic: google


Ramadhan: Filling and Feeling

Assalamualaikum :)

Bismillah.

Alhamdulillah~ first day :)



Ramadhan di zaman Rasulullah, 
Mereka berperang menegakkan agama Allah.


Ramadhan jadi pembakar semangat pejuang.
Harap kita pula, bukan sekadar bakar kuih untuk raya yang bakal datang.


Ramadhan.
Recharge your iman.


Control your nafsu,
Dont let it control you,



29 days to go...

Ramadan is not an excuse to sleep more, it is a reason to sleep less. 

Ramadan is not an excuse to lose weight, it is a reason to lose bad habits

.Ramadan is not an excuse to be lazy, it is a reason to be active.

Ramadan is not an excuse for a vacation, it is a reason to work harder.

This Ramadan, promise yourself it will be different...

And istiqamah.

Insya Allah. 


May Allah bless :)


HAMBA TUHAN, BUKAN HAMBA RAMADHAN.


Menjadi hamba Rabbani adalah matlamat tarbiyah di dalam bulan Ramadhan. Hamba Rabbani bermaksud hamba kepada Allah SWT.


Kita bukan mahu menjadi hamba Ramadhani. Hamba Ramadhani beraksud - Hamba kepada Ramadhan. Yakni beribadah, bersungguh-sungguh buat baik, hanya di bulan Ramadhan. ~akh hilal (official) status.

'Pesen' budak-budak masa solat terawih

Assalamualaikum.


Malam ni hari first terawih. Hari first, surau mesti penuh. Melimpah ruah sampai kat luar . Siapa rase macam nak cabut awal or nak udara segar, boleh je kalau nak book tiket dok luar. Caranya, simple mimple je pun. Jangan datang awal. Agak-agak orang nak angkat takbir, barula pergi surau. <-- ni bukan suruhan..haha


Dan selalunya, bahagian luar ni penuh dengan budak-budak. Macam-macam pesen (gaya) budak-budak ni kat surau time solat terawih. Dan tak semena-mena, teringat zaman dahulu kala. Haha.  Err.. jomlah tengok pesen-pesen kanak-kanak comel di surau.



Pesen 1:
Mulut tak berhenti bercakap.

Sebelum solat Isyak:
Kau tahu, tadi utlraman tiga lawan ...bla.bla..

Iqamat

Sejurus selepas salam kedua:
(Kalau orang lain tak sempat nak pandang depan lagi)
Pastukan, raksasa tu pun mati bila kena fire.. bla..bla..bla..



Pesen 2:
Baca surah kuat-kuat macam imam. 

Rakaat pertama; Surah Al Fatihah.

Imam: Bismillah ...... <---baru nak mula
Budak 1: Bismillah.. <---serentak dengan imam.
Budak 2: Alhamdulillah.... <----- konon one step forward dari imam.



Pesen 3:
Kira rakaat.

Selepas dua rakaat.

Baru dua rakaat.


Selepas empat rakaat.

Tinggal lagi empat.


Habes doa lepas lapan rakaat.

Dah cukup lapan. Boleh balik dah kan? <--- dengan kuatnya sejurus lepas doa.



Pesen 4:
'Berlakon'

Allahuakbar.  (Takbir)

Budak 1: Orang dah solat. Jom pergi main.
Budak 2: Jomm!!!

Allahuakbar ( tahiyyat akhir)

Budak 3: Weh!! dah tahiyyat akhir!!

Semua cepat-cepat  lari masuk surau, duduk  tahiyyat akhir. <--konon solat. Tapi peluh bercucuran



Pesen 5:
Buat lawatan rasmi kat kedai seberang jalan.

Dahagala. Jom pergi kedai. Lepastu datang balik Nanti gantila semula yang tertinggal tu.

Selepas orang habis terawih,
Di kedai, sambil duduk atas tembok

Aku nak beli keropok  perasa lain pulak la. tengok kau makan macam sedap


5 pesen mereka. Ni belum masuk kes hobi angkat tirai dan jenguk-jenguk orang sebelah time sujud. hee


Ehem..mesti baca sambil senyum + terbayang diri sendiri. Mungkin tak sama sebijik dengan yang dimentionkan, tapi, sikit-sikit mesti ada kan?

Jangan tipu. Haha.. :)

Selamat bangun sahur. :)

Bienvenida Ramadhan 1433H


Bismillah.



Credit: Google


The holy month of Ramadan,

For all Muslims has begun.

Praising Allah through the day,

From dawn to dusk we fast and pray.

We pay zakah (charity) for those in need,

Trying hard to do good deeds.



Walk humbly

Talk politely

Dress neatly

Treat kindly

Pray attentively

Donate generously



May lights triumph over darkness

May peace transcend the earth.

May the spirit of light illuminate the world.

May Allah bless us.



May this Ramadan is not the last one.

Seek the Lailatul Qadar, not Lailatul Kamdar. :)

Don't lose the meaning of Ramadan.




*Patutnya excited nak puasa lebih tinggi dari nak raya*

~Kita punya Ramadhan yang sama, Tapi natijah yang berbeza. Selamat Berpuasa~~

Coretan perjalanan bertemu perubahan

Assalamualaikum.


Biasanya,
Hanya perempuan sahaja,
Yang buat coretan hati or diari.
Macam budak ini, <--klik
Err..
Tapi tak salah rasanya,
Kalau aku yang lelaki ni,
Nak join sekaki.


Sejujurnya,
Sebelum titik perubahan berlaku,
Aku yang baru,
280% tak sama dengan aku yang dahulu,
Serius jauh beza macam paus dengan kutu.


Dulu,
Solat 5 waktu,
Jarang sangat nak cukup semua,
Kalau ada masa,
Baru ingat nak hadap DIA,
Tu pun solat dekat nak habis masa.
Kalau travel lagila tak payah kata,
Solat entah ke mana,
Buat masjid macam tak ada.


Kalau dulu,
Masa sukan, main bola contohnya,
Aci taram je pakai apa-apa,
Janji bergaya <------kononnya.
Sampai satu masa,
Ada senior tanya,
"Selesa ke kau pakai macam ni?"
"Apa pulak tak selesa. Seluar pendek tak panas, senang nak bergerak. Pakai seluar pendek masa main lagi bgus dan efisien"
"Oh macam tu. Hm.. kau tahu cara nak buat kapal terbang?"
"Mestilah tak. Aku ni asas pasal dia pun tak de. Kau tanyela orang yang buat kapal terbang. Dorang mesti lagi tahu."
"Ooo..dah tu mana kau tahu seluar pendek tu lagi baik?"


Hati sentak buat seketika,
Benar,
Allah yang menciptakan manusia,
Pastinya Dia lebih arif tentang makhluknya,
Dah tu,
Siapa kita untuk mempersoalkannya?


Kalau time ramadhan,
Puasa memang cukup sebulan,
Tak macam perempuan,
Lelaki kan tak ada pengecualian,
Gastrik pun tak da dalam badan,
Namun,
Puasa hanya lapar dan dahaga,
Solat memang tak jaga,
Sahur pulak boleh kira dengan jari je,
Yela,
Kalau dah bangun time matahari dah terpacak kat kepala,
Memang tak sempat la nak buat semua,
Tapi,
Waktu buka,
Orang pertama yang ada kat meja.


Tapi itu semua dulu,
Sebelum satu peristiwa belaku,



Berlakunya titik perubahan,
Saat kereta rosak kat tengah jalan,
Dan ada seorang pak cik datang hulur bantuan,
Disebabkan yang ada hanya bulan,
Matahari dah lama terbenam,
Beliau ajak bermalam,
Dan,,
Saat jam hampir menunjukkan pukul 9 malam,
Aku ditolak ke depan untuk menjadi imam.
~Imam solat Isyak~


Masa tu,
Aku kaku,
Lidah kelu,
Malu,
Tapi buat apa nak menipu,
Baik mengaku,
Dari buat alasan merapu.


Dan sejak itu,
Aku bukan aku yang dulu.



End.

pssstt..ada sape2 nk claim diari dia kna curi..laalala :)

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.