Coretan perjalanan mencari jawapan



Rentetan diari ini bermula.
Di saat diri ini sudah cukup tua,
Untuk menanggung sendiri sesuatu yang dipanggil dosa.


Suatu hari selepas 17 tahun bernafas di bumi ini,
Tikaku berjalan sendirian,
Mengangkat kaki tanpa arah,
Hatiku terusik,
Seorang kanak-kanak perempuan kulihat sedang memegang payung,
Berteduh dari cahaya matahari yang sedang memancar dengan teriknya,
Namun bukan payungnya yang menarik minatku,
Hanya satu sebab dia yang masih kecil itu menjadi perhatian,
Kerana dia bertudung.




Hati meronta ingin tahu,
Mengapa bertudung jadi pilihan,
Sedangkan pada firasatku,
Dia masih kecil untuk berbuat demikian
Lagipun diriku sendiri masih tak menjadikan bertudung itu satu kewajipan.


Kaki melangkah mendekati empunya payung merah,
"Adik darjah berapa?"
"Tiga"
"Kenapa pakai tudung? kan panas ni?"
"Ustazah kata kita kena pakai tudung sebab rambut tu aurat. Lagipun bila pakai tudung barula rasa tak malu nak pergi jalan-jalan"


Hati tersentak,
Jawapan yang simple dan mudah faham,
"Terima kasih adik kerena menyedarkan"
Namun kata tak mampu diluahkan,
Hanya senyuman kuukir tanda perpisahan,
Malu rasanya pada adik yang lebih awal faham apa itu kewajipan,
Tapi malu lagi pada Tuhan,
Dia yang menciptakan alam,
Sudah lama berkelana di bumi-Nya,
Baru kini hendak lakukan perintah- Nya.




Hati tekad.
Kini rambutku bukan lagi tatapan semua orang,
Tudung akan sentiasa kupakai ketika di tempat awam.
Tapi kalau setakat keluar ke depan rumah,
Menjemur kain dan mnyapu sampah,
Kukira tiada siapa yang melihat,
Kadang kala, tudungku terbang jua.


Namun,
Mujur lenaku berpanjangan,
Ada teman yang datang menyedarkan.
"Kenapa keluar tadi tak pakai tudung?"
"Alah, bukan ada orang. lagipun keluar kejap je."
"Memang la kita tak nampak orang, tapi tak mustahil orang nampak kita. Lagipun, kan Allah nampak"


Bibir mengukir sengih.
Tidak memberi sebarang komen.
Tapi hati mengiakan kebenaran.
Satu perubahan harus dilakukan.


~tudung, tshirt labuh, seluar longgar~

Alhamdulillah.
Istiqamah akhirnya.
Lega dalam jiwa.
Tenang dalam hidup dirasa.
Namun ini bukan akhirnya.


"Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangan"

Kalau keluar rumah,
Baju kebangsaan: ~tudung, tshirt labuh atau blouse, seluar longgar~
Nampak kan masih ada yang tak cukup?

Lalu..datangnya kesedaran untuk menutup aurat kaki,
Bila melihat teman sangat mementingkan pemakaian sarung kaki,
Terdetik di hati,
Bagaimana aku boleh meremehkan perkara penting seperti ini?


Langkah diatur untuk memperbaiki diri.
Baru berasa selesa dngan perubahan,
Sekali lagi diri ini mendapat peringatan.
Teguran dari teman yang berlainan jantina.
"boleh tak lain kali enti pakai hand socks? sebab lengan baju bukan statik"




Sungguh diri ini tak boleh nak terima,
Siapa dia dan apa haknya untuk menegur sebegitu rupa?
Mula-mula buat tak dengar apa yang dikata,
Walaupun tahu apa yang dikata teman itu satu kebenaran.


Namun diri akhirnya tersedar,
Dia teman yang tak berpura-pura,
Menegur untuk kebaikan.
Teringat satu coretan,
"Its better to say the truth and make someone cry than to say a lie to make someone smile"
Terima kasih kawan.


Tapi kadang-kadang hand socks tu melayang jugak,
Maklumlah, masih tak istiqamah,
Bila "dia" yang menegur nampak,
Terasa segan pulak.


Alhamdulillah.
Hati cepat tersedar.
Perubahan ini untuk siapa?
Untuk Allah atau untuk "dia"?
Lalu kutanamkan dalam hati,
Lebih baik segan dengan Allah,
Sebab Dia sentiasa nampak kita.
Walau di mana kita berada.


Akhirnya,
Terasa lengkap sudah.
Perjalanan mencari arah.
Namun, dalam perjalanan pasti ada halangan.
Lihatlah fesyen muslimah sekarang.
Tidak perlu komen yang panjang.
Sama-sama kita renungkan.
Moga kita tetap di landasan.
Jadikan yang buruk itu sempadan.
Baik itu teladan.




Note:
"Dia" bukan siapa-siapa.
Hanya seorang sahabat yang tak berpura-pura.





~coretan rekaan untuk renungan. moga dapat pengajaran ~
Sumber gambar. DrCintaPunyeBelog



Show Comments: OR

5 comments:

  1. betul dik....kte wajib tutup aurat...

    ReplyDelete
  2. ni pengalaman sendiri? best. uhm, walaupun dah lama duduk atas bumi ni, tapi baru nak laksanakan syariat, takpe, sekurang2nya kita masih ada kesedaran, masih lembut hati.

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.