'Pesen' budak-budak masa solat terawih

Assalamualaikum.


Malam ni hari first terawih. Hari first, surau mesti penuh. Melimpah ruah sampai kat luar . Siapa rase macam nak cabut awal or nak udara segar, boleh je kalau nak book tiket dok luar. Caranya, simple mimple je pun. Jangan datang awal. Agak-agak orang nak angkat takbir, barula pergi surau. <-- ni bukan suruhan..haha


Dan selalunya, bahagian luar ni penuh dengan budak-budak. Macam-macam pesen (gaya) budak-budak ni kat surau time solat terawih. Dan tak semena-mena, teringat zaman dahulu kala. Haha.  Err.. jomlah tengok pesen-pesen kanak-kanak comel di surau.



Pesen 1:
Mulut tak berhenti bercakap.

Sebelum solat Isyak:
Kau tahu, tadi utlraman tiga lawan ...bla.bla..

Iqamat

Sejurus selepas salam kedua:
(Kalau orang lain tak sempat nak pandang depan lagi)
Pastukan, raksasa tu pun mati bila kena fire.. bla..bla..bla..



Pesen 2:
Baca surah kuat-kuat macam imam. 

Rakaat pertama; Surah Al Fatihah.

Imam: Bismillah ...... <---baru nak mula
Budak 1: Bismillah.. <---serentak dengan imam.
Budak 2: Alhamdulillah.... <----- konon one step forward dari imam.



Pesen 3:
Kira rakaat.

Selepas dua rakaat.

Baru dua rakaat.


Selepas empat rakaat.

Tinggal lagi empat.


Habes doa lepas lapan rakaat.

Dah cukup lapan. Boleh balik dah kan? <--- dengan kuatnya sejurus lepas doa.



Pesen 4:
'Berlakon'

Allahuakbar.  (Takbir)

Budak 1: Orang dah solat. Jom pergi main.
Budak 2: Jomm!!!

Allahuakbar ( tahiyyat akhir)

Budak 3: Weh!! dah tahiyyat akhir!!

Semua cepat-cepat  lari masuk surau, duduk  tahiyyat akhir. <--konon solat. Tapi peluh bercucuran



Pesen 5:
Buat lawatan rasmi kat kedai seberang jalan.

Dahagala. Jom pergi kedai. Lepastu datang balik Nanti gantila semula yang tertinggal tu.

Selepas orang habis terawih,
Di kedai, sambil duduk atas tembok

Aku nak beli keropok  perasa lain pulak la. tengok kau makan macam sedap


5 pesen mereka. Ni belum masuk kes hobi angkat tirai dan jenguk-jenguk orang sebelah time sujud. hee


Ehem..mesti baca sambil senyum + terbayang diri sendiri. Mungkin tak sama sebijik dengan yang dimentionkan, tapi, sikit-sikit mesti ada kan?

Jangan tipu. Haha.. :)

Selamat bangun sahur. :)

Show Comments: OR

19 comments:

  1. budak skang tak citer sal ultraman dah la, dorang ckp pasal iphone, android, ps3...

    ReplyDelete
  2. haha tuh belum cite bab bakar mercun lg...bru start terawih je dh dgr mercun..mn cri stok pun xtau lah..hehe

    p/s: salam ramadhan^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw takpe..bkar mercun pulak dekat2 ngan surau..haha

      Delete
  3. ak sgt skima time kecik2 dlu..xbuat smue tu tp pesen 4 tu hahaha lol sungguh...byk tol org buat :P

    ReplyDelete
  4. haha. betul. semalam datang agak lambat tp masih kat dalam la.
    nak taknak solat tepi budak. yg tak tahannya diorang duk main pukul2 pulak tu.
    haiya. mau nak bukak lecture kat situ tp maleh la. mak dia duk tengok je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..rasa mcm nk lecture..tapi semyum je.. :) hehe

      Delete
  5. haha ,
    tak pernah buat ,
    tp pernah tgk orang buat ,
    hehe , selamat menjalani ibadah puasa :D

    ReplyDelete
  6. aha ,
    tak pernah buat ,
    tp pernah tgk orang buat ,
    hehe , selamat menjalani ibadah puasa :D

    ReplyDelete
  7. suka entri ni - tersonyum songih sorang2 sambil baca.

    ReplyDelete
  8. aku tak pernah wat rase nye sume ni.. aku rase r.. bese memang direct main kejar kat luar masjid je.. =P zaman kanak2 ribena memang camtu

    ReplyDelete
  9. takde takde.. saya budak baik.. koh koh koh

    ReplyDelete
  10. haha. mudz selalu buat pesen 4 tu. haha.peluh penuh satu badan kot.dah gaya waterfall dah. pastu pakai telekung dan tanye mak: 'eei masjid ni takde kipas ke?? berbahang lah'. padahal main tak ingat dunia. astaghfirullahal'azim. kenangan tu indah kannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya waterfall yang tak tahan tuh...haha..yup. kenangan memang indah :)

      Delete
  11. Lagi satu pesen, bila imam dah habis baca al-Fatihah masing-masing aminkan kuat-kuat. Bergema satu masjid dengan suara budak-budak! HAHAHA

    Saya pernah buat no 1 je. Laen-laen tak berani.. ;P

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.