Assalamualaikum.
Bismillah.
**************************
"Bila sebut Ramadhan ape yang kau akan pikir?"
"Puasa? Err...bazar, Lepas tu raya.?"
"Selama ni aku pun fikir macam tu."
"Dah tu apa masalahnya?"
"Kau tahu dalam bulan Ramadhan Al-Quran diturunkan?
*********************************
Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah : 185 )
*********************
"Walau dah 25 tahun, aku hidup, and dah banyak kali jumpa ramadhan, aku rasa ni macam Ramadhan yang pertama,"
"Kenapa?"
"Sebab aku baru faham dan rasa apa itu bulan Ramadhan dan puasa dalam erti kata yang sebenarnya"
********************************************
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah: 183)
******************************
"Tapi apa?"
"Aku tak pernah tahu taqwa tu apa"
***************************
Takwa ialah sikap berhati-hati dan mencegah diri dari melanggar hukum Allah, hasil kesedaran yang tinggi terhadap pemerhatian Allah.
Orang yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin
****************
May Allah bless us :) Insya Allah.
Ubay bin Ka’ab bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa?
Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?”
Umar menjawab; “Pernah!”
Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?”
Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.”
Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”