Assalamualaikum.
Bismillah.
**************************
"Bila sebut Ramadhan ape yang kau akan pikir?"
"Puasa? Err...bazar, Lepas tu raya.?"
"Selama ni aku pun fikir macam tu."
"Dah tu apa masalahnya?"
"Kau tahu dalam bulan Ramadhan Al-Quran diturunkan?
*********************************
Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah : 185 )
*********************
"Walau dah 25 tahun, aku hidup, and dah banyak kali jumpa ramadhan, aku rasa ni macam Ramadhan yang pertama,"
"Kenapa?"
"Sebab aku baru faham dan rasa apa itu bulan Ramadhan dan puasa dalam erti kata yang sebenarnya"
********************************************
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah: 183)
******************************
"Tapi apa?"
"Aku tak pernah tahu taqwa tu apa"
***************************
Takwa ialah sikap berhati-hati dan mencegah diri dari melanggar hukum Allah, hasil kesedaran yang tinggi terhadap pemerhatian Allah.
Orang yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin
****************
May Allah bless us :) Insya Allah.
Ubay bin Ka’ab bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa?
Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?”
Umar menjawab; “Pernah!”
Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?”
Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.”
Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”
Semoga kita menjadi orang-orang yang bertakwa selepas ini.. ^_^
ReplyDeletetaqwa yer, hurmm.
ReplyDeleteThanks singgah blog mama,
ReplyDeleteNow mama follow cni yer, salam kenal :-)
salam kenal :)
Deletedah tiba masanye,keluarkan puase daripada adat. adat yang hanya nampak raye.adat yang hanya meletihkan diri.adat yang puase tu hanyelah tahan lapar tahan dahaga,tapi input? ZERO. *cakap dengan diri sendiri* ,hmmm .
ReplyDeletebanyak lagi yang diri ni kena belajar. thanks sharing,again and again
sma la .....:) bnyak lagi yang kena belajar :)
DeleteHmm, Missha ni umur 25 ya? Hehe. Bukan budak sekolah lah ni. Kehkeh.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni. Sejujurnya, kadang kadang risau jugak tgok budak budak kecil yg bila ditanya kenapa puasa. Jawapan mereka 'sebab nanti boleh raya. Dapat duit raya' Penerapan nilai kenapa sebenarnya kena puasa tu dah semakin lama semakin jauh dari sebb utama kenapa kita diwajibkan puasa. Alahaii.
25 tu bila dah keje nanti,,hehe
Deletebetul tu. tak salah bagi ganjaran, tapi pemahamn tu perlu diterapkan :)
that's why people usually use the term 'Sekolah', 'madrasah', 'universiti' etc for Ramadhan, to show that this is a month of tarbiyyah.. nak didik diri jadi better person kan bukan senang, sebab tu peluang yg Allah bagi selama 1 bulan full, no syaitan, full of barakah, double-triple-and-so-on ganjaran diberikan.. the result, org yg bertakwa untuk 11 bulan yg seterusnye.. ^_^
ReplyDelete~dalam nak mengubah diri ni ke arah yang lebih baik bukan senang, sebab tu la perubahan yang dibuat tu [Biar slow asalkan istiqamah]~
taqwa memang mase sekolah dulu dah blaja dah meaning die kan.. cume nak merasai taqwa tu yang susah sebenarnye.. huu
ReplyDelete