Ramadhan: 10 days gone, are we still in the same zone?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Day Eleventh.













10 hari awal Ramadhan merupakan rahmat. 
10 hari pertengahan Ramadhan merupakan keampunan. 
10 hari akhir Ramadhan dijauhkan neraka



Now, we are moving to the next phase. May Allah bless.

Wallahua'lam .


sumber gambar

~abaikan oh my english..err~



Pil ubat sepatutnya bersaiz nano

Assalamualaikum. :)


Siapa suka makan ubat? *angkat keyboard cepat.* Kalau suka,, bagus. Jangan jadi macam tuan blog ni. Entah kenapa dia tak suka ubat. Di bawah ini adalah hasil temuramah bersama beliau.


Ceritakan kenangan masa kecik-kecik tentang ubat.


Masa kecik-kecik dulu, kalau suruh makan ubat, missha makan sebab tak berani nak melawan. Tapi just masukkan dalam mulut je, tak telan pun. Lepas tu, bila orang tak nampak missha luahkan balik. Rela makan ubat yang air tu lagi dari ubat biji. Tapi, masa kecik-kecik  boleh la kalau nak makan ubat air tu. Bila dah besar, err..tak sesuai dah rasanya.


Kalau kena makan ubat kat sekolah, buat muka bajet kool. Konon-konon berani nak telan Tapi hakikatnya, orang lain air seteguk dah boleh telan, kalau missha, sebotol air belum tentu boleh telan pil sebiji. Kalau ubat yang jenis kapsul tu lagila tak payah kata. Kot sampai TERcair dulu dia punya lapisan yang kat luar tu. Haha.



So, kalau sakit macam mana?


Ehem. Kalau sakit senang je, tak payah nak pergi klinik bagai unless kalau nak MC. Haha Just tidur, and bila bangun balik, Insya Allah okay :).Ubat-ubatan tu tak makan pun. Kalau setakat pening kepala, memang takkan makan panadol atau apa-apa yang sewaktu dengannya.  Tahu tak yang sebenarnya, tak bagus kalau selalu sangat makan panadol ni. So, kurang-kurangkanlah pengambilan panadol. :) <--alasan



Bila je makan ubat?


Missha memang tak makan ubat selagi missha boleh tahan sakit tu. Err. Tak bagus? Memangla tak bgus. Tapi, kesusahan nak telan ubat tu membuatkan missha pilih untuk biarkan ubat tu tidak berusik unless kalau dah tak tahan sakit sangat. Alhamdulillah, missha jarang kenan demam teruk. Last makan ubat-ubatan untuk demam ni masa form 3 kot. Entahlah, dah tak ingat sebab lama sangt dah. Ni pula, ayat umi missha bila tahu yang missha tak makan ubat, "Belalah sakit tu. Lepastu, jangan nak mengadu" . Hee..tapi umi cakap je. Kalau mengadu , umi dengar je. Hehe.



Conclusionnya, apa sebab sebenar tak makan ubat?


Sebab ubat pahit, dan mengalami sindrom susah nak telan ubat walaupun saiz dia kecik. Er,.Haha... *haish.malu kat adik-adik, dah besaq tagun pun tak boleh telan ubat*. Hee :)



Sekian sahaja temuramah bersama beliau. Sekarang beliau sedang mengalami kenaikan suhu badan a.k.a demam yang tak teruk . Dah 2 hari katanya, tapi tak makan ubat. Alasannya, dia masih boleh bangun dan berjalan serta melompat.  Dia juga kata "Takpa, it's a gift from Allah. Alhamdulillah. :) "


note: Hasil temuramah diri sendiri. Hahahah. Jangan muntah (sengaja) , Nanti batal puasa. :)


doktor ubat hati yang sakit



Ramadhan: Ibadah Sebulan atau Berterusan?

Assalamualaikum.

Bismillah.


Berkat syaitan dirantai,
Ramai manusia berwajah iman,


Secara tiba-tiba,
Ibadah digandakan,
Qiamullail didirikan,
Yang lagha ditinggalkan,
Raqib sibuk memenuhkan buku catatan,


Tidak mengapa,
Tidak ada salahnya,
Jika perkara yang dinyatakan.
Tiba-tiba dilakukan.


Namun,
Jangan secara tiba-tiba.
Bila dah habis puasa,
Solat ditinggalkan,
Al-Quran dilupakan,
Aurat didedahkan,
Yang lagha dilakukan.



Adakah mahu tunggu Ramadhan akan datang,
Baru nak ingat Tuhan?
Nak buat kebaikan?
Nak tinggalkan segala yang dilarang?



TUNGGULAH.
Jika yakin kita masih hidup Ramadhan akan datang,


TERUSKAN MENUNGGU,
Jika yakin ibadah bulan satu bulan (Ramadhan),
Dapat menebus kealpaan,
Melupakan- Nya selama sebelas bulan..


ramadhan

Yakinkah?
Yang kita masih akan bertemu Ramadhan,
Sedangkan,
Kita belum tentu bertemu hari esok.

Ramadhan: dapat Semput atau Output?

Assalamualaikum.

Bismillah.



**************************


"Bila sebut Ramadhan ape yang kau akan pikir?"

"Puasa? Err...bazar, Lepas tu raya.?"

"Selama ni aku pun fikir macam tu."

"Dah tu apa masalahnya?"

"Kau tahu dalam bulan Ramadhan Al-Quran diturunkan?

*********************************


Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.

(Surah Al-Baqarah : 185 )


*********************


"Walau dah 25 tahun, aku hidup, and dah banyak kali jumpa ramadhan, aku rasa ni macam Ramadhan yang pertama,"

"Kenapa?"

"Sebab aku baru faham dan rasa apa itu bulan Ramadhan dan puasa dalam erti kata yang sebenarnya"



********************************************


“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”


(Surah Al-Baqarah: 183)




******************************

"Aku selalu dengar orang sebut taqwa. Dan aku tahu taqwa itu output puasa. Tapi,,..."

"Tapi apa?"

"Aku tak pernah tahu taqwa tu apa"

***************************

Takwa ialah sikap berhati-hati dan mencegah diri dari melanggar hukum Allah, hasil kesedaran yang tinggi terhadap pemerhatian Allah.

Orang yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin

****************

May Allah bless us :) Insya Allah. 




Ubay bin Ka’ab bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? 
Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” 
Umar menjawab; “Pernah!” 
Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?”
 Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” 
Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”



Lawan bukan layan

Assalamualaikum.


In this post,

Ramadhan : Feeling and filling.[link]

I wrote:

Control your nafsu,
Dont let it control you.

Related to this,
Here is a bedtime story, for us, to read and heed. :)

Kalau dah pernah baca, skroll sampai kotak komen :)
Err..lepastu komenla..hehe :)


***********************************************

Seorang guru membawa anak muridnya bermusafir mendaki bukit dan mereka membawa 2 ekor keldai bersama. Tetapi, guru sufi tersebut tidak membenarkan anak muridnya menunggang keldai itu. Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.

"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"

"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"

"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"

"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu.



Dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil  mendaki bukit. Dia keletihan. Tetapi guru sufi itu sebaliknya. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu hampir pengsan. Setelah merawat anak muridnya, guru sufi itu pun berkata,

"Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud tuan?"

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan rosak. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."





Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"

"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya mendaki bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Oh, maknanya orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


*****************************************


Nafsu itu dilawan, bukan dilayan.



note: another story related to riding donkey. [link]
err..entah kenape hari ni mood story-telling.


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.