Rehat (?)

Assalamualaikum :)



"Kita berehat bila kaki melangkah masuk ke dalam syurga."


Ayat macam cliche.

Ayat biasa, takde bunga-bunga.

Bila baca, macam tak rasa apa-apa.  

Hanya macam angin lalu je.

Tapi penuh makna sebenarnya.

Dan maknanya mngkin berbeza, brgantung pada pandangan kita.



Hidup ini untuk kita terus berusaha. Bukan sekadar suka-suka, namun tak bermaksud kita tak boleh menikmati apa yang ada.

Cuma,

Hidup ini sementara.

Kita sekarang sedang bekerja.

Bekerja untuk berehat di sana. :D



Ayuh! Terus bekerja.

Merungut? Susah? Putus asa?

Sabarlah, ganjaran menanti di sana :D


#selfreflection




Salah dengar.



Assalamualaikum.


Rasa macam 'sengal', rasa macam sgan, rasa macam blushing,,



Bila ada somebody tanya..



"HOW DO YOU END YOUR BRUSHING? " *gosok gigi*




tapi ,,

apa yang kita dengar,,



"HOW DO YOU ENJOY BRUSHING?"





Dan dengan yakinnya  kita jawab..


TENGOK CERMIN =.='





Jawapan random. Malu. Tersangat malu.





Enjoy ke bila tengok cermin???? Errr...


note: Jawapan yang dimahukan ialah berus lidah..huhu



Timeline

Assalamualaikum :)


Hari nak buat timeline sikit. Eh, bukan timeline facebook tu. Kalau timeline facebook tu, memang semua orang dah ada dan ia menyemakkan. Err,.. Ini timeline arnab je sebenarnya.




Mac 2012:


Arnab hitam dan putih dibeli.


7/7/2012:

Subuh. Bunyi bising kedengaran dari sangkar. Rupa-rupanya Hitam telah beranak tapi cuma seekor. Dan anak itu telah pun mati ketika kewujudannya disedari. Kami supek, anak arnab tu lemas, sebab ada tanda kebiru-biruan. Masa tu, tak expect pun Hitam tu bunting, dan yang menambah kemusykilan, kenapa janya seekor? Bukankah arnab sepatutnya beranak banyak? Maka kami buat konklusi sendiri. Mungkin arnab tu 'berlatih' melahirkan anak. <-----teori dari amatur.


11/7/2012

Arnab terlepas dari sangkar.

Kisah ini telah diabadikan di sini dan sini.


8/8/2012:

7.00 a.m: kelihatan bulu Hitam telah gugur.. Mengikut teori, kalau bulu arnab betina gugur, itu petanda yang dia akan beranak dan arnab tersebut hendaklah diasingkan dari arnab jantan. Tapi,  kami tak asingkan pun sebab kami buat teori sendiri.




"Kan arnab tu dah beranak masa bulan lepas. Takkanlah dalam masa sebulan dia nak beranak yang lain. Mungkin anak yang lahir tu tak cukup bulan.Sepatutnya arnab akan beranak kalau bulu dia gugur Tapi hari tu, bulu dia tak gugur pun. Mungkin anak dia sepatutnya lahir hari ni." ------- ini teori kami :D haha



Sambungan kisah di entri Kelahiran.


Teori sebenar: Bulu arnab itu bukan gugur, tapi arnab tu yang cabut. kegunaan bulu yang dicabut adalah untuk menyelimutkan anaknya yang baru lahir kerana anak arnab lahir tanpa bulu. Boleh google gambar anak arnab baru lahir kalau nak tengok.



9/8/2012:



3.00 p.m : Mengemas sangkar. Kelihatan jasad anak arnab yang telalu kecil dan kurus di sebalik timbunan bulu yang jatuh. Rupanya, kalau dijumlahkan, ada 7 ekor yang lahir semalam.



10/8/2012:


Seekor anak arnab berolek keluar dari sangkar dan luka di perut. Jadi nurse sekejap hari ni. :)


(Anak arnab ni sihat dan diberi nama messi. Paling gemuk antara semua. Hehe. )



11/8/2012:


Telinga anak arnab dah mula menegak. Tapi mata masih belum terbuka.



28/8/2012:


Hari ni buat photoshoot. Tapi sebelum photoshoot, semua anak arnab terlepas dari sangkar. Haha. Maka, missha pun berlari berkejaran menangkap mereka, namun seekor pun tak berjaya ditangkap. Usaha diteruskan sehingglah mata ini menangkap sesuatu. Si comel neymar telah jatuh ke dalam longkang depan rumah. Lalu, uncle depan rumah dipanggil untuk membantu mengangkat besi longkang sekaligus menyelamatkan si comel neymar.  Anak-anak arnab yang lain pula dimasukkan dalam sangkar oleh adik comel, jiran sebelah rumah.  Photoshoot diteruskan dalam keadaan neymar yang basah.


Gambar di entri Photoshoot.


9/9/2012

7.00 a.m 1 message received. Dari umi. Katanya, Hitam beranak lagi 5 ekor Err.. sungguh musykil . Kenapa begitu sekejap jarak masanya? Sedangkan Hitam dan Putih hanya diletakkan bersama pada awal bulan 9 baru-baru ini. unexplainable.<---- word baru. :)


Semua tarikh anak arnab lahir semua cun-cun :)


11/9/2012

Dapat berita yang anak arnab 5 ekor yang baru lahir semua mati. 2 dimakan kucing, 1 mati sebab tak pandai menyusu, 2 lagi mati kena pijak. :'(



15/9/2012


Dapat 2 arnab baru jenis argus. Pernah dengar arnab jenis argus?  So comelll.  Kali ni nama diorang bukan lagi nama pemain bola. Nama mereka Alvin and Brittany. :) *nanti missha upload gambar*


26/10/2012

Perkembangan





note: diri sendiri pun takde timeline yang diabadikan sedetail ni. haha









Bebas

Assalamualaikum. :)


Bila dah lama tak menaip, mulalah rasa macam blur tahap kelapan. Valid lagi tak kalau nak buat entri pasal kemerdekaan? Haha. Sebenarnya, ada something yang nak di share masa 31 ogos yang lepas, tapi, hajat tak kesampaian kerana kekangan dan halangan. Maka, silalah terima entri ini seadanya walau sudah di bulan sembilan. :) Walau dah ketinggalan zaman dah rasanya. Haha :D




Dulu, 
Saya  ada kucing,
Saya kurung kucing saya dalam sangkar,
Lepas tu, saya bagi kucing saya makan roti..
Tiap-tiap hari,
Kalau dia tak nak, saya paksa dia makan,

Walaupun dia memberontak..



Sekarang,
Saya dah lepaskan kucing saya drpd sangkar,
Dia dah pun bebas, dah merdeka..

Tapi saya pelik, walau dia dah bebas,
Tapi dia tetap makan roti..
Walaupun ada orang offer ikan goreng,
Merdekakh kucing saya?





#copypaste.











1) Masa baca ni dulu, entah kenapa rasa macam tertarik. Sebab kata-katanya penuh maksud mungkin? 








2) Pendapat orang tentang kemerdekaan tu berbeza, bergantung kepada bagaimana mereka define kemerdekaan itu. 








3)Tapi, yang paling penting, syukur pada Nya atas kebebasan ini, dan doa pada Nya moga ia berkekalan. 








Merdeka itu bukan sekadar laungan dan bunga api.


Note: sila jangan gelak kerana entri yang terlewat ini..haha :D entri guna sistem nombor. Seminggu tak menaip, dah lupa apa itu penanda wacana..bhaha :D








Photoshoot


Assalamualaikum :)

Seperti dijanjikan, selesai sudah photoshoot ala kadar anak arnab berenam. Ingat nak ambik gambar satu-satu, tapi pent pulak nak mengejar dan mengadjust angle untuk mendpatkan shot terbaik. Hoho. Maka, cari yang paling bernas adalah dengan menangkap gambar enam ekor sekaligus. Senang citer.


Eh, sebelum tu, tengok la pasangan arnab merangkap parent ni dulu.


arnab jantan.


hitam tu betina. :)

Arnab jantan tu, kami panggil Putih, yang betina tu panggil Hitam. Nama ikut warna, senang :D Tapi bila sampai turn anak-anak dia, adik-adik missha pun cakap nak pilih nama. *my adiks tu tuan punye arnab* . I pun expect and saspek diorang akan pilih nama yang kiut dan sedap-sedap, memandangkan anak arnab tu tersangatlah comel. Sekali bila dia annouce nama................



Semua nama pemain bola T.T. Kusangkakan akan ada nama Comel ke, Bulat ke, Tompok ke, Comot ke, tapi jauh barbeque dari bara nampaknya.


Yang keluarnya nama ......



Messi, pemain bola barcelona, dah bosan dengar pasal  dia hari-hari, Google kalau nak tahu lebih lagi,




Cristiano Ronaldo pulak, sape yang tak kenal. Orang yang tak minat bola pun at least akan pernah dengar nama ni.




RVP yakni Robin Van Persie yang pernah mencuri hati, pemain arsenal yang kini telah menjadi milik Manchester United,




Eden Hazard, tak tahu sangat pun dia ni, tapi katanya pemain Chelsea.



Neymar, pemain Brazil, tak pernah tengok bersungguh pun dia main, tapi style rambut dia memang tak leh lupa. Ada jugak yang sanggup ikut style cenggitu. ish.


Xavi, lagi pemain Barcelona dan pemain Spain, juara Euro 2012.



Entah-entah zaman akan datang, ada pulak yang bagi nama Apple, Samsung, Lumia, Htc, Acer, Maklumlah, zaman dah maju.









Gambar last: nampak tak badan anak arnab tu basah? Untuk pengetahuan dia  jatuh longkang tadi.  Dia curi-curi keluar sangkar and pagar rumah, dan bedebush!


Lubang sangkar yang dia duduk pagi tadi tu besar, so muat la dia nak keluar. Huhu. I jugak yang jadi saksi kejadian dan superwoman  kejap. Err,,.. tapi mintak tolong sesorang jugak selamatkan. Hee :D Tak larat kot nak angkat besi longkang yang super berat tu.


Cukuplah pulak citer pasl arnab. Petang-petang cenggini elok pergi riadah. Bersenam sikit-sikit. Eceh :D



Sedangkan mereka ini beriadah lompat tali .....:D



Kita bila lagi? Hee :)



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.