My Sunshine.

Assalamualaikum :)



Seminggu dah berlalu, tinggal seminggu lagi cuti.

Menghabiskan masa kat rumah memang ohsem. Yes, sangatt ohsem.

Alhamdulillah.


ni baru betul home sweet home.

Flashback. Lepas habis SPM.


Suatu malam, ada kawan call.

Dia tanya, "Kau buat apa sekarang? Kerja ke?"

"Aku tanam anggur."



Lepas letak telefon, 


"Kak, kenapa tanam anggur?"



Sebelum sempat si kakak memberi jawapan yang bernas, abang kepada adik yang bertanya tu jawab,

"Tanam anggur tu sama la dengan mengganggur. Macam imbuhan. Contohnya,  perkataan lawan jadi melawan, masak jadi memasak  "



Then yang bertanya tu, tanya lagi, "Oh.. kat belakang rumah kita kan kita tanam pisang, kiranya sama la dengan memisang ea?"


Tepuk dahi. Geleng kepala.


ada lagi ke cerita ni sekrang?




Sekarang,

Adik-adik dah makin besar.


Oh, lupa nak bagi tahu. I'm the only daughter and the eldest. And I have three younger brothers. *ayat karangan.*


Eh, tak payah nak london sangat lah kan.


Sekarang, yang tinggal kat rumah dengan parents just yang bongsu. Dua lagi dah masuk asrama.


Ingatkan balik rumah hari tu, sekolah pun cuti dua minggu. Banyak la sikit masa nak lepak dengan adik-adik yang dah makin tinggi dari kakak mereka. Rupanya sekolah just cuti seminggu je.  Tapi bagus jugak, bila lagi nak buat muka bangga hantar diorang balik asrama sambil buat muka "i cuti lagi lama dari uolsssss". Haha.






Time cuti-cuti ni konon nak masak. Dan paling teringin nak makan kuey teow kungfu. *eh, macam mana eja kuey teow? makan kat kedai tak puas, so hajatnya nak buat sendiri.


Then, i ask my dad, because he is the best chef ever. Dia punya masakan memang ohsem. :D Dulu pernah nak makan nasi tomato bila balik dari asrama. Dan hari berikutnya, seperiuk nasi tomato beserta ayam masak merah dan acar siaapp. :)


Eh, melalut. Back to kuey teow kungfu tadi.




"Walid tahu tak macam mana nak buat kuey teow kung fu?"

"Kuey teow kungfu? Senang je."



"Serius?" Muka eksaited.




"Cara dia, masak kuey teow tu....."



Masa ni memng tak sabar sangat nak tahu. 



"......sambil berkungfu."




Hancur luluh perasaan. T.T  Tambah-tambah bila ada tukang gelak. Grr.. Jawapan tu mesti dipengaruhi TV sebab time CNY  banyak menyiarkan cerita kungfu.


Thats my dad and his way to 'mengusik' and bergurau dengan anak-anak dia.


Same goes to my umi. Cara buat lawak yang sama. Lawak dan nada yang mendatar. Huhu






My umi selalu suruh makan ulam yang memang terbukti baik utuk kesihatan,awet muda dan sebagainya, tapi biasalah, ulam memng bukan pilihan budak-budak sekarang. Keh..Kehh..Kiteorang makan ulam ni kalau buat kerabu je :D sedappp.




"Umi, ulam ni sedap ke? Rasa apa?"

"Dah nama pun ulam, rasa ulamla"



"Eee.. taknaklah makan. Pelik je."

"Pelik apanya, kambing pun makan sebab nak awet muda taw."



As usual, ada tukang gelak and tukang sokong. Tapi kali ni bukan my adik sebab adik pun tak makan ulam. Haha. My dad la yang tukang sokong tuu.




Maybe benda ni tak lawak kot kalau baca cerita, tapi bila u yang kena, u akan faham apa yang i cuba cerita. * dah kenapa nak ber u i bagaiii =.='



Sebelum lebih melalut dan ke laut yang lebih dalam.......



Till then :D



Family.. 
Where life begins,
And love never ends.






Metropolitan cat.

Assalamualaikum :)


One fine day,

Auntie na and nie were having a great conversation together until suddenly......



"Meow"

A cat came.

Close,

And closer.



Auntie na who is having cannot-touch-cat-syndrom yelling, "go away cat. GO!!!!!"


But the cat didn't go.


Again, "GO!!!!!!" And she also stamped her foot to the floor.



The cat run, shocked maybe.



"Hebat benar kucing key ill ni, cakap bi baru paham. Aku gak kalau nak halau kucing kt rumah, cakap 'pishh..pishhh' kucing dah lari."


That's it.
Well saying from auntie nie who live in kedah.



Sound sarcastic huh.


Yet true.


A True story,
About people nowadays.


Naa. ..enough with grammar mistakes for today. Till then :D




~~ Kata kucing : "I also have problems u olssss"~~






Err.. final exam tak habis lagi. =.=
posted from Bloggeroid

Buku itu. Memori ini.




Salam diberi, kiri dan kanan.

Tangan diangkat, berbicara dengan Nya.



Tenang. 

Dia bahagia ada memori ini.

Memori bersama Dia pada waktu sebegini.


Sejadah dilipat. Kopiah disimpan.


10.10 a.m


Headphone on. 

World off. 

Study time.

Senyuman terukir di bibirnya saat matanya jatuh pada buku hitam saat dia ingin mengambil nota kuliahnya.




Buku hitam itu menyebabkan resahnya pagi tadi hilang.


Buku hitam itu membuatkan dia ingat untuk bersyukur pada Tuhan.


Buku itu......


###################################################

Lirik So Big-Iyaz menyapa telinga. Dia merebahkan badan ke atas cadar bercorak abstrak, setelah sejak dari pagi berdating dengan Encik Guyton. Dating dengan kaum sejenis? Oh, semestinya tidak kerana 'En Guyton' merujuk kepada sebuah buku. Buku yang mega- tebal. Buku yang kilo-berat. Buku Medical Physiology. Dia resah. Banyak yang belum dibaca. Penat,menghadap buku yang tebalnya mencucuk jiwa. Matanya merenung kipas yang ligat berpusing. Dan kemudian pandangan dialih pada jam di dinding.


8.34 a.m

"Masih awal". getus hatinya.


*Grrrrt.*


Dia memegang perutnya yang baru mengeluarkan 'irama' seiring dentuman rentak Glad You Came- The Wanted yang menyapa telinganya.


Baru dia ingat, sejak dari pagi, perut masih belum diisi. Tipikal student medic, kalau dah study, lupa sekejap tentang diri sendiri.


Dia bangun. Tangannya laju mencapai sweater, wallet dan kunci motor.


"Pekena nasi lemak sambal kerang cun jugak".


Gerai Mak Cik Siti menjadi destinasi.


*****************

Kunci motor yang dilambung disambut. Lambung lagi. Sambut. Sambil mulut riang menyanyi-  I Lay My Love On You~Westlife. Lagak orang kenyang baru balik sarapan.

Nyanyian terhenti tatkala mata terpandang satu objek saat kaki sampai di rumah 4-15 blok D.


"Kotak apa ni?"  Hairan,


Kotak yang berbalut cantik di hadapan pintu diangkat dan dibelek-belek. Pelik.

"Eh, ada nama aku?"

Double pelik.

Laju langkahnya diatur ke bilik. Tak sabar mengetahui isi kotak cantik.


************************


Buku berkulit tebal dikeluarkan dari kotak cantik. Atas permaidani lembut berwarna hijau, dia melunjurkan kaki. Laju tangannya membelek buku berkulit hitam itu, atau lebih tepat lagi, diari berkulit hitam. Ya, sebuah Diari Hitam.





"Muka surat first letak doa bangun tidur? Pelik. Bukan ke orang selalu letak biodata? Tak pun orang tulis maklmat diri. Ataupun terus start tulis diari ~~ first diari yang tipikal macam first entri dalam blog." Bebelan dalam hati dan kerutan di dahi, jelas menunjukkan dia tak puas hati.


Matanya kemudian beralih pada caption di bawah doa tersebut.


Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikumpulkan.


Ku letakkan doa dan coretkan kata di muka surat pertama,Agar aku tidak lupa,Mengucapkan syukur pada-Nya,Atas nikmat aku dihidupkan semula.


Andai aku terlupa,Moga muka surat ini mengingatkan aku yang alpa,


Ingin aku sertakan juga,Kata-kata ustaz yang menusuk jiwa,"Selesai doa solat subuh, biasakan juga baca doa bangun tidur ketika berdoa,Moga apabila kita lupa, kebiasaan itu akan mengingatkan kita."


Dan andai kata,Masih lupa juga,Sertakanlah doa itu usai solat sunat dhuha,Jangan jadi hamba yang lupa bersyukur pada-Nya.


Eh.. solat sunat dhuha?






Dia tutup buku itu.  Solat sunat dhuha?


Terasa gambar smiley yang disertakan itu seperti mengejek dirinya.


Jujur. Dia tidak ingat kali terakhir di melakukannya. Dan dia juga tidak ingat bila kali terakhir dia baca doa setelah dihidupkan semula.


Dan dia benci dia tiada memori tentang itu. Dia bingkas bangun dari permaidani lembut. Buku hitam itu disusun di atas rak bersama buku-buku yang lain.


Kedua-dua jarum di muka jam menunjukkan nombor 10.


Wudu'.

Sejadah biru.

Kopiah kelabu.



And the rest is history.


#######################

note: tanya pndapat :D tulisan dalam diari hitam tu better buat warna lain or dah okay dah buat tulisan jenis lain walaupun sama warna?


Betapa aku terlupa.



Assalamualaikum.


Dari diari curi:



"Okay, ana gerak dulu" Tangan sahabatnya digenggam.

"Uhibbukafillah." ucapan indah  setiap kali perpisahan.

"Ada masa kita pergi sama-sama lagi bulatan gembira"  Sahabatnya angguk, mengiakan.




Dia masuk dalam LRT.

"Ada tempat kosongla. Tepi sekali pulak tu."



Dia duduk. Beg yang disandang di bawa ke depan.Cap yang sebelumnya terletak elok di kepala,  diletakkan di tepi beg.  Bersandar. Pejam mata. Teringat bulatan gembira tadi.


Tajuk akhlak.




"Skop akhlak ada 3. Berakhlak dengan Allah, adab terhadap manusia dan adab terhadap bukan manusia."



"Contoh akhlak terhadap Allah, kita beriman pada Nya, sentiasa bertaubat dan mencari redha Nya. Akhlak terhadap manusia pula, kita boleh pecahkan dalam beberapa cabang. Pertama, akhlak terhadap rasulullah ya'ni berselawat dan menghidupkan sunnah baginda. Kemudian, adab terhadap ibu bapa, guru dan jiran dan sesama manusia itu sendiri. Akhlak terhadap bukan manusia pula, contohnya adab terhadap malaikat. walaupun berseorangan, kemaluan hendaklah ditutup kerana malaikat sentiasa ada bersama kita. Hm..adik-adik ada yang nak kongsi contoh? "





Ramai yang bagi idea. Diselangi gurau senda. Bahagia. Saat indah dalam bulatan gembira.




"Next station, Masjid Jamek"

Lamunan terhenti serentak dengan berhentinya LRT.





Pintu LRT terbuka.


Ramai yang masuk termasuklah seorang pakcik cina yang tua . Pakcik itu cuba mencari tempat duduk, namun hampa. Tiada lagi tempat, penuh. Kehampaan dan mungkin keletihan, pakcik itu berdiri di satu sudut, sambil tangannya memegang tiang.




Dia nampak pakcik tu, tapi...hatinya hanya mampu bermonolog.


"Nak bangun ke tak eh? Kesian pakcik tu. Kalau bangun , segan pulak. Nanti ada yang kata nak tunjuk baik." Badannya ditegakkan, brsedia untuk bangun bila-bila masa.



"Ala, bangun jelah. Allah tahu apa niat kau." Sisi baiknya cuba berbicara.


"Tapi seganla... "






Hatinya terus bermonolog,,,  sehingga.........


"Next station, Dang Wangi"


LRT berhenti, dan pakcik itu sudah sampai di destinasi. Orang yang duduk di kanannya turut bangun.






"Fuh lega.... tak payah rasa bersalah da." Badannya kembali disandarkan.

LRT bergerak,  meninggalkan stesen Dang Wangi.








Dan tempat duduk di sebelah kanannya tidak lagi kosong.


Short pants, Headphone, Style rambut yang... errrrr...tak tahu nak kata dah macam apa, Yang pasti rambutnya bukan lagi hitam.


"Pergh mamat sebelah ni. Hidup macam takde hala tuju. Rambut dah la kaler. Baju dah la tak kena. Serabai je gaya.  Dengar lagu  yang entah hape-hape."  Hati kecil dia berkata, menghakimi orang di sebelahnya.






Dia terus menghakimi sehingga LRT berhenti. Matanya mencari signboard..


"Oh, baru KLCC"






Pintu terbuka. Ramai yang keluar, ramai juga yang masuk......

Dan kali ini, antara penumpang yang baru masuk ialah seorang mak cik.

Seperti deja vu, semua tempat penuh.





"Ah sudalah.. nak bangun ke tak ni?" Hati dia kembali bermonolog.  Badannya kembali ditegakkan.

Sedang dia berkira-kira.....





"Makcik, jemput"


Telinganya menangkap suara.

Dia mengangkat kepala.

Mencari siapakah yang berkata-kata.





ZZAAAssss..

Sentap. Darah menyerbu ke muka.

Makcik itu kini duduk di sebelahnya.





Malu pada diri sendiri. Tadi dia sibuk menghakimi. Sekarang apa dah jadi?

Dia cuba tenangkan diri, untuk tidak memikirkan hal yang terjadi.

Matanya cuba dipejamkan kembali, konon cuba mencari ketenangan diri.

Fikirannya terbang mencari memori bulatan gembira tadi.





"Tahu tak apa Imam Al-Ghazali cakap tentang akhlak? Imam Al ghazali  kata, akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu"




Mata dibuka.

Terasa bersalah di jiwa.

Allah.  Betapa dirinya terlupa.

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah.

Sia-sia.

Dan,

Siapa dia untuk menghakimi manusia lain yang juga makhluk - Nya?



"Ampunkan aku, Ya Allah" Tangannya diraup ke muka.




Wallahua'lam.





Garis Mati.

Assalamualaikum :)



Straight to the point terus, takde pendahuluan. *konon jimat masa.*



Sangat busy sekarang :D Kalau orang lain, sibuk nak final, missha pulak sibuk mengejar'garis mati' (baca deadline) esaimen yang tak pernah surut. Final exam hujung bulan satu nanti. Masa tu orang lain elok dah berjimba kat rumah. =.='  Then, cuti 2 minggu, lepas tu sem baru . Sungguh tak aci bila orang lain + student medik cuti sebulan. Tapii takpe,, berkorban . :D Ehem. *think positive*



Kerja carving dah nak kena hantar. Even tak siap perfecto de amor lagi, tapi dah rasa tak lalu nak hadap. =.=' . Sungguh rasa nak gigit je wax tu. *hiperbola*. Btw,  terima kasih kepada rakan-rakan atas bantuan dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua kerana dapat menyiapkan. :)



Inilah hasilnya.

Sebelum:





Selepas:






Kalau nak ikutkan, gigi-gigi ni masih ada bubble and masih tak berkilat. Mohon pejam mata kalau buruk. Haha.



Untuk Sem1 ni,  missha kena ambil 12 subjek- wajib untuk dental first year. Tiada pilihan atau kompromi. 3 subjek dah habis silibus. 4 dah tinggal sikit-sikit je *tapi still ada exam and esaimen*. Selebihnya memng superb. Ada presentation, tutorial, seminar, esaimen.  Tapi takpe. :D  Keep smiling ..lalalalalala.





Lastly,, mohon tolong doakan :D






Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.