Assalamualaikum.
Biasanya,
Hanya perempuan sahaja,
Yang buat coretan hati or diari.
Macam
budak ini, <--klik
Err..
Tapi tak salah rasanya,
Kalau aku yang lelaki ni,
Nak join sekaki.
Sejujurnya,
Sebelum titik perubahan berlaku,
Aku yang baru,
280% tak sama dengan aku yang dahulu,
Serius jauh beza macam paus dengan kutu.
Dulu,
Solat 5 waktu,
Jarang sangat nak cukup semua,
Kalau ada masa,
Baru ingat nak hadap DIA,
Tu pun solat dekat nak habis masa.
Kalau travel lagila tak payah kata,
Solat entah ke mana,
Buat masjid macam tak ada.
Kalau dulu,
Masa sukan, main bola contohnya,
Aci taram je pakai apa-apa,
Janji bergaya <------kononnya.
Sampai satu masa,
Ada senior tanya,
"Selesa ke kau pakai macam ni?"
"Apa pulak tak selesa. Seluar pendek tak panas, senang nak bergerak. Pakai seluar pendek masa main lagi bgus dan efisien"
"Oh macam tu. Hm.. kau tahu cara nak buat kapal terbang?"
"Mestilah tak. Aku ni asas pasal dia pun tak de. Kau tanyela orang yang buat kapal terbang. Dorang mesti lagi tahu."
"Ooo..dah tu mana kau tahu seluar pendek tu lagi baik?"
Hati sentak buat seketika,
Benar,
Allah yang menciptakan manusia,
Pastinya Dia lebih arif tentang makhluknya,
Dah tu,
Siapa kita untuk mempersoalkannya?
Kalau time ramadhan,
Puasa memang cukup sebulan,
Tak macam perempuan,
Lelaki kan tak ada pengecualian,
Gastrik pun tak da dalam badan,
Namun,
Puasa hanya lapar dan dahaga,
Solat memang tak jaga,
Sahur pulak boleh kira dengan jari je,
Yela,
Kalau dah bangun time matahari dah terpacak kat kepala,
Memang tak sempat la nak buat semua,
Tapi,
Waktu buka,
Orang pertama yang ada kat meja.
Tapi itu semua dulu,
Sebelum satu peristiwa belaku,
Berlakunya titik perubahan,
Saat kereta rosak kat tengah jalan,
Dan ada seorang pak cik datang hulur bantuan,
Disebabkan yang ada hanya bulan,
Matahari dah lama terbenam,
Beliau ajak bermalam,
Dan,,
Saat jam hampir menunjukkan pukul 9 malam,
Aku ditolak ke depan untuk menjadi imam.
~Imam solat Isyak~
Masa tu,
Aku kaku,
Lidah kelu,
Malu,
Tapi buat apa nak menipu,
Baik mengaku,
Dari buat alasan merapu.
Dan sejak itu,
Aku bukan aku yang dulu.
End.
pssstt..ada sape2 nk claim diari dia kna curi..laalala :)