Mengawal perasaan marah

Assalamualaikum :)

Marah itu biasa,
Selalu berlaku pada kita,
Setiap orang tak lepas dari mengalaminya,
Namun yang berbeza,
Cara kita mengawalnya,
Kerana,
Andai tidak tahu cara,
Merana akhirnya.





Bila marah,
Berdiamlah,
Usah berkata-kata,
Kerana,
Kata-kata ketika marah,
Hanya mengundang padah.



Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. 
(Hadis riwayat Imam Ahmad).


Andai marah ketika berdiri,
Duduklah,
Jika kemarahan masih tak pergi,
Baringlah,
Moga marahmu reda.




Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.
(Hadis riwayat Abu Daud)



Marah itu api,
Wudhuk itu air,
Terkena air padamlah api,
Dengan wudhuk, Insya Allah marahmu berakhir.



Sumber


Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.
(HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)



***************************************************

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Untuk mengubah anaknya, ayahnya menyarankan,"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita  ini,  bagi melepaskan kemarahan mu" 


Selepas itu, setiap kali pemuda itu marah, dia akan mengetuk paku itu di tembok di hadapan rumahnya, sehinggalah pada suatu hari,pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.



Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu  satu  persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.  Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku  tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada  bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau  telah  melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika  marah,  ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.



Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?



****************************



Mahukah menyesal di kemudian hari,
Andai tak mengawal marah hari ini.



Kita punya pilihan,
Sama ada mengetuk paku di dinding dan mencabutnya,
Atau mencuba agar dinding itu seperti sediakala,
Tanpa cacat cela.




(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)





Dia menjanjikan cinta Nya sebagai ganjaran,
Adakah kita merebutnya atau hanya melepaskan?



Maaf jika hatimu disakiti,
Kerana insan  ini. :')

note:
Dah tak lama nak Ramadhan. :)




cred pic:google

Show Comments: OR

11 comments:

  1. kalau aku, simen jer balik. haha. gurau

    ReplyDelete
  2. panas baran pn kategori yg same.. menakutkn if jumpe org2 mcm ni.. kdg2 terpakse jage hati mereka smpai kite sndiri mkn hati..

    ReplyDelete
  3. aida suka entry missha yg nie.. betul2 bila marah mulut kita mudah keluarkan ayat2 yg kurang sopan kan.. tapi lepas marah kita tetiba rasa malu dengan apa yg kita buat.. selalu kalau aida marah aida akan cepat2 bla dari situ. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..sebab bila kita marah, kita tak sedar kita cakap ape kan. hee :)

      Delete
  4. nice one! I like!!!! Thanks for sharing tau :)

    ReplyDelete
  5. haha nk tergelak tgk pic angry bird tu..haha. nice sharing sbg pengingat utk diri sendiri :P

    ReplyDelete
  6. marah ngan geram tu same tak? aku jarang marah tapi geram tu selalu gak.. =P cane leh sesat angry bird kat bawah tu.. ish ish

    ReplyDelete
  7. banyak info ! seronok baca.

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.