Rentetan persahabatan


Rentetan peristiwa dalam kehidupan tentang persahabatan :)



Perjalanan hidup kita pasti ditemani insan bergelar kawan,
Sahabat ataupun Teman,
Di setiap perhentian kehidupan,
Beribu Teman yang hadir menceriakan,
Tika hidup dilanda dugaan,
Mereka bersama mengharungi kepayahan,


Kisah bermula
Tika dua tapak tangan bertemu,
Menghulur ukhuwah,


"Nama ana, Atikah."
"Najihah"
Dua senyuman berbalas.
Langkah diatur bersama,
Menara gading harus didaki,
Banyak ilmu yang harus ditimba.
"Moga kita sama-sama berjaya"


Hari berlalu,
Masa pantas meninggalkan manusia,
Namun ukhuwah itu tetap erat,
Tidak ditelan masa,
Kerana ukhuwah itu,
Bukan bergantung pada tempoh perkenalan,
Bukan terletak pada kecantikan,
Atau banyak mana cerita yang telah dikongsikan,
Tapi ukhuwah itu,
ialah Hati dan Jiwa yang terikat dengan ikatan Aqidah.
~Imam Hassan Al-Banna~


"Hari ni banyak betul kuliah ana sampai tak sempat makan pun"
"Nah. Makanlah biskut ni. Buat alas perut. Ana dah makan tadi"
"Syukran. Ni yang ana sayang lebih ni. hehe."
"Mari ana suap. Tengok gaya dah macam tak larat nak angkat tangan"


Sesungguhnya selemah-lemah ukhuwah itu adalah berlapang dada,
Dan setinggi-tinggi ukuwah itu adalah ithar (melebihkan orang lain)


"Enti, ana baru dapat call penting tadi."
"Dari siapa?"
"Kampung. Ummi ana meninggal. Accident"
Dua sahabat berbalas pelukan.
Mutiara berguguran,
Dari dua pasang mata.
"Sabarlah. Ana ada dengan anta. Nak ana teman balik kampung?"


Allah Taala mentarbiah kita dengan ujian,
Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan segala kesulitan.


"Result ana tak berapa okaylah"


"Jangan cakap macam tu. Allah knows best.
Mungkin kita rasa result bagus itu terbaik,
Tapi siapa kita untuk menentukan?
Kerana kita ini Hamba-Nya.
Dan Dia itu Pencipta.
Apa yang kita perlu adalah Usaha,
Dan bertawakkal padanya."


Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah,
Mendengar katanya, menambahkan Ilmu,
Melihat gerak gerinya meniggikan rasa takut kepada Allah
Berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah.


Bila tiba saat ucap selamat tinggal,
Terasa baru semalam bersua,
Hati kita telah lama menyatu,
Dalam tali ukhuwah ini,
Pegang erat tangan buat terakhir kali,
Hapus air mata meski kita kan terpisah.
"Selamat jalan teman, tetaplah berjuang"


Ukhuwah itu tidak mengenal, pangkat atau harta,
Tidak mengira siapa kita,
Kerana kita semua bersaudara,
Dan denyutan nadi kita sama.


Dalam ukhuwah tiada ungkapan perpisahan,
Walaupun ajal menjadi noktah,
Kerana seorang sahabat itu sentiasa hidup,
Dan istimewa dalam doa sahabatnya.


Bertemu usah jemu,
Berpisah usah gelisah.
Ukhuwah till Jannah,
Insya Allah. :)

Sumber: google

Show Comments: OR

11 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.