Yang mana satu hati kita?


Assalamualaikum :)


Nak tahu mana satu hati kita? Jom cuba ini.

*entri ini dimulakan dengan sesi ala-ala rancangan memasak.

Bahan-bahan.
*Tiba-tiba rasa tak perlu mention*

Steps: 

Mula-mula, didihkan 3 periuk air kosong.

Setelah mendidih..masukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli dalam periuk yang berasingan.Biarkan seketika. 

Kemudian, keluarkan lobak merah dan telur dan letak dalam mangkuk., periuk yang diisi kopi pun hendaklah dituang ke dalam mangkuk..

Okay. sesi masak memasak dah setel :)

Iklan: ada gaya chef tak?

So, apa yang kita nampak dalam mangkuk?

Mestilah lobak, telur dan kopi kan?

Apa kata kita pegang lobak tu?
Lembik..betul tak?

Then, cuba kupas kulit telur tu,..dan tengok isinya.
Keras kan?

Sekarang,,cuba hidu dan rasa kopi tu..
Wangi ...! Aroma dan rasa kopi..huh..memg sedap...

Okayy. Apa sebenarnya semua ni? Masterchef?

Observation:
Lobak merah pada mulanya keras..tetapi setelah dimasukkan ke dalam air mndidih..ia mnjadi lembik..

Telur sebelum diimasukkan ke dalam air ..kulitnya yang rapuh melindungi isinya yang lembut, tetapi selepas itu..isi telur menjadi beku dan keras berbanding sebelumnya..

Macam mana pula dengan serbuk kopi?

Haa..Serbuk kopi ni dia lain sikit.
Sebelum dikisar mnjadi serbuk, ia sangat keras.Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air. Sifat pepejal luarannya hilang. Ia larut seolah-olah mngalah dengan air panas. Namun ia berjaya mengubah warna, rasa dan bau air yang mendidih. Walaupun ia larut, jati diri kopi tidak berubah bahkan air jernih telah menjadi air kopi!!

so..

MANA SATU HATI KITA???
Sumber gambar. Artist: Kenal Louis


Explanation:

 Adakah kita sepeti lobak merah yang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila dilanda cabaran??









atau..



Seperti telur yang bermula dengan memiliki hati yang lembut menjadi keras hati apabila menghadapi cabaran??

Luarannya seperti tidak berubah tetapi dalamannya seperti keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas...





atau..




Adakah kita seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jati diri walaupun dikisar dan dimasukkan dalam air mndidih shingga hilang sifat luarannya. Cabaran yang dihadapi tak mengubah jati diri. Kepasrahannya menerima apa jua yang datang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah..






Conclusion:
Renungkanlah. Yang mana satu hati kita? :)


(artikel ni missha baca dalam majalh ANIS Ogos 2010.dah lame kan?  untuk masukkan dalam blog. missha dah edit-edit sikit ..hehe ^^ ) 
credit pic: google
Show Comments: OR

6 comments:

  1. hehe nice one =) teringin nk jd cofee completely, walopon itam...kehkehh... tak pasti hati ni yg mne sgt sbb dia berubah2...=p

    ReplyDelete
  2. hati kita ttp dalam badan kita..hehe,just kidding

    ReplyDelete
  3. perumpamaan yg bagus sgt..hrp2 biar la hati seperti kopi..kaw kaw lg hehe ;)

    ReplyDelete
  4. nak jadi nescafe bole? sedap sikit. eh. *peace*

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.