Masa untuk nilai diri sendiri




Ini perenggan pertama,
Masa ni masih tak tau nak letak tajuk apa.
*Takpelah, Biar missha taip dulu isinya,
Tajuk belakang kira.


Kat sini missha saja nak tanya,
Readers semua ni blogger ke?
Ada Facebook dan Twitter?


Kalau anda facebooker,
Cuba cek status anda,
Dari yang paling baru sampai yang paling lama,
Bagaimana 'status' status anda?


Baik?
Buruk?
Berguna?
Menyakitkan hati orang lain?
Nilailah sendiri.


Anda Twitterer? *abaikan kesalahan grammar
Apa yang anda tweet?
Membebel tak tentu hala?
Mengumpat tak ingat dunia?
Penggunaan bahasa yang bagaimana yang anda guna?
Sopan?
Kesat?
Sekali lagi, nilai sendiri.


Anda blogger?
Apa isi blog anda?
Baikkah?
Berguna?
Mengajak orang mengikuti perintah-Nya atau larangan-Nya?
Sama-samalah kita renungkan.


Baik atau buruk sesuatu itu,
Bergantung pada kita untuk menggunakannya.
Kita manusia.
Akal telah dikurnia oleh-Nya.


Dan semoga kita tak lupa,
Di kala jari sibuk menaip,
Menulis apa yang terlintas di hati,
Ada dua 'penulis setia' di kanan dan kiri kita.
Agaknya yang mana sibuk mencatat amalan kita?


Sesungguhnya,
Diri ini pun masih belajar.
Semoga kita semua bukan setakat,
Blogger yang berdakwah, tapi daie yang berblogging. :) *ada beza di sini.


Sebab walau 
di mana pun kita berada
Dia tetap Tuhan kita :) <----klik :)


Sumber gambar: google



Show Comments: OR

4 comments:

  1. nasihat yang berguna.. same2 berubah menjadi lebih baik selepas ini.. amin.. (tapi bagi aku macam susah je.. T_T)

    ReplyDelete
  2. nak komen tapi tak tahu nak komen ape.

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.