Review Ringkas (?)


Assalamualaikum.


Review ringkas 2013.


Ehem... pertama sekali haruslah kita cerita pasal gigi. Sebab? Gigi sebahagian dari hidup dan memang itu yang dihadap hari-hari =.= Naik tahun dua silibus dia makin dasyat dan subjek paling lejen adalah operative technique sebab dia ada 13 credits serta menguji skill, mental, fizikal dan tahap kesabaran. Dalam subjek ni segala yang melibatkan praktikal akan diajar contohnya nak tampal gigi. 


Ada dalam lebih kurang 12 task yang kena buat dan setiap task ada 3-4 steps yang perlu dicompletekan. Setiap step pulak ada requirement yang kena ikut. Habis satu step, dapatkan tandatangan dan lepas tu baru boleh teruskan dengan step lain. Kalau tertinggal satu step atau terlupa nak tunjuk dan dapatkan tandatangan untuk step sebelumnya, kena buat semula atau dapat tanda soal.


Mula-mula kena kumpul gigi. Siap classify baqq hanggg. Sampai tercabut sticker.

Lepas tu susun sampai jadi satu set.


Pandangan depan. Say cheeseee. Ish.. comot.

Dalam lab ni, standard la kalau kena marah, stress, kena re-do, rasa mcam mata masuk habuk dan segala macam rasa lagi. Tapi kita kena hadapi dengan tabah walaupun rasa macam nak lari tak cukup tanah. *kalau boleh*. Tapi sebenarnya, seronok buat benda ni. Masa ni lah nak praktis betul-betul sebenarnya. Masa ni lah nak praktis sabar. Masa ni lah nak tahu siapa kawan yang betul-betul kawan.


Kawan dalam practical lab. Sampai sekarang takda nama. haha. (gmbar google)

Say aaaaaaaaaa... (pun gambar google)
Sebab apa gambar google? Sebab tak pernah bawak masuk handset dalam lab. Budak baik katakan. Haha. *Sila percaya*

Radiograph untuk rawatan akar.

Nak menempuh semua ni sensorang? Memang tak mampu. I'm glad I am surrounded by good friends and of course,, million thanks to mom and dad. They are always there for me,, every moments. And above of all, I have HIM. :) Yeah, we have HIM.


Siapa cakap dentistry lagi senang dari medik sila betulkan persepsi. Dentistry tak senang tapi tu tak bermaksud medik lagi senang dari  dentistry. Semua benda ada pros and cons sebenarnya.  So, kepada adik-adik yang nak ambil dentistry sebab rasa dentistry lagi senang, sila cari reason lain. Cari reason lain, bukan course lain. Baca elok-elok naa...  Nak buat apa-apa pun, kita kena ada reason yang kukuh sebab in the end, reason tu yang akan menyebabkan kita bertahan dan kuat menghadapi apa jua cabaran. :)


Dah habis cerita pasal belajar. Cerita satu subjek cukup. 11 subjek lagi kita simpan. 


Sambung pasal birthday pula. Birthday tahun lepas paling terharu sebab dapat kad besar amat dan dua kek. T.T Dan ucapan birthday paling lejen ----> "Malula nak cakap" *ulang ayat sama dekat doploh kali =.=


Kad gergasi,


Yummy.

Rasanya macam ni jelah yang boleh dikongsi. Lulz.. Yang pahit, masin tawar dan masam kita simpan tempat lain. Tak menarik untuk diabadikan. Haha. Till then..



Nota kaki: Warming up entri.




Bicara Malam

Assalamualaikum.


****************************
Gusar.
Fikiran melayang.

Mencari penawar,
Dalam bayang.

Hilang,
Dalam hitam.

Merenung bintang,
Di larut malam.



Bulan,
Cahayanya tidak suram.

Bintang pula bergemerlapan,
Tapi aku kusam.

Sinar keduanya terang,
Menyinari alam.

Aku? Tidak tenang
Muram.


Bulan, 
Bintang,
Sudi dengar aku bicara?


Bulan,
Walau kau hanya memantulkan cahaya,
Tak pernah kau berputus asa.
Menyinar malam, menyinar jalan.


Kau dihargai manusia,
"Kalau rindu, tengoklah bulan sebab walau di mana kita berada,
kita tetap lihat bulan yang sama"
Walau tipikal ayatnya,
Tapi , kau tetap tak dilupa.


Bulan,
Walau kau dilindung awan,
Kecantikan kau tak pernah padam.
Hatta hanya bayang di lautan,
Kecantikan kau tak pernah suram.



Bulan,
Aku cemburu.
Kerana kau tak pernah jemu.
Memantulkan cahaya yang bukan milikmu.
Kau dihargai tapi tidak aku.
Kau begitu cantik dan berbeza denganku.







Bintang,
Aku juga cemburu.


Kau berkelipan,
Tapi tak bermakna cahaya kau kurang.
Itu keistimewaan.


Kelipan kau bukan kelipan biasa,
Terjadi apabila cahaya kau merentas atmosfera,
Terbias ketika menembusinya,
Sehingga cahaya kau sampai ke mata manusia.


Yang menariknya,
Cahaya kau boleh sampai ke dua tempat berbeza,
Pada masa yang sama.
Dan kadang aku tertanya,
Adakah 'dia' di sana sedang melihat cahaya yang sama?


Lagi istimewa, 
Cahaya yang aku sedang lihat,
Bukanlah cahaya yang kau keluarkan sekarang.
Aku sedang melihat cahaya kau yang sebelumnya.
Mungkin cahaya semalam? Atau Setahun lepas? Atau mungkin seratus tahun yang lalu?


Hairan kau kata?
Bukankah cahaya kau mengambil masa untuk merentas atmosfera?
Walau lambat, ia menghasilkan sesuatu yang hebat,
Kerana aku ibarat sedang memandang ke belakang.
Melihat semalam. Masa lepas. Masa lalu


Dan kerana masa lalu,
Aku cemburu.

Masa lalu kau membawa sinar,
Tapi masa lalu aku menambah gusar.


Jeda menyapa. Seketika cuma.



Bulan,
Sikap tidak putus asa kau akan ku jadikan teladan,


Perihal dihargai,
Aku yakin aku tidak rugi walau tidak dihargai,
Kerana aku percaya yang rugi itu adalah orang yang tidak menghargai.


Tentang kecantikan,
Aku pasti setiap yang diciptakan ada kelebihan, 
Lagipun kecatikan itu subjektif bukan?



Bintang,
Walau masa laluku tidak bersinar,
Aku akan berhenti gusar, 
Kerana masa hadapan sedang menanti untuk dilalui tanpa gentar.




Monolog bulan dan bintang berakhir sendirinya.
Masih termenung di jendela.



"Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Alam ini satu peringatan.


Ingat ya,
Jangan lupa Pencipta.
Yang mencipta aku dan alam semesta,
Serta kamu yang membaca.


Moga Allah redha.
Moga Allah ampun dosa."




Kasut Gajah



Assalamualaikum :)



Dari diari curi:


Hari ini, sekali lagi dia menjadi eskapis. Dari petang, berjalan membawa diri. Melangkah tanpa destinasi. Lari dari timbunan realiti. Tanpa sesiapa menemani. Hanya membawa hati. Dan wallet, of course.



Dia melangkah masuk ke dalam LRT. Sengaja hari ini dia tidak mahu memandu sendiri. Tempat kosong yang hujung dipilih, kegemarannya setiap kali. Terdengar keluhan. Keluhan yang berat itu bagai dilepas bagi menggambarkan betapa berat beban dihadapinya sekarang.


Dia bersandar. Matanya memandang ke luar. Berharap agar dapat melihat keindahan alam semesta. Tapi hanya kegelapan dan lampu jalan yang  tersedia. Juga sinar bulan.



Dia senyum. Cahaya bulan itu bagai meberi sinar padanya, walau itu bukan punca senyumannya. Senyum itu kerana dia teringat kepada seseorang yang pernah berkata,



"Kalau tengok bulan , selain ingat Penciptanya, ingat orang yang bercakap ni tau. Sebab, walau di mana kita berada, walau jauh kita terpisah, kita tetap tengok bulan yang sama. "






Kini, tiada lagi suara yang sama. Kerana pemiliknya telah berjumpa dengan Pencipta manusia. Dia rindu, rindu pada abangnya,  si pemilik suara. Kerinduannya pada tahap infiniti, tak terkira tingginya. Sesiapapun pasti  akan merasai rindu yang sama apabila berada di tempatnya. Mana mungkin tidak rindu, dari sebelum lahir lagi mereka berkongsi segalanya. Merekalah penyeri keluarga. Hanya mereka berdua sahaja.



Pada hari kejadian, dia sepatutnya bertemu abangnya di rumah. Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk menghabiskan cuti. Namun, sekelip mata segalanya berubah. Berita kemalangan abangnya masih tidak boleh dilupakan sehingga hari ini.



Pintu LRT terbuka. Masuk sebuah keluarga. Nampak bahagia.


"Ibu.. tengok adik ni. Dia ambil buku kakak."

"Mana ada. Ni adik punyala. Bukan kakak punya"

"Takla, tu kakak punya. Adik kan dah ada mainan"


Rindu menerjah buat kesekian kalinya. Teringat zaman kecil mereka. Situasi yang sama. Watak yang berbeza. Cuma, abangnya akan mengalah akhirnya. Dan sambil memberi barang yang direbut, abang akan kata,


"Takpe,takpe. Nah, ambiklah. Elephant shoes."


[link]


Pernah dia bertanya, elephant shoes tu apa. Tapi abang tak bagitahu. Abang kata tu tagline dia. Tak boleh tiru. Setiap kali bagi barang, atau nak balik kolej, mesti abang sebut perkataan tu. Selepas dia tidak mendapat jawapan dari abangnya, dia tak pernah mencari apa makna elephant shoes, sehinggalah di katil hospital sebelum abangnya menghembuskan nafas terakhir,,


"Adik, sini. Nah ambik ni" Abang hulur jam tangan dia yang dah tak nampak jarumnya. Retak. Darah.


Lepas dia ambil jam dan pegang tangan abangnya, abang ada cakap sesuatu, dan dia tak dengar. Tapi dia boleh agak. Abang cakap elephant shoes, sebab itu tabiat abang. Cuma dia sengaja suruh abang ulang sebab baru dia perasan sesuatu. Bila abang sebut elephant shoes tanpa suara,, gerak mulut abang macam abang cakap,,


"I love you."


Dan saat itu dia tahu, itu yang abang maksudkan selama ni.


LRT berhenti . Begitu juga lamunannya. Namun, perebutan buku masih belum habis. Biasalah bebudak.



"Adik, mintakla balik buku kakak tu. Tu kan kakak punya. "

"Adik nak pinjam kejap je. Kakak tak sayang adik ke?"





 Dia pandang keluar. Stesen seterusnya adalah destinasinya.


"Dah nak sampai."


Dia bangun dan menuju ke arah keluarga tadi. Dua kanak-kanak tadi ditegur,


"Hai adik. Adik sayang tak kakak adik ?"


"Sayang."


"Kakak pula sayang tak adik?"


"Sayang"


"Kalau sayang , kena baca buku sama-sama tau. Tak baik bergaduh."



Dua kanak- kanak comel itu angguk. LRT berhenti dan dia melangkah keluar sambil tersenyum dan melambai kanak-kanak tersebut. Laju langkahnya ke tempat meletak kereta. Terpandang langit malam yang dihiasi bintang, spontan mulutnya berkata,



"Abang, if i have given a chance, I will reply you,, but instead of saying I love you too, I'll say olive juice. Abang, moga tenang di sana" :)



[link]



People Die, Memories Don't.



*************************************************


Note: It is said that the words elephant shoes and olive juice when said silently from a distance looks like you are saying 'I love you'. It is used when someone afraid of saying 'I love you', where they mouth 'I love you', but when asked what they had said, they answered elephant shoes or olive juice. Besides, it also used to trick people. You mouth 'elephant shoes' and make they think you said 'I love you'.  But please don't do this for the latter. It's not good playing with people's feeling :)




Till then.
Elephant shoes. Lulz.

Hantaran (?)







Hitam Putih



Assalamualaikum :)


Dulu, missha pernah bagi tahu dalam satu entri yang missha suka main chess. Err.. mesti dah tak ingat rasanya sebab dah lama. Tapi disebabkan entri tu macam tak best, so tak pyah la bagi link kot. Haha. Walaupun suka, tapi buat masa sekarang, memang dah lama tak main. Dan sebenarnya rindu sangat nak main. Serius rindu. Sangat.


Walaupun di zaman yang serba maju sekarang ni, boleh je kalau nak download game chess tu tapi bila main game download ni, feel dia tak sama macam kalau kita lawan dengan orang face-to-face. Lawan dengan manusia ni, feel dia berkali ganda lagi best dari lawan dengan komputer.


Banyak sebab lawan dengan manusia ni lagi best. Salah satunya, bila kita lawan dengan manusia, secara tak langsung ia melibatkan psikologi. Dan bila melibatkan psikologi ni, ia sangat-sangat menarik. :)  Trust me. Lagipun, bila lawan dengan komputer, kalau komputer menang pun, bukan dia tahu pun dia menang. Err...



Berbalik pada psikologi tadi, biasanya, setiap pemain catur dia ada trademark dia yang tersendiri sama ada dia sedar atau tak. Bagi missha, missha rasa seronok memerhatikan trademark diorang yang berbeza-berbeza, walaupun bukan dapat gaji pun buat kerja ni. Kalau dapat gaji, konfim i dah kaya uolssss. Haha. Ok, enough.


Sepanjang missha main chess ni, antara trademark atau gaya yang biasa ialah main sambil berdiri. Biasanya lelaki yang selalu guna trademark ni, Lepas tu , siap boleh jalan-jalan tengok orang lawan dekat meja sebelah.  Nampak macam berlagak tahap petala kan? Haha. Ok. Gurau.  Selalunya, trademark berdiri ni, orang-orang yang main meja depan selalu guna. So, no wonder la kan siap boleh jenjalan bagai? :)


*Dalam pertandingan catur, kedudukan perlawanan berdasarkan meja. Makin depan kedudukan meja, makin tinggi la ranking pemain tu .*


Selain dari berdiri, ada juga pemain yang jenis 'gerak dan hentak'.  Maksudnya, setiap kali dia buat gerakan, dia akan letak buah catur tu kuat-kuat. Lepas tu, tekan jam pun kuat-kuat. Bila kita lawan dengan orang macam ni, kita kena relax je sebab kalau kita terganggu dengan cara dia, maknanya kita dah 'kalah' sebab tu memng niat dia pun. Distraction.


Dalam banyak-banyak gaya, ada satu gaya je yang pernah buat missha distract dan gaya dia sangat rare. And dia lah satu-satunya lawan yang missha pernah seri. Gaya dia macam ni, dia akan letak tangan atas meja, dan akan buat circular motion guna jari telunjuk dia. As simple as that. Tak tahu la cemana boleh distract. Padahal sebelum tu, dah kaji dah behaviour dia. Hmm.




Kalau missha pula, biasanya missha akan bawa 'pensel hikmat' missha masa pertandingan. Err,sebenarnya, pensel tu bukanlah betul-betul hikmat ataupun dijampi untuk menjadi hikmat. Pensel tu hanya pensel mekanikal biasa warna hitam, tapi sebab missha dah guna dia lama dan dialah yang 'teman' setiap kali lawan chess atau buat presentation (nak bagi hilang nervous) , so sebab tu lah dia digelar pensel hikmat. Takde kaitan kan sebenarnya. Haha. =.='



So, setiap kali pertandingan, memang missha akan bawa pensel hikmat tu selain sebatang pen yang digunakan untuk catat gerakan. Selalunya, missha akan ketuk-ketuk  atau spin pensel tu masa main terutamanya masa tengah berfikir dan bila nak mengurangkan nervous. Bagi missha, bila missha spin pensel tu, perasaan nervous macam mengalir pergi pada pensel tu dan perasaan nervous tu berkurang. *macam ni pun boleh, hee =.='*


Lagi satu, bila missha spin pensel hikmat tu, ia akan menyebabkan distraction kepada pihak lawan dan of course, itulah yang kita mahu!! Inilah yang dikatakan genius. Haha *evil laugh* Dan,, lepas circular motion dari lawan missha yang berjaya membuatkan missha distract, missha pun kopipes gaya tu dan diasimilasikan dengan gaya missha. Maka, lahirlah satu lagi trademark (selain dari spin dan ketuk-ketuk), iaitu lukis circular motion dengan hujung pensel.



Sebenarnya, ada banyak cara yang digunakan untuk distract pihak lawan secara tak langsung. Contohnya,buat muka bosan dan  buat - buat tengok jam kalau dia ambil masa yang lama sangat nak fikir. Cara ni, akan menyebabkan pihak lawan tertekan dan buat gerakan yang akan menguntungkan kita. Cumanya, tak semua orang termakan dengan cara ni. Ada sesetengah kes, pihak lawan lagi suka kalau kita stress dan dia akan buat-buat fikir lebih lama. Selain tu, ekspresi muka pun penting juga sebenarnya. Contohnya, kita buat muka stress sebab salah jalan, padahal dah nak menang. Ataupun, buat muka gembira padahal sebenarnya dah salah jalan. Ataupun just keep the poker face. :)



Hmm...kalau nak ikutkan, banyak lagi benda menarik pasal chess ni. Tapi macam panjang je nak tulis. Contohnya, macam mana personaliti seseorang boleh mempengarui cara dia main chess. Dalam novel Andrea Hinata, dia ada sentuh pasal ni. Kalau berminat, boleh la baca :) Novel ni Cik Hansyirah Takezur yang promote. Hihi



Till then :)

Main chess ni minat je sebenarnya,
Tak hebat pun hakikatnya .
Haha.


Aplikasi :)


Kadang Cinta, Kadang Lupa



Assalamualaikum.



Dari diari curi.



[link]


"Stress!!!" Dia meraup muka. Penat menghadap buku namun ibarat sia-sia. Satu apa pun tak masuk dalam kepala.


Exam lagi 2 minggu. Dah tak lama, tapi dia masih tak bersedia. Takut memang ada. Tambahan pula, result exam yang lepas tak seberapa.


Bosan mula menyelubungi. Dia tarik laci. Laci yang menyimpan memori. Semua kenangan semasa di zaman sekolah disimpan di dalam laci ini. Hanya kadangkala laci itu dibuka. Dan selalunya laci itu dibuka tanpa sebab yang nyata, seperti hari ini.



Dikeluarkan sebuah diari dari laci. Tangannya menyapu debu-debu di kulit buku diari itu. Tertera namanya di situ. Hani Zafeerah.


Diari itu diari waktu dia form 5 dulu. Tersenyum dia mengimbau kenangan lalu. Tahun yang mencabar. Waktu yang sukar. Banyak yang dia belajar. Benar, pengalaman adalah guru yang baik untuk 'mengajar'.


Laju dia membuka diari lamanya. Dibaca setiap coretan yang ada. Dan tidak lama selepas itu, ada mutiara jernih yang menitik di atas garisan buku - makin lama makin laju, makin deras, sehingga pudar warna garisan itu.


*********************************************

"Awak kena usaha lebih lagi Hani. Saya tengok awak ni ada masalah dalam subjek biologi. Memanjang dapat D. Tak pun C. Awak kena ingat, sebagai penolong ketua pelajar, awak kena seimbangkan semua. Akademik, koko......"

Kata- kata Cikgu Fikri yang seterusnya hanya bagai angin lalu. Hanya jasad berada di situ. Dan kaki melangkah ke pintu keluar setengah jam selepas tu. Hampir habis waktu rehatnya di situ.


"Ohh,, biology,,
You're driving me crazyyy
Ooo Allah, please help me.."

Balik kelas, hati menyanyi sendiri. Lirik sendiri. Rentak sendiri. Sesuka hati. Tapi minda mencari solusi.



Bukan dia tak usaha, dia dah cuba. Dia cuba buat nota dan peta minda bagai, tapi akhirnya dia hanya salin balik apa yang dalam buku. Bukan dia tak cuba baca betul-betul,, dia cuba tapi tak sampai 5 minit mata dah layu. Bukan dia tak tanya kawan, dia tanya tapi dia tetap tak faham apa yang kawan dia terangkan. Bukan dia tak tanya cikgu, dia tanya tapi dia tetap tak dapat jawab peperiksaan.



Dah cemana?
Garu kepala.


Loceng berbunyi. Same goes to the belly. Tak sempat makan kan.



************************

[link]


"Assalamualaikum" Ustazah Fatimah masuk ke kelas.


Pelik. Sekarang waktu BI, bukan PSI. Lagipun Ustazah Fatimah memang tak ajar kelas 5 Damai.


"Madam awak MC hari ni. So, saya yang ganti. Awak boleh buat kerja sendiri"


Ayat yang last tu memang ayat yang ditunggu.


"Guna masa ni sebaik-baiknya. Jangan membazir masa, terutama masa lapang. Masa lapang ni membunuh, sebab tu, sebelum dibunuh,, kita yang kena bunuh masa lapang."


Ramai yang angguk. Entah angguk faham atau angguk kosong.





"Berapa hari lagi SPM? Dah sedia?"

Macam-macam jawapan yang student bagi. Tapi Hani hanya diam. Biologi menghantui.


"Subjek apa yang paling susah?"


Ada yang jawab Add Math. Ada yang kata Fizik. Ada yang kata Kimia dan last but not least biologi semestinya.


Ustazah Fatimah senyum. Dia dulu pun pernah jadi pelajar.






"Belajar ni memang payah. Memang susah. Tapi awak kena ingat, dengan bantuan Allah, semuanya akan mudah."


Tazkirah Ustazah Fatimah.


"Awak nak berjaya, awak nak lulus periksa, betul tak? So, ustzah nak tanya, nak berjaya awak minta pada siapa?"


"Allah.." Serentak semua menjawab




"Betul tu, kita minta pada Allah. Tapi manusia ni dia selalu lupa. Yang dia tahu, bersedih bila dia tak dapat apa yang dia nak. Dia lupa yang kadang kala, bila hajat tak dipenuhi, bukan soal Allah tak bagi. Soalnya, dah minta ke pada Dia?"


Masing-masing diam. Sepi. Muhasabah barangkali.







"Jangan lupa doa sentiasa pada Dia sebab Dia yang memberi segalanya. Ilmu ini milik Dia. Faham tu pun milik Dia. Dont underestimate the power of Doa."



Masih sepi. Semua di alam sendiri.


"Ada apa-apa soalan?"


"Ustazah..saya nak tanya. Macam mana kalau dah usaha, dah doa tapi tetap tak berjaya?" Soal Farhan.





"Bagus soalan awak Farhan. Tapi sebelum ustazah jawab, ustazah nak awak semua fikirkan macam mana yang dimaksudkan dengan usaha dan doa. Adakah cukup usaha tu bila malam exam baru nak mula baca? Adakah cukup doa tu hanya bila tiba musim periksa?"


Semua kuis-kuis kaki.







"Selain doa dan usaha, ada lagi dua komponen yang kita perlukan. Istiqamah dan Tawakkal. Orang yang istiqamah ni ialah orang komited, tekun dan gigih dalam setiap kerja yang dia buat. Apa-apa yang dibuat adalah secara konsisten dan berterusan"


Konsisten dan berterusan. Dua perkataan yang senang disebut tapi susah dipraktikkan.






"Tawakkal pula adalah berserah diri sepenuhnya kepada Allah selepas doa dan usaha. Saya ulang, berserah diri sepenuhnya."


Sepenuhnya. Yang tu orang memang selalu tinggal. Selalu sangat.






"Lepas kita dah doa, usaha, istiqamah dan tawakkal atau singkatannya D.U.I.T,  redha dengan apa jua natijah yang Allah bagi. Insya Allah, itu yang terbaik. Allah itu sebaik-baik perancang. Allah tak tengok hasilnya, dia tengok usaha kita. Tapi yang penting DUIT tu kena laksanakan betu-betul la. Bukan acah-acah usaha. Doa pula bukan masa susah baru nak ingat sejadah"



Time ni, semua macam tak cukup kaki nak kuis-kuis lantai simen kelas. Setiap kata-kata tu tajam dan berbekas. Menusuk kalbu dan nurani. Well, siapa makan cili....






"Kalau awak gagal, awak kena ingat yang tu ujian untuk awak. Allah takkan menguji hambanya dengan apa yang Dia tak mampu. Makin mantap iman, makin besar ujian. Kalau tak jatuh, kita tak sedar kepentingan untuk bangun, betul tak?"


"Betul..." Perlahan jawapan diberi. Masing-masing masih di alam sendiri. Dan tika itu juga, loceng berbunyi.






"Dah habis masa dah rupanya. Tak sedar pula masa berlalu. Insya Allah , ustazah doakan semua berjaya, dunia dan akhirat. Lagi satu, ustazah nak ingatkan, kalau gagal, redha. Dan, jadi gagal yang berjaya[link], bukan gagal dan putus asa. "



***************************************************


[link]



Hani menyapu air mata yang turunnya laju. Banyak sebab turunnya air mata itu. Terlampau banyak.


Satu, sebab dia  rindu. Rindu pada Ustazah Fatimah yang menasihati tanpa jemu. Kini, hanya doa yang dapat dikirimkan sebagai sedekah. Ternyata, Allah lebih sayangkan ustazah.



Dua, sebab dia lupa. Dia lupa untuk minta pada yang memberi segalanya. Dia lupa bertawakkal pada yang kekal selamanya. Dia lupa amalkan DUIT dalam erti kata yang sebenarnya. Dia lupa yang usaha sahaja tak bawa dia ke mana-mana.Dia lupa dia hanya hamba. Dia lupa ilmu itu milik Allah. Dia lupa faham itu pun milik Allah.  Dia lupa kejayaan yang dia dapat dulu dari Allah. Dia lupa segalanya Allah yang punya.


Sebab tiga, empat dan seterusnya tak mampu untuk diluahkan melalui kata. Cukup betapa Allah tahu betapa menyesalnya dia. Moga masih ada masa. Kembali pada Nya.



##################################################


16 Ogos XXXX,

Bunuh masa lapang, sebelum dibunuh olehnya.


Andai ada subjek yang tak suka, cuba juga. Cuba untuk suka, cuba untuk cinta. Cuba dan usaha. Insya Allah semuanya tak sia-sia. 


Ilmu itu milik Allah. Faham itu milik Allah. Kejayaan tu pinjaman Allah. Kegagalan tu ketentuan dari Allah. Pasti ada hikmah.


Jatuh bangun dalam kehidupan itu biasa. Itu ujian darinya. Kena ingat, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah.


DUIT tu amalkan dalam erti kata yang sebenarnya. Natijah nombor dua. Ingat Allah nilai usaha :)



Shortnote:  Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”


Muhasabah diri, berapa banyak maksiat di hati T.T


Hani Zafeerah


******************************************







Worry is a direct consequence of relying on your own efforts. - Yasmin Mogahed











Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.