Serupa tapi tak sama



Assalamualaikum :)


Pernah terfikir tak kenapa kembar pakai baju sama

Kalau dulu missha mesti fikir, ofkos la mak dia pakaikan baju sama. Kan comel bila muka sama, baju pun sama. :)

Tapi satu fakta yang missha dapat ialah, sebenarnya mereka ni sangat cemburu akan satu sama lain. Kalau benda-benda yang tak sama, mesti berebut. *Teori ni boleh apply dalam kebanyakan kes. Bukan semua.


Mana dapat fakta ni? 

Sebab budak 2 orang yang akan diperkenalkan kat bawah ni. Hehe :)



Ini sepupu missha.  Mereka ni kembar dan sangat dan teramat nakal.. Err..jangan tanya yang mana satu abang, or yang mana satu adik, missha memang tak cam. Kalau dalam gambar pun tak kenal, apatah lagi depan-depan, memang boleh tertukar. Nak-nak kalau diorang pakai baju sama. Main aci taram je panggil abang or adik. Kalau dia menyahut panggilan abang, tandanya dia abang la :) *try and error. hehe





Pernah satu hari, kena prank dengan diorang. Haih, kecik-kecik pun dah pandai kenakan orang. Sabau jelah.  Peristiwa tu berlaku masa mereka pakai baju lain-lain. Ehem. Taktik misha untuk kenal diorang kalau mereka pakai baju tak sama, ingat warna baju diorang. Hehe. *konon idea ni dah bijak sangat la*


Sesampainya missha kat kampung dan bertemu mereka, terus missha tanya yang baju hijau., "Ni abang ke adik?"

"Abang"


Bila yang seorang lagi muncul, dengan yakinnya missha pun panggil la adik tapi dia tak pandang-pandang. Terasa dipermainkan, missha pun pergi confirmkan status abang adik ni dekat kakak diorang.


"Pakai baju hijau tu adik. Kena tipu la tu"

Errr.. T.T

Rupa-rupanya, diorang ni selalu je mengambil kesempatan orang-orang yang tak ingat muka diorang. Mak diorang  pun boleh diorang gurau cenggini. Kadang-kadang, bila mak dia panggil abang, yang adik menyahut, takpun dua-dua cakap 'ya'. Tapi, ibu mestila kenal kan :) hehe


gambar ni diambil pada hari lain.hehe.
Walaupun baru 5 tahun *kalau tak silap* , tapi dah ada adik.


Pernah dengar tak teori 'bila seorang sakit, seorang lagi pun mesti sakit jugak'. Macam ada chemistry gitu.. *Err.. bukan memang ada ke* 


Teori ni pun, dah terbukti depan mata dah beberapa tahun dulu, masa bulan puasa. Masa tu adik mereka kena pergi hospital, so ibu mereka yang merangkap aunty missha mintak tolong jagakan diorang.  Masa tu, salah seorang demam, tapi yang seorang lagi yang nangis tak berhenti. Nak dijadikan cerita, buka puasa hari tu, dua-dua tangan penuh dengan diorang, minum air pakai straw. Makan? Lepas diorang tidur baru pergi selongkar saji..err. 



Gambar kat atas ni, memang confirm bukan diorang. Hehe. Tapi ni la cerita feveret mereka. *mesti dorang perasan ni cerita diorang kan..err*

Pernah suatu hari tu, lepas makan tengah hari , tetibe terdengar

" Bila dah kenyang....."

Dan ada yang sambung., 

"Hati pun senang".

Lepas tu mereka gelak. *konon sama dengan upin ipin lah tu.. *


Memang nampak di situ pengaruh tv memberi kesan kepada kanak-kanak. Nasib baik cerita upin ipin ni label U. *boleh join sekaki.. :)



note: adik missha kata missha garang macm kak ross....errrr..garang kan tanda sayang.hehe


Kata-kata untuk kita


Assalamualaikum :)

Bismillah~


Dari Imam Hassan Al-Banna :


Apabila mendengar azan maka bangunlah, sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.  

solat wuduk azan



Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah. 







Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.  




Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.  



Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.




Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang  nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.



Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.




Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.  



Tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada.





Wallahua'lam :)

note: yang last tu menusuk kalbu..huhu 
 esok smbung bw :)
err..sudi-sudikanlah kiranya tuan hamba menekan button like di atas seblah kanan blog :) tapi tak paksa.  selamat malam ^_^

Banyak mana harta yang ada.

Assalamualaikum.

Hari ni jom buat kira-kira sikit. Ehem.

"Karburator Kalkulator please"



Cuba kira duit dalam dompet. Ada berapa?

Cuba tengok resit bank pulak. Berapa baki yang ada?

Dan akhir sekali, cuba cek apa lagi harta atau aset yang ada? Syarikat ke..rumah ke..tanah ke..intan berlian ke. intan payung ke..






Atas kertas, semua itu nama kita.

Hakikatnya, ia milik siapa?

Sure milik kita?

Ehem. bukan ke tu semua pinjaman dari - Nya?




Milik kita...
Hanyalah hanyalah apa-apa kita derma,

Kalau kita ada derma RM 1,
Itulah milik kita.

Kalau kita sedekah sedekah sebuah Al-Quran,
Itulah milik kita.

Harta itu,
Bukan apa yang disimpan di dunia,
Tetapi apa yang kita manfaatkan untuk kebaikan 'di sana'.






Ayuh sama-sama koreksi diri,
Apa "harta' yang kita miliki :)



#self reflection

cetusan idea: solusi 33.

Hanya kerana-Nya

Assalamualaikum :) 


"Woa! Tak habis lagi?"

"Apa?"


"Naruto kau tu lah."

Sengih. "Belum"


"Apa la yang bez sangat sampai kau hadap benda tu hari-hari."

Sengih lagi. "Betul nak tahu?"


Angkat kening. "Apa?"

"Aku suka tengok friendship naruto dengan sasuke sebelum sasuke pergi kat orochimaru"


"Tu je?"

"Tak la. Ada lagi"


"Apa"

"Cerita ni buat aku paham yang seseorang ada peristiwa yang sebabkan dia jadi jahat. Bukan lahir-lahir tu terus jahat. Diorang ni ada satu point yang buat diorang keluarkan dark side"


"Kau ni tengok cerita or sediakan review sekali?"

Senyum. "Dua-dua pun boleh." .


"So, kau nak jadi naruto ke sasuke?"

Kening berkerut. "Ha? Apa dia?"


"Aku tanya. Kau nak jadi naruto ke sasuke?"

"Untuk ape soalan tu?"


"Kata tadi friendship diorang bez"

Senyum. Dah faham. "Kalau aku ambik naruto?"

"Aku jadi sasukelah."

"Tapi,, kau jangan jadi jahat"

"Kaula kena ingatkan aku."



"Kalau aku ingatkan, jangan ignore pulak."

"Okay."


" Nanti,, jangan tinggal aku?"

Senyum "Insya Allah"



"Dan.."

"Dan apa?"



"Sahabat kerana - Nya?"

Senyum lebar. Angguk kepala.



*************************************************

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal shalih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran(HAQ) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.


************************************************




Note:
Tak suka naruto, takpe :)
Tapi , kalau suka kamen rider, pergila SINI.
Kot kalau suka lanun pulak, klik SINI, tapi ni bukan yang one piece tu, dia kata dia lanun ranggi..err



Ramadhan: Dosa jangan biar maximum, Taubat jangan minimum.

Assalamualaikum :)


Second day of Second phase which is Maghfirah phase. May Allah bless :)


Fizikalnya,
Kita diciptakan sebaik-sebaiknya,
Tapi,
Bagaimana iman kita?
Bagaimana amal kita?
Dosa-dosa kita?



"Andai dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku." 
~ Kata-kata ulama'~




Kadang-kadang kita terleka,
Bukan kerana keinginan kepada kebaikan itu tiada,
Tapi dorongan ke arah yang dituju ada pasang surutnya.


Contoh mudah,
Hari ini kita solat Subuh jemaah,
Hari esok kita TER solat Subuh gajah.



"Ya Allah, Ampunkanlah dosa yang sedang aku lakukan, yang telah aku lakukan, dan yang akan aku lakukan"




Zaman dahulu kala,
Kita dah diajar,
Kita dah belajar,
Iman manusia ada naik dan turunnya.


Oleh itu,
Andai tersilap langkah,
Kembalilah pada fitrah,
Pada Allah.


Pengampunan- Nya
Tak kira masa,
Tiada naik turunnya,
Dan sentiasa ada,
Untuk mereka yang ingin kembali pada -Nya


"Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosaku, Dan Rahmat-Mu lebih kuharapkan di sisiku, daripada amalanku"




Ayuh jadikan Ramadhan kita Ramadhan yang bermakna. Full of feeling and filling :)


#self reflection.



Video selingan :)


atau klik [link] :)

DIA ada.

Assalamualaikum :)


Short post and last post in July 2012. :)


"Eh, bangun..bangun"

"Eee..kenapa?"

"Teman pergi toilet jap"



~Takut? Kan Allah ada :) ~



TAHU dan YAKIN itu berbeza.
Betulkan balik hati kita.
Kita mahu jadi yang mana?






♥ The one who kneels down to Allah can stand up to anything.♥



#self-reflection. 

Ramadhan: 10 days gone, are we still in the same zone?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Day Eleventh.













10 hari awal Ramadhan merupakan rahmat. 
10 hari pertengahan Ramadhan merupakan keampunan. 
10 hari akhir Ramadhan dijauhkan neraka



Now, we are moving to the next phase. May Allah bless.

Wallahua'lam .


sumber gambar

~abaikan oh my english..err~



Pil ubat sepatutnya bersaiz nano

Assalamualaikum. :)


Siapa suka makan ubat? *angkat keyboard cepat.* Kalau suka,, bagus. Jangan jadi macam tuan blog ni. Entah kenapa dia tak suka ubat. Di bawah ini adalah hasil temuramah bersama beliau.


Ceritakan kenangan masa kecik-kecik tentang ubat.


Masa kecik-kecik dulu, kalau suruh makan ubat, missha makan sebab tak berani nak melawan. Tapi just masukkan dalam mulut je, tak telan pun. Lepas tu, bila orang tak nampak missha luahkan balik. Rela makan ubat yang air tu lagi dari ubat biji. Tapi, masa kecik-kecik  boleh la kalau nak makan ubat air tu. Bila dah besar, err..tak sesuai dah rasanya.


Kalau kena makan ubat kat sekolah, buat muka bajet kool. Konon-konon berani nak telan Tapi hakikatnya, orang lain air seteguk dah boleh telan, kalau missha, sebotol air belum tentu boleh telan pil sebiji. Kalau ubat yang jenis kapsul tu lagila tak payah kata. Kot sampai TERcair dulu dia punya lapisan yang kat luar tu. Haha.



So, kalau sakit macam mana?


Ehem. Kalau sakit senang je, tak payah nak pergi klinik bagai unless kalau nak MC. Haha Just tidur, and bila bangun balik, Insya Allah okay :).Ubat-ubatan tu tak makan pun. Kalau setakat pening kepala, memang takkan makan panadol atau apa-apa yang sewaktu dengannya.  Tahu tak yang sebenarnya, tak bagus kalau selalu sangat makan panadol ni. So, kurang-kurangkanlah pengambilan panadol. :) <--alasan



Bila je makan ubat?


Missha memang tak makan ubat selagi missha boleh tahan sakit tu. Err. Tak bagus? Memangla tak bgus. Tapi, kesusahan nak telan ubat tu membuatkan missha pilih untuk biarkan ubat tu tidak berusik unless kalau dah tak tahan sakit sangat. Alhamdulillah, missha jarang kenan demam teruk. Last makan ubat-ubatan untuk demam ni masa form 3 kot. Entahlah, dah tak ingat sebab lama sangt dah. Ni pula, ayat umi missha bila tahu yang missha tak makan ubat, "Belalah sakit tu. Lepastu, jangan nak mengadu" . Hee..tapi umi cakap je. Kalau mengadu , umi dengar je. Hehe.



Conclusionnya, apa sebab sebenar tak makan ubat?


Sebab ubat pahit, dan mengalami sindrom susah nak telan ubat walaupun saiz dia kecik. Er,.Haha... *haish.malu kat adik-adik, dah besaq tagun pun tak boleh telan ubat*. Hee :)



Sekian sahaja temuramah bersama beliau. Sekarang beliau sedang mengalami kenaikan suhu badan a.k.a demam yang tak teruk . Dah 2 hari katanya, tapi tak makan ubat. Alasannya, dia masih boleh bangun dan berjalan serta melompat.  Dia juga kata "Takpa, it's a gift from Allah. Alhamdulillah. :) "


note: Hasil temuramah diri sendiri. Hahahah. Jangan muntah (sengaja) , Nanti batal puasa. :)


doktor ubat hati yang sakit



Ramadhan: Ibadah Sebulan atau Berterusan?

Assalamualaikum.

Bismillah.


Berkat syaitan dirantai,
Ramai manusia berwajah iman,


Secara tiba-tiba,
Ibadah digandakan,
Qiamullail didirikan,
Yang lagha ditinggalkan,
Raqib sibuk memenuhkan buku catatan,


Tidak mengapa,
Tidak ada salahnya,
Jika perkara yang dinyatakan.
Tiba-tiba dilakukan.


Namun,
Jangan secara tiba-tiba.
Bila dah habis puasa,
Solat ditinggalkan,
Al-Quran dilupakan,
Aurat didedahkan,
Yang lagha dilakukan.



Adakah mahu tunggu Ramadhan akan datang,
Baru nak ingat Tuhan?
Nak buat kebaikan?
Nak tinggalkan segala yang dilarang?



TUNGGULAH.
Jika yakin kita masih hidup Ramadhan akan datang,


TERUSKAN MENUNGGU,
Jika yakin ibadah bulan satu bulan (Ramadhan),
Dapat menebus kealpaan,
Melupakan- Nya selama sebelas bulan..


ramadhan

Yakinkah?
Yang kita masih akan bertemu Ramadhan,
Sedangkan,
Kita belum tentu bertemu hari esok.

Ramadhan: dapat Semput atau Output?

Assalamualaikum.

Bismillah.



**************************


"Bila sebut Ramadhan ape yang kau akan pikir?"

"Puasa? Err...bazar, Lepas tu raya.?"

"Selama ni aku pun fikir macam tu."

"Dah tu apa masalahnya?"

"Kau tahu dalam bulan Ramadhan Al-Quran diturunkan?

*********************************


Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.

(Surah Al-Baqarah : 185 )


*********************


"Walau dah 25 tahun, aku hidup, and dah banyak kali jumpa ramadhan, aku rasa ni macam Ramadhan yang pertama,"

"Kenapa?"

"Sebab aku baru faham dan rasa apa itu bulan Ramadhan dan puasa dalam erti kata yang sebenarnya"



********************************************


“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”


(Surah Al-Baqarah: 183)




******************************

"Aku selalu dengar orang sebut taqwa. Dan aku tahu taqwa itu output puasa. Tapi,,..."

"Tapi apa?"

"Aku tak pernah tahu taqwa tu apa"

***************************

Takwa ialah sikap berhati-hati dan mencegah diri dari melanggar hukum Allah, hasil kesedaran yang tinggi terhadap pemerhatian Allah.

Orang yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin

****************

May Allah bless us :) Insya Allah. 




Ubay bin Ka’ab bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? 
Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” 
Umar menjawab; “Pernah!” 
Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?”
 Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” 
Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”



Lawan bukan layan

Assalamualaikum.


In this post,

Ramadhan : Feeling and filling.[link]

I wrote:

Control your nafsu,
Dont let it control you.

Related to this,
Here is a bedtime story, for us, to read and heed. :)

Kalau dah pernah baca, skroll sampai kotak komen :)
Err..lepastu komenla..hehe :)


***********************************************

Seorang guru membawa anak muridnya bermusafir mendaki bukit dan mereka membawa 2 ekor keldai bersama. Tetapi, guru sufi tersebut tidak membenarkan anak muridnya menunggang keldai itu. Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.

"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"

"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"

"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"

"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu.



Dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil  mendaki bukit. Dia keletihan. Tetapi guru sufi itu sebaliknya. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu hampir pengsan. Setelah merawat anak muridnya, guru sufi itu pun berkata,

"Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud tuan?"

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan rosak. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."





Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"

"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya mendaki bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Oh, maknanya orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


*****************************************


Nafsu itu dilawan, bukan dilayan.



note: another story related to riding donkey. [link]
err..entah kenape hari ni mood story-telling.


Ambil ibrah.


Assalamualaikum:)

Day seventh :) Alhamdulillah.


Storytelling time: Read and heed :)





In the pencil box:


Eraser : How are you my friend?.
Pencil nervously replied: I am not your friend!


Eraser I was surprised and said: Why? ..
Pencil : Because I hate you


Eraser said sadly : Why did you hate me?
Replied, pencil: Because you erase what i wrote.


Eraser responded: I only erase mistakes.
Pencil yell:  What is your business to do that??


Eraser replied gently: I am an eraser, and that is my job.
Pencil : That is not a job!!


Eraser  : My work is useful, such as yours.
However, the pencil become angry : You are arrogant. How come your job is useful?



Eraser was astonished and said: Why?!.
Pencil:  Because writing is better than erase.


Eraser said: Remove the error equivalent to writing the right thing. 
The pencil realised and felt guilty. Hmm


Eraser: Do you still hate me?.
Pen felt remorse: I will not hate you anymore, because you erase my mistakes.


Eraser responded: I will not erase what was right. 
Pencil said: But I see you smaller day after day!.


They replied eraser: I sacrifice some of my body whenever I want to erase big mistakes.
 Pencil (grieving) : I feel I am smaller than you!


Said eraser to console him: We can not benefit others, unless we sacrifice for them. You also sacrifice yourself when you allow people sharpen you.
Said pencil happily:  Thank you my friend for your words :)


I looked at the eraser, and the joy of the pen, and lived close friends, although they differ in hand. And if pencil  and eraser do talk, I'll be the first to walk and........ RUN!





LESSONS TO BE LEARN.

Oh pencil,
You feel pain in every sharpening, 
But it will make you better pencil.


Oh pencil,
You are not corret all the time,
So, you must be able to correct your mistakes,
With the help of eraser.


Oh pencil,
It is not matter,
What is your brand, where do you made, the colour of your body, the lenght of your body,
But, what inside you,
is the matter,


Oh pencil,
In every surface you write, leave your mark, although it is tough, continue writing, because it is why you are created.




note: maafkan segala typo atau grammar error dalam dialog. Itu adalah translation daripada cerita teladan yang ditulis dlam arab.huhu..  Guna google translate tak berape betul, so, lepas da translate kat google, edit lagi ikut suka.haha...fuu berpeluh mengedit..  :) <----over,

Oven is waiting.

Assalamualaikum.


Dah hari ke 6. :) Time bulan puasa, budak-budak sekolah memang terasa kepenatan diorang. Pagi-pagi bawak beg berat-berat pergi sekolah. Lepas tu main kejar-kejar waktu rehat...err..Ada juga waktu rehat yang buat solat dhuha. Malam pulak pergi solat terawih.


Pemilik arnab (my adeks)  kat rumah ni pun sama. Balik sekolah, takde benda lain yang dibuat. Bukak buku nak buat homework, alih-alih buku ke mana, mata terpejam. Hehe.  Lepastu, sangkar arnab kesayangan mereka tu pun, kadang-kadang mereka terlupa nak jenguk. Biasanya, sangkar tu akan diservis waktu petang. Time bulan puasa,kena ingatkan baru buat. Tapi alasan tipikal yang diberi,  PENAT. Okayy, takpe. Bagi can servis malam . Tapi alasannya LUPA. :) Haha..macam-macam.


Tapi kalau missha cakap mcm ni mesti takde alasan kedengaran.



"Ehem.. Ada benda yang tengah menungu untuk dibuat"

"Apa?" <----mereka buat-buat tak tahu

"Arnab kat luar tu tengah tunggu sangkar dia nak dibersihkan, tapi kalau rasa malas, oven kat dapur tu dah ready raya nanti".


Acah je. 
Tapi dorang terus pergi buat. Ehem. Sape sanggup tengok arnab sendiri masuk oven kan..?hehe





Maaf adik-adikku, kakakmu ini memng takkan dapat  menolong dalam hal yang  melibatkan arnab atau haiwan yang seangkatan dengannya  =.='  Tolong suruh dan tengok boleh :)







Antara blogger lain yang ada arnab adalah blogger INI.

Dan blogger kedua ialah  blogger INI . Selain dari arnab dia ada seekor hamster serta 23 ekor ikan, kalau tak silap. Err..banyaknye!!

Hidup bermatlamat

Assalamualaikum. :)




Kamus dewan edisi keempat
Visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan:



Vision: Eyes see the present, Mind paints the future. 


Kita perlu visi, 
Dan bila ada visi,
Kita perlu motivasi ,





Motivation is needed to change the costume of the dream to the work clothes of reality based on the goals generated by the dream.






Kenapa visi itu perlu?
Sebab bila kita tahu apa yang kita mahu,
Kita ada matlamat,
Kita tahu apa nak buat,
Barulah kita tak tersesat,
Dalam mimpi sendiri.
~Matlamat itu bersinonim degan misi~



Vision without action is a dream.
Action without vision is wasting time.
Vision with action can bring changes.



Kita tak  tahu apa yang kita akan lalui,
Untuk capai misi,
Oleh itu, kuatkan diri,
Teruskan menempuh hidup ini,
Walau usia meningkat hari-ke hari.




It doesn't matter the eyesight grows dim, but the vision is clearer than ever.




***********************************



When I woke up this morning, I asked myself, “What is life all about?”


I found the answer in my room. 
The fan said, “BE COOL.” 
The ceiling said, “AIM HIGH”. 
The window said, “SEE THE WORLD!”
The clock said “EVERY MINUTE IS PRECIOUS.”
The mirror said “REFLECT BEFORE YOU ACT.”
The calendar said “BE UP TO DATE.”
The door said “PUSH HARD FOR YOUR GOALS.”
The floor said, “KNEEL DOWN AND PRAY!” 


******************************************************************


Hidup bermatlamat itu tidak mengapa,
Asal matlamat hidup tidak dilupa.
@missha-tulis




Vision

Together we say, ALHAMDULILLAH.


Assalamualaikum.

Bismillah.

These are two true story.

Read and heed.

********************************

Tadi baru dengar,
cerita tentang seorang student,
Dia dijaga oleh atuk dia yang bukan orang senang.


Before dia dapat duduk asrama,
Atuk dia yang hantar dia pergi sekolah hari-hari.
Bukan hantar naik kereta macam orang lain,
Tapi naik basikal.


Dia ada seorang nenek.
Dan nenek dia  buta.
Satu hari nenek dia jatuh kat bilik air dan strok.
Dia keluar asrama sebab nak jaga nenek dia.
Dan 3 minggu yang lepas, nenek dia kembali ke rahmatullah. . (Al -Fatihah.)


Dan dia hanyalah seorang kanak-kanak,
Yang baru berumur 12 tahun,
Calon UPSR 2012.

*************************************************


One day, masa tengah buat assignment,
We had a chat about everything,
Self,
Family,
Friends,
Teachers,
Subjects,
Finance,
Country,


And semua tu diselang dengan gelak tawa. Tapi bila dia kata :

"Dah macam-macam yang kita lalui dalam hidup ini. Pengalaman kita lagi banyak dari pengalaman awak. Bukan nak kata, tapi tu lah hakikat. Sebab, kita pernah rasa macam mana hidup dengan keluarga angkat. Kita dah rasa macam mana bila naik trun mahkamah. Dan kita dah rasa macam mana bila keluarga sendiri takde depan mata"


Ayat dia meluncur laju. Mendatar. Satu nada.Macam angin lalu je kat telinga. Tak percaya mulanya. Nak tanya tapi takut kalau tersalah bicara.

Tapi,

In human bussiness we should ask, don't assume sebab kadang-kadang yang kita assume tu bukan hakikat yang sebenar.

So bila ditanya, ini kisahnya.


Masa dia kecil, dia telah diberikan kepada pasangan suami isteri yang tiada cahaya mata.
Dan, Ibu bapa angkat dia orang baik-baik, :)
She called them mama and abah.


Everyone yang bertitle angkat, like ayah sedare angkat, nenek angkat, dan sepupu angkat,
Treat dia macam keluarga sendiri.


Masa dia kecil,
Dia pernah  jumpa her real mother.
Until ada satu peristiwa yang menyebabkan dia dan emak dia tak macam sediakala.


Dan peristiwa yang mungkin beri kesan pada dia,
When her abah meninggal dunia, (Al fatihah)
Dan adik beradik abah dia berebutkan harta,
Including her atuk,
Dan masa tu, dia dan mama dia hanya berdua,
Turun naik mahkamah dan macam-macam lagi.


Harta boleh buat orang gelap mata, lupa keluarga.


Sekarang,
Rasanya dia dan mama dah gembira,
Dan dia akan sambung belajar dalam bidang kimia,
Wish u luck my dear :) (tu pun kalau u baca)


Oh..
By the way,
Her real parent still ada,
Mugkin ada sebab kenapa mak dia tak cari dia, (kita kena bersangka baik)
Even duduk negeri sama,


Dan untuk pengetahuan,
Ayah dia tak tahu pun dia ada anak berbintikan namanya,
Sebab parentnya berpisah sebelum dia lihat dunia.


Umur dia belum lagi mencapai puluhan :)
Masih belasan.
Terfikir tabahnya dia hadapi dugaan,
Sejak kecil :)

***********************************************


Mereka tabah,
KITA??
Moga kita semua tabah. :)


Bersyukurlah dengan hidup kita,
Jangan merungut tak tentu hala,
Say ALHAMDULILLAH.

Appreciate what we have before it become what we had :)



 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya" 
(Surah al-Baqarah: 286)



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.